Kejap je rasanya.. dah 9 bulan..
Tunggang tebalik.. kejar mengejar.. dari baring je.. sampai serata rumah dah dipusingnye..
This is my cute little boy...
Dah pandai merangkak.. memanjat.. duduk pun pandai
Dah pandai datang bila aku panggil..
Dah pandai berenti main n mencari tv bila dengar iklan2 tv yang best..
Dah pandai jugak nak bermanja..
Dipendekkan citer.. kita cerita ikut gambar je lah yek..
Kat kaki meja tu.. ada satu tali mop tersangkut dan Aiman sibuk nak korek tali tue..
Sedapnyer hand bag ibu.. sebenarnya, jangan kata tali handbag.. apa2 saja, suma nak masuk mulut.. Stering, gear knob keta, baju yang kita nak lipat ni.. pun dia isap..
Sedapnyer hand bag ibu.. sebenarnya, jangan kata tali handbag.. apa2 saja, suma nak masuk mulut.. Stering, gear knob keta, baju yang kita nak lipat ni.. pun dia isap..
Makan biskut.. yum..yum... tp bahaya, sebab bila dah makin pendek, satu ketul biskut Aiman masukkan dalam mulut. So bila tengok dah kecil ketulan biskutnya.. ibu punya turn plak makan biskut Aiman.. hehehe... masa makan, bolehla duk diam dalam ni. Kalu aku suap.. bila dia dah nak kenyang tu, mulala pusing2 dan akhirnya terkeluar dari bumbo seat.
Owh.. kepenatan Aiman di dalam keta. Last week balik kampung.. sampai angkat tangan. Suka gak tido dalam keta.. pastu bila sampai umah, berjaga sampai lewat malam.. Adussss.. aku jugak yang tersiksa menahan ngantuk..
Kalu ngantuk sangat.. biar apa pun yang melanda, mesti tido nyenyak giler. Ni aku kejutkan dia.. pastu bangun kejap. Pusing.. landing atas kaki ayah dia. Alahai Aiman... tak sakit tengkuk ke? Makin buas Aiman tido skarang.. tak sampai pusing 180 darjah lagi.. agaknya sebab bila sampai 90 darjah, kaki sangkut kat aku. Tapi golek2 kiri n kanan tu.. biasa...
Bila dah pandai merangkak ni.. payah sungguh nak kasi pakai pampers. Mesti Aiman tak nak baring. Kekadang tu sambil dia merangkak.. aku pakaikan. Tapi... Aiman sangat suka kat pampers dia. Aku selalu kasi dia main satu (main = isap / gigit). Ni gambar persediaan nak mandi. Aku letak pampers jap, then pi siapkan air mandi. Dia dah makan pampers sambil merangkak2.
Geram tengok Aiman.. senang je senyum even susah nak gelak. Kena ada menda yang betul2 buat dia geli baru gelak beriya. Kalu tak.. setakat senyum je lah. Inilah yang orang katakan, anak ni penyejuk hati..
Biarla susah nak kena berjaga malam tunggu Aiman.. kelam kabut masakkan bubur untuk Aiman.. pam susu banyak2 kali untuk bekalan Aiman.. tapi tak pe.. sebab suma ni untuk Aiman!!!
No comments:
Post a Comment