Akhirnya tiba saat ini... semalam.. 29 May 2013.. stok susu terakhir digunakan. Bukan yg kat gambar ni.. yg gambar ni ialah susu yang aku pam utk semalam. X cukup pun utk sekali minum. Aku ok je.. xde sedih... terkilan.. sebab aku bersyukur sebab mampu bertahan selama ini. Setahun sepuluh bulan.. so skang susu ibu untuk bekalan Amni hari2 dlm setengah botol je. Yang lebihnya top up fm.
Aku menyokong penyusuan susu ibu.. tapi andaikata ada dikalangan member2 aku yg x sepenuhnya full bf pun.. aku paham. Nak exclusive bf ni banyak pengorbanan dan cabaran. Aku bersyukur mendapat kelapangan dan dipermudahkan segala urusan. Kawasan office yang memahami (suara2 sumbang tu ada je).. dan paling best ialah en suami yg memahami.. dia pun untung jugak sebab jimat duit susu kan. Hehe.. tapi aku harap sangat at least ibu2.. time pantang tu.. cubala sedaya upaya untuk kasi anak full bf. Xyahla tambah fm lagi. Bukan buat apa pun time pantang kan.. rehat je. Lagipun bf ni boleh cepat turunkan berat badan lepas bersalin. Aku skang.. dah kurang bf.. cepat je rasa badan naik. Dan pada aku.. kalu betul2 nak full bf anak.. plg kejap pun target 6bulan kan.. start la kumpul susu seawal mungkin. Seawal minggu pertama bersalin.. kerana ni akan merangsang badan kita supaya hasilakn susu banyak. Susu banyak xbermakna hasil pam yg berpuluh oz sekali pam.. tapi susu yg cukup untuk anak kita.. lain orang.. lain keperluan anaknya. So apapun.. kerja keras mengumpul susu sangat la penting.. sebab ramai rakan2 terdekat aku yg buat camni.. dan alhamdulillah.. biasanya menjelang nak naik keje tu.. paling sikit pun stok susu dah separuh deep freezer. Panduan stat pam susu 2 minggu sblm keje utk buat bekalan tu pada aku sangatla x relevan.
Apapun.. nampaknya lepas ni kena biasa2kan la bangun malam buat susu.. sebab biasanya sambil tido pun bleh bf amni. Skarang ni masih cuba untuk biasakan amni dengan minum susu botol kat rumah dan juvak tido tanpa bf. Tido tanpa bf tu belum berjaya lagi.. tapi minum susu botol tu.. pun baru dalam proses.. sbb amni mmg xnak minum botol kalu aku ada. Pandai je dia akan sandarkan badan kat aku.. pastu cuba membaringkan diri. Tu tanda nak bf la tu..
So gitula.. skang ni masih la pam di opis.. 2x sehari.. tp minat nak mengepam tu makin pudar. Tunggu sampai amni dah suka minum botol.. barula turun ke sekali sehari.. dan akhirnya tamatkan sesi mengepam di opis. Geng2 pam kat opis pun dah makin kurang..
Sent from Samsung Mobile
1 comment:
Mirah,
Tahniah sebab berjaya bf amni smapai umur dia 1T 10B...Khayra masa setahun lebih aku dah terpaksa campur dgn FM..Tapi alhamdulillah smpai skrg die masih bf bila malam...walaupun susu tak banyak, tapi bolehla buat2 untuk die nak tidor...hehe
Post a Comment