Suka sangat nak tengok fish dalam kolam rumah tok wan. Hari2 sebelum balik, mesti nak kena jengok dalam kolam dulu. Last week ada 2 ekor, tengok minggu ni, tinggal sekor. Kata tok wan, sekor dah mati. Yang tinggal ni plak suka menyorok bawah batu. Mungkin xde kawan nak main kejar2 kot. Sempena pasar malam arini, aku belila 2 ekor ikan kap kecik. Saja pilih kaler oren, nampak jelas sikit. Suruh Aiman pegang plastik ikan, geli geleman jugak dia. Hehe.. Tp excitedla bila dah tengok ikan berenang2 kat dalam kolam. So lepas ni, alasan paling baik nak ajak Aiman pi rumah tokwan pagi2 ialah.. Jom tengok ikan Aiman!
**nama xingat pun nak kasi. Xpe la, bukan boleh cam yg mana satu pun. Nampak sama je 2-2
No comments:
Post a Comment