Sukanya cuti ari jumaat.. biasanya kalu cuti 3 hari.. balik kampung tapi sebab baru minggu lepas balik kampung, so weekend ni kitorg dok melepak kat rumah je..
Plan asal nak ajak kawan2 skolah dulu meronggeng.. tapi tetiba mcm full plak weekend aku. Full dengan keje2 mengemas rumah je.. patutnya jumaat mengemas rumah, sabtu tengahari kuar lunch ngan orang manila yang datang jalan2 KL then ahad pegi zoo ngan budak opis.
Tapi, kita hanya merancang.. and yang betul2 ialah hari jumaat melepak kat rumah menyetelkan hal2 membasuh kain, mengemas rumah. Then orang manila pulak mintak jumpa untuk dinner hari jumaat. So siap2 suma.. Aiman dah siap mandi, pakai baju.. tinggal aku nak tukar baju je.. Wani masa tu dah sampai OU pun.. diorg mintak lambatkan waktu jumpa sebab diorg jem.. so sampai kl lambat (diorg dari S'pore). Hmmm.. tak dapatla kalu nak jumpa malam.. kat klcc plak tu. Kalu dulu.. bujang.. on je kol brapa2 pun (kalu ramai2 la.. kalu sorang2 tak dapat jugak..). So postpone balik ke hari sabtu petang. Tapi Aiman yang dah siap sedia, dia mcm paham2 je yang nak bawak dia keluar. Sekali tak jadi.. sian tengok dia dok tunjuk2 pintu. Pastu nangis n tido.. bila bangun tu, agaknya dia boleh rasa yang patutnya dia dibawa keluar, masih lagi tunjuk2 pintu ajak kuar. So kitorg pun kuarla dinner kat Noodle Station kat giant. Syok Aiman kuar jalan2.. tak bawak stroller pun, letak je dalam troli. Beli susu Dutch Lady 1-6.. nak try tengok Aiman nak tak minum.. kalu suka.. boleh dibawa ke hadapan...
Kitorang makan.. Aiman tengok sambil makan roti.. sempatla bertahan sampai 3/4 makanan... pastu tak mo dah duduk dalam troli. Seb baik even pegang sebelah, makan sebelah, Aiman tak kacau. Masih sedap menikmati roti kosong yang banyak berkecai kat lantai berbanding masuk mulut dia..
So sabtu.. bertukar2 jadual nak jumpa diorg.. finally.. keputusan terakhir jumpa kol 4 kat OU. Ingatkan nak makan Shogun, skali kol 6 baru diorg bukak. Maka kitorg pun pegila makan kat Chillis.. aduhai... suma orang baru first time makan kat situ.. suma cam tak tau nak makan apa. Aku pun tak reti nak order apa, last2 amik burger je. Aiman pun dapat makan free.. n untuk Aiman pun aku amik burger. Sibuk sangat melayan Aiman.. dengan nak amik fries nyer, nak sudu la.. nak naik atas meja lah... last2 aku tapau je burger aku n Aiman. Burger aku tu punyala besar.. burger Aiman tu pun besar, kira standard size burger2 biasa yang aku makan. Kitorg abiskan fries je.. n kat bawah meja tu.. suma ada.. fries, roti burger, garfu, sudu.. hahaha.. Then kol 7 orang Manila naik bas ke S'pore.. pas anto diorg kat bus stop (diorg depart from OU) terus balik umah. Penat dah dua2... tdo awal....
Sementara menunggu yang lain datang..
Syoknyer Aiman dok atas meja. Orang manila ni lebih kurang je rupa mcm orang melayu.
Aiman & Syafiq (anak Aisyah).. tapi yang dukung Syafiq ni wani.. mak Syafiq sibuk amik gambo.. walaupun berat, wani tetap maintain..
Main baik2 ye.. jangan ketuk kepala...
Sementara menunggu lif.. kita belajar mengira ye..
Ahad... tangan lengoh sebab dukung Aiman lama semalam. Even ada stroller.. brapa lama sangatla Aiman mampu bertahan kat dalam tu. So aku cancel ikut diorg pi zoo. Lagipun, Aiman kecik sangat lagi, mujur kot kalu nampak binatang.. silap2 aku je yang beriya tunjuk.. tp dia nampak pokok2 je... hahahah.. makanya, kita tunggula Aiman besar skit. Pagi tu hantar Aiman rumah mak, aku pi Giant shopping barang skit. Baru je jumaat tu pegi, tapi jumaat tu tak beli menda sangat pun. Ni banyak beli stok barang basah untuk bubur Aiman. Then pi kemas rumah lama untuk terakhir kalinya ngan amik pisang yang baru berbuah. Pas ni boleh dah la pulangkan kunci kat owner and hopefully dapatla balance 1 bulan deposit yang dijanjikan. Sebelum balik rumah, sempat jumpa Zaid, Aishah n Aqilah yang baru balik dari bercuti kat Terengganu. Aqilah baru pandai duduk (kena letak la, duduk sendiri tak boleh lagi).. so syok tengok diorg main sama2.. kitorg orang besar ni suma sibuk amik gambo diorg.. Aiman baik.. tak buat Aqilah.. tp ada gakla 5-6 kali rambut Aqilah jadi mangsa kena tarik ngan Aiman.. pastu Aiman nak kiss pipi Aqilah.. tumbang Aqilah ke belakang.. hahaha..sebab dia tak stabil lagi duduknya. Seb baik sempat tahan kat belakang..
Aiman bangun awal.. terus mandi.. seronok sebab nak kuar pi rumah mak tok!!
Aqilah (7 bulan) dah nak sama besar dah ngan Aiman...
Bila ramai2.. bukan main Aiman menunjukkan skill dia. Tepuk tangan la, kenyit mata la.. mulut riuh dok cakap n tunjuk sana sini..
So itulah... malasnyer nak bekerja.. skarang aku rasa motivasi untuk bekerja bukan sangat kurang.. rasanya takde langsung.......... tak sabar nak tunggu next weekend.. PUREEN WAREHOUSE!!!!
No comments:
Post a Comment