Thursday, December 29, 2011

Good morning from bed 508-1

Semalam aku jumpa pakar ENT kat Tropicana Hospital. X berani nak makan antibiotik yg doc Mediviron kasi. Walk in and luckily the doc ada masa utk jumpa. Suppose that yesterday he's full with appointment.

Cek2.. Rupanya tulang hidung kiri aku bengkok (ni sebab dari lahir ye). So ruang dalam hidung sempit skit n senang kumpul bendalir. Patutla dari kecik aku selalu selsema pagi2.. Sebab ni jugak effect sampai ke tekak aku x baik2. Seb baik aku xmakan antibiotik sb doc kata sakit aku xperlukan antibiotik pun. So doc kata nak wat small procedure (rupanya aku buat sendiri sorg2). Semalam buat skali, pagi ni buat skali.

Alhamdulillah jugak diorg kasi bawak Amni. Merasala Amni tido hospital even xsakit. Aiman mak jaga. Amni pun behave xde nangis2 cuma suka sembang2 n smlm bgn sembang kol 2.40 ngan 5 pagi. Dahla kongsi wad 4 org, arap2 xde la orang marah.

InsyaAllah arini dah boleh balik. Aku ni lebih kepada sakit tekak xde selera nak makan ngan seram sejuk nak demam je. Demam xde pun. Tapi doc ENT kat sini sangat best, baik n they claim.. Among the best too!

Wednesday, December 28, 2011

Sakit tekak lagi..

Untuk kali ke3 dlm bulan ni, aku sakit tekak lg. Kali ni doc kasi antibiotik ngan kuat sikit. Aku dah remind doc yg aku bf and katanya, ubat yg dia kasi sesuai utk bf.

Macam biasa, pas jumpa doc aku cek balik ubat2 suma ngan nisah. Rupanya antibiotik yg doc kasi jenis yg masuk dalam susu n boleh effect joint development baby. Huhuhu.. Seb baik xmakan lagi ubatnya. After few discussion.. aku akan proceed jugak makan ubat tu tp dalam masa 3 hari ni aku mmg xleh bf Amni. Yela, dah sampai 2x tukar antbiotik n sakit dtg lg, better pakai antibiotik kuat utk bunuh suma. Janganla sampai Amni dah xmo bf pasni.

Apapun friends.. Just be careful bila makan ubat while breastfeeding ni. Ada certain ubat batuk n selsema yang boleh stopkan susu. Normally even dah remind kat doc yg aku bf, balik rumah sure akan cek balik kat internet tgk nama ubat tu sesuai x ngan bf. Ada website yg listkan either ubat tu sesuai ke x tp aku dah lupa website apa. Bolehla google cari.. So stat harini, harap2 Amni okla.. Xmo stop bf lagi!!!

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 21, 2011

Aiman enjoy!!

Weekend baru ni aku stat demam n sakit tekak balik. Try makan saki baki ubat sakit yg sebelum ni pun xjalan. Isnin dapat mc, semalam sambung mc tp sebab malas nak pi klinik, aku amik cuti je la.

Aiman pun xberapa sihat. Selsema, sampaikan muka asyik comot ngan hingus kering je. Batuk pun ada jugak n makin teruk bila dia nangis mengada2 yg amik masa untuk berenti. 3-4 hari ni Aiman memang tido awal sebab makan ubat. Sendiri landing n terus tido sampai pagi. Cuma ada hari kol 4 dah bangun, xpun kol 7. Tp okla, sebab aku pun xpi opis jadi relex2 je la. Aiman pun x meraung nak ikut en suami pi opis.

Semalam selsema macam dah ok skit, batuk pun dah kurang. Aku pun malas nak kasi ubat dah. Akibatnya, sampai kol 3 pagi lebih pun xtido2 lg!! Penuh bertenaga.. Huhu.. Aku pun lupa nak tanya tokwan kol brapa Aiman tido siang. Aku terlelap kejap, dah melayang2 debu bedak kat katil, muka Aiman.. ngan Amni yang tido pun abis disapunya bedak. Dah aku sorok bedak, sambung lelap balik, sedar2.. abis dikuarkan suma baju dia dari laci.. campur ngan ubat gigi abis kat lantai. (Sila rujuk gambar).. Huhuhu.. pastu senyum2 buat muka gembira.

X abis lagi, main rambut aku pulak. Tau je la kan rambut orang lepas bersalin ni, sekali sapu ngan tangan je, melekat rambut luruh. So Aiman dok sapu n kutip rambut aku yg lekat kat tangan dia.. n sapu lagi, kutip rambut lagi.. Lama2 dari sapu dah jadi tarik.. Pas kena marah 3-4x.. main mainan Amni yang kena tarik tali.. kuar bunyi muzik. Nak kena tarik kuat, tapi sebab Aiman larat tarik pendek je, dah marah2 sambil nangis.. Adoi.. Kena main jugak ke mainan Amni tu???

Last skali, lepas ntah beribu kali dah suruh tido, jumpa plak biskut dalam balang yang aku sorokkan. Nak makan biskut. Sian la pulak.. dah tu, memangla lapar, org lain tido, awak berjaga. Aku suapla sebiji demi sebiji, biskut huruf ABC yang boleh satu huruf sekali suap. Abis je biskut berjaya la Aiman tido. Aku tengok jam.. 3.30 pagi!!!!! Huhuhu.. Amni pulak bunyi2.. pas kasi susu suma, kol 4 baru tido..

Arini keje!!!!!! :(

Tuesday, December 13, 2011

Terbaekkkkk

Punyala busy.. Last pam kol 6 pagi.. Sibuk siapkan tender, kena hantar sendiri plak tu.. Sampai basah2 dah bra pad.. maka aku pam dalam kereta! Pam sebelah sebelah la. Segan jugak time lalu nak bayar tol.. tp rasanya diorg xperasan sgt kot. Skang menunggu customer punya waktu lunch abis untuk collect document, so kita makan dulu! Lapar gilerrrrrr..

Monday, December 12, 2011

Balik kampung @ Kota D'sara

Cuti 3 hari yg amat menyeksakan. Sbnrnya dari rabu lg dah mula rasa sakit tekak sikit2..sampai hari jumaat malam, dah stat rasa seram sejuk nak demam. Pagi sabtu tu, mmg dah demam ngan sakit tekak yg amat sangat. Dah xlarat nak tgkkan Aiman yg panjang akalnya tu, soh en suami hantar dia kat rumah mak. At least ada yg boleh layankan dia. Petangnya, en suami plak ada aktiviti luar.. Dari dok berdua ngan Amni kat rumah, ngan sakit lagi.. moh ler kita balik kampung kejap kat sek 7..

Pagi ahad makin teruk, memang rasa mcm sebiji batu kat tekak. Nak telan air liur pun sakit, selera nak makan langsung xde. Last2 decide pegi klinik jugak. Mulanya malas sb kalu boleh nak tahan je sakit utk elak makan ubat sb bf. Kat klinik, doc kata demam aku 39deg! Huhuhu.. Patutnya dah xtahan sgt, kalu budak2 dah kena tahan wad ni. Then kena skolah soh minum air banyak (hari2 biasa) sb dia tgk mmg aku kurang air sgt. Tekak pun sangat merah n bengkak. Sampai malam semalam, demam cam dah kebah sikit, and alhamdulillah pagi ni demam dah ok. Tinggal sakit kepala n sakit tekak je. Tp rasanya sakit tekak pun dah kurang sikit. Aku risau jangkit kat budak2 ni je. Aiman smlm ada panas sikit, Amni so far ok lagi. Suma kena dok jauh2 n Amni hanya dekat ngan aku ms bf je. Esok dah stat keje.. Lusa ingat nak amik cuti. Moga harini sembuhla seperti sediakala. Syok jugak dapat balik kampung..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 4, 2011

Hmmmm

Ni la keadaan rumah aku menjelang jam 9 malam..
Makin lama makin bersepah, hasil keje Aiman sorang je
Dari pagi bangun, sampai skarang xtido n masih bertenaga mencari apa lagi projek2 terbaru
Manala xkeding anak oiii... tenaga kuar terlebih banyak dari tenaga masuk..
Aku rasa, hujung minggu memang kena keluar
Pagi2 kemas rumah, mop kasi wangi, then menjelang tengahari tu keluar
Pastu nak malam balik, anak dah penat jalan2 jadi akan buat sepah sikit2 je
Untuk xbuat sepah langsung tu mustahil.. so adala sikit sepah even penat kuar berjalan
Then tido...
Agaknya sebab ni la kot aku selalu tgk post orang kat fb kuar jalan2 every weekend
Aku sekarang pun xtau nak stat kat mana nak kemas
Kang kemas, Aiman nampak, nak main balik apa yg aku kemas
Makanya, biarkanla bersepah sampai Aiman tido
Kalu larat lg, kemas sebelum tido
Kalu x.. esok je lah..

Friday, December 2, 2011

Busy

Sangat sibuk lately.. Keje xputus2.. TC4 xreply commercial, datang TC5. TC5 x reply lg, datang TC6.. Hmmm..

Pam susu pun terburu2.. Banyak jugak skip masa.. Hasil pun xbanyak..

:(

Moga segalanya berbaloi dengan masuknya order tender2 ni suma..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone