Monday, January 18, 2010

Setahun sudah berlalu..

17 January 2010..

setahun dah aku n en suami kawin..

dalam setahun ni jugak..

dapat Aiman Mikhail..

semoga rumah tangga ini sentiasa dalam limpah rahmat Mu..

berkekalan dunia akhirat..

Thursday, January 14, 2010

3 months

Aiman dah 3 bulan!! Seronoknya tak dapat digambarkan.. syukur dengan kehadiran Aiman dalam hidup aku. Tak de banyak nak citer.. sekadar menghabiskan masa sebelum balik. Cuma lately.. hal ni kerap bermain dalam pikiran aku. Aku selalu pikir masa yang aku habiskan untuk Aiman. Sayangnya.. masa tu sangatla sikit. Seharian keje.. Aiman kat umah mak.. later2 nanti kat umah pengasuh plak. Memula tiap2 hari aku balik umah masa lunch tp sekarang dah tak. Hanya kalu ada hal2 penting yang selalunya 'penting' tu ialah aku terlupa defrost kan susu Aiman hari sebelumnya (selalunya hari Isnin ah). So aku akan balik lunch untuk deliver susu yang aku pam kat opis pagi tu. Penat kalu nak balik lunch hari2.. n kekadang tu masa sampai, Aiman tido. Pastu, bila amik Aiman bawak balik umah, berapa lama sangat aku dapat spend masa ngan dia. Dah balik umah, sibuk nak masakla, kemas rumah la, basuh kain la.. mcm2 la.. pastu dah tido.. nasib baikla aku kasi Aiman full bf.. ada jugakla masa untuk Aiman sepenuhnya dengan aku. Kalu kasi minum botol.. silap2 en suami yang kasi kan susu kat Aiman.
Bila difikirkan.. makin besar Aiman.. makin sikit masa yang aku akan luangkan dengan dia. Memula.. dia sentiasa dengan aku.. 9 bulan bersama, kemana saja aku pegi. Sebab dia dalam perut aku. Pastu.. bila lahir, dalam pantang, 2 bulan jugak.. dia dengan aku. Even bukan menjadi sebahagian dari aku, tp dia masih sentiasa dengan aku.. dekat dengan aku. Then.. aku start keje.. masih balik lunch so lebih sikit la masa aku ngan dia. Hampir sebulan la jugak. Dan sekarang.. aku dah tak balik lunch.. makin sikit la masa tu. Then nanti.. bila dia dah makin besar, dah boleh jalan, dah boleh main2 sendiri.. dia pasti akan sibuk dengan dunia dia. Pastu masuk sekolah.. lagilah.. aku pun sibuk ngan keje, mungkin dengan anak yang lain jugak.. dia pulak dengan kawan2 dia, keje sekolah etc.. Masa berlalu lagi.. sampai masa dia ke sekolah asrama.. tak pun masuk kolej dan universiti.. terus jauh dari aku. Bila dia kawin.. dia sepenuhnya akan pergi.. dah ada perempuan lain dalam hidup dia. Waaaa... nape tetiba emo plak nieh.. tapi itulah aturan kehidupan. Sepertimana aku dari kecil sampai sekarang.. macam tu la jugak Aiman denganku kini.. sehingga dia besar nanti. Aiman tido nyenyak giler masa aku bawak dia shopping kat Giant. Sampai kat bahagian sejuk beku baru jaga. Agaknya angin sejuk tu yang buatkan dia jaga kot.

Aiman pegi kenduri kat Ipoh! Aiman jarang pakai baju cantik2 sebab dia jarang kuar jalan2. Petang skit dah tukar baju lain sb panas..

Aiman dan atuk..

Lena sungguh tido..

Muka baru bangun tido.. blur...

Tuesday, January 5, 2010

Dah pandai..

Latest update pasal Aiman..
Last week pi klinik, nurse cakap Aiman dah tak perlu pakai sarung tangan
Katanya jugak.. skarang ni perkembangan Aiman banyak kat jari n tangan dia
Hmmm... memang betul pun sebab Aiman sangat suka isap jari!
Kalu dulu, bila kebetulan tangan dia kat mulut, dia akan isap
Tapi skarang, dia dah pandai bawakkan tangan dia ke mulut dia
Dia paling suka isap jari lepas minum susu
Gaya macam tak cukup je minum, tapi sebenarnya itu dessert dia kot!
Kekadang tu, bukan jari je, ngan penumbuk dia suma nak masuk mulut..
Kekadang tu.. sampai dua belah tangan nak masuk jugak
Aku suka tengok bila Aiman gerak2 n main2 ngan jari dia
Sangat cute!!! (apa je lah pasal Aiman yang aku nampak tak cute..)
Dia pun dah pandai main ngan anak itik yang lekat kat rocker dia
So far tak penah sampai terkepit lagilah
Skarang.. aku dah sepenuhnya start keje
Takde cuti2 macam bulan lepas dah
Aiman pun sepenuhnya dijaga oleh mak masa aku pi keje dibantu oleh Adilah sementara dia bercuti
Aku balik lunch hour untuk kasi susu kat Aiman sebab kalu aku pam kat opis, yang kuar tak sebanyak kalu Aiman minum sambil aku pam
Orang kata.. kena tenang.. tp paham2 je lah, nama pun opis, mana nak tenang
Ni aku upload gambar2 terbaru Aiman... uhhh.. rindunya kat dia!!! (skarang kat opis..)


Mimpi main gitar agaknya..
Ciannya.. lali sangat2 lepas kena cucuk aritu. Agaknya kesan panadol yang aku kasi minum untuk elak dia demam
Latest picture Aiman yang aku amik masa balik lunch tadi. Dia dah ngantuk tp masih layan gelak ngan aku. Taula tu ibu dia balik semata nak tengok dia..

Friday, January 1, 2010

2009

1 Jan 2010... dah masuk tahun baru.. meninggalkan tahun 2009..
Selalunya aku tak kisah pun masuk tahun baru ke tak.. sebab aku kira peningkatan umur aku ikut birthday.. hahahaha... tp tahun ni, sajala nak menghargai 2009 sebab padaku, tahun 09 memang memberi seribu satu kenangan padaku..

Mula2.. 17 January 2009.. AKU KAWIN!! Alhamdulillah.. sampai jugak jodohku. Tak sangka.. tak rancang pun.. tapi itulah, semuanya ketentuan Allah. Aku bersyukur dan aku sentiasa berdoa semoga ikatan ini berkekalan dan bahagia dunia dan akhirat..
Bila dah kawin.. mengandung pulak!! Hehehehe.. seronoknya perasaan mengandung tu. Sentiasa diberi perhatian n kelebihan oleh orang sekeliling tapi yang paling best bila mula merasa geraknya Aiman dalam perut. Pastu, 14 October 2009.. lahirlah Aiman Mikhail yang akan menjadi penyeriku. Bukan aku saja, tapi seluruh keluargaku and mertuaku.
Selain tu.. biasa2 je rasanya hidupku sepanjang tahun ni. Ada naik turunnya.. dan pasang surutnya. Bagi orang yang kenal aku, melancong memang minat aku yang paling utama. Tapi tahun ni, tak pegi mana2 pun. Setakat ke Pulau Tiga, Sabah untuk honeymoon dan Pulau Redang, trip yang disponsor oleh TW. Cukupla 2 trip ni, lagipun tahun ni aku kan wanita mengandung. Owh.. banyak jugak turun naik Pasir Gudang bermeeting dan terpaksa kulepaskan trip ke Singapore and USA sebab masa tu dah 7 bulan lebih mengandung.
2009 jugak aku pindah rumah dari Sri Damansara ke Kota Damansara. Rezeki kitorg jugak sebab dapat rumah teres 2 tingkat yang fully furnish dan harga yang berpatutan. And of course.. dekat ngan umah mak! TW jugak dah berpindah ke opis baru ni Glenmarie. So skarang, rumah baru lebih dekat ngan opis baru jugak.

Tahun ni.. Hanisah dah habis belajar and balik Malaysia for good. Good for our family.. sebab lebih ramai ahli keluarga yang ada bila berkumpul. Ada la sorang lagi tambahan yang boleh tolong masakkan rendang kat umah tok bila raya.. tolong masak bila wat jamuan kecik2lan etc.
Selalunya aku pun takde azam tapi rasanya untuk 2010 ni, azam aku nak cuba sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan duit simpanan aku! Hua.. hua.. hua...