Hari sabtu ni, seharian Aiman demam tp masih main2 cuma badan dia panas jugak. Malamnya.. pegi open house kat USJ, rumah aunty en suami. Kat sana, kerap jugakla aku basahkan kepala nak kasi surut skit panasnya. Bibik aunty cakap, lumurkan minyak seluruh badan.. cepat kebahnya. Minyak? hehehe.. kalu asam jawa tahan lagi sebab lama2 dia akan kering.. tp kalu minyak.. abis banyak pulak kawasan yang nak kena dibersihkan. Agaknya ni petua budak demam kat indon kot. Then balik tu, risau sebab badan Aiman panas balik.. even baru pagi tadi pegi klinik.. kitorg pun singgah Tropicana Medical Centre.. Doctor kata tekak dah merah, so kasi ubat demam+tekak..
Ahad.. kasi Aiman makan ubat dari TMC plak.. batuk macam dah kurang so aku stopkan ubat batuk n selsema.. teruskan antibiotik je. Malam ahad tu.. Aiman makin panas.. especially lepas jam ke 4-5 pas makan ubat. Aku risau lagi.. so bawak ke Hospital Sg Buloh pulak. Ingatkan emergency tak ramai orang.. tp agaknya sb weekend kan, klinik pun banyak yang tutup.. penuh giler emergency tu. Masa sampai, Aiman memang panas giler.. then jumpa nurse (peringkat saringan) dulu before jumpa doktor.. nurse terus kasi ubat demam. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. berlalulah 3 jam.. baru masuk bilik doktor. Masa tu, ubat demam pun dah berjaya menjalankan tugasnya.. adala demam sikit. Tapi sebab aku cakap pasal dah lama demam, n takut kalu denggi ke apa kan.. so doktor wat ujian darah. Meraung Aiman, aku yang pegang tangan blah kiri n lengan blah kanan (yg doc nak amik darah tu) rasa mcm nak nangis je.. Aiman siap geleng2 kepala lagi.. huhuhu.. Abis darah menitik banyak gak, kat tilam, kat tangan aku.. kat tangan dia lagi banyak. Then siap, tak nangis dahla, dengan gembiranya membabai doktor n nurse. Tunggu kejap untuk resutl darah, then masuk balik jumpa doktor. Aku rasa, seb baik kat kecemasan (even waktu menunggu tadi 3 jam kan..), at least ujian darah tu suma wat kat bilik doktor.. dlm masa 10 minit dah masuk jumpa doktor balik. Kalu kat kk, mau kena pi kaunter lain amik darah, then tunggu result, then beratur balik untuk jumpa doktor. So doktor just kasi panadol syrup ngan antibiotik. Dia tengok ubat yang Aiman makan skarang (dari klinik yang mula2 pegi tu). Yang kelakarnya antibiotik tu, dia suruh tambah air.. dahla masa tu bising giler.. aku pun dengar tak dengar apa dia cakap. Then balik rumah, bising aku citer kat en suami.. nape la wat ubat yang kena minum ngan air. kalu ubat tak sedap, air kena pakai banyak.. lagi susah nak paksa budak2 ni minum. Skali, bila aku citer kat mak plak.. mak cakap, air tu tambah dalam botol ubat! bukan masukkan serbuk dalam cawan/botol susu n campur air kasi budak minum! Hehehe.. sorry ye cik farmasi.
Isnin.. mak jaga Aiman. Tak hantar rumah pengasuh sebab kang jangkit plak kat budak2 lain. Kebetulan Naim pun cuti so dia la rajin melayan Aiman. Waktu siang demam, tp petang bila aku balik keje tu dah mcm ok.. badan sejuk je macam biasa. Orang2 kat opis suruh bawak jumpa orang baca2 skit ayat kat Aiman. Suruh tengokkan sb kitorg baru 3 hari pindah rumah then Aiman stat demam. Ingat malam tu nak pegi jugak jumpa.. tp ayah tak setuju. Aku n en suami takde la beriya sangat nak pegi kan.. tp pk ni bleh jadi alternative. Tapi ni perubatan cara Islam lah. Tp sebab dah mcm tak demam.. tak jadi pegi. Tengah malam sebelum tido, ada rasa panas skit.. aku terus kasi ubat demam. Malam tu memang panas giler balik... aku terus angkat Aiman masuk sinki dalam bilik air. Kasi dia main air, aku pun sapu2 badan n kepala dia. Sampaila surut sikit.. hmmm.. memang konfem tak baik demam lagi.. sepanjang malam Aiman tido dibaluti kain basah.. sampai kering kain yang basah tu dek panas badan Aiman.
Selasa biasala.. panas jugak siang.. makan pun dah start tak nak. Dia mula batuk pulak. Aritu mcm dah berenti so stop ubat batuk. Demam siang kurang.. malam je panas.. dah mula pk2 nak bawak ke klinik. Rasa nak bawak jugak Aiman tido rumah mak. Manala tau kan.. kot betul rumah baru ni ada apa2 yg tak kena..
Rabu.. batuk makin teruk. Aku pun dah start sakit jugak. Batuk, sakit tekak sangat.. so amik MC arini. MC tapi tak pegi klinik pun. Lebih kepada nak stay kat umah, kasi Aiman minum susu direct. So takde la dia kurang makan. Sebab makan memang tak nak langsung dah. Main pun sikit2 je.. petang tu tengok batuk makin teruk, pas en suami balik keje, terus bawak Aiman pegi klinik. Doktor suruh sedut nabulizor (betul tak eja ni), untuk cairkan kahak. Biasala.. meraung sepanjang proses.. tp bagus sebab bukak mulut bila nangis, ubat pun senang masuk. Doktor kata, tak perlu admit hospital.. ubat pun takde tambah lagi. Malam tu.. macam biasa demam panas jugak.Tak larat sangat la tu, sampaikan tido atas lantai pun boleh lena..
Khamis.. arini aku keje. Mak cakap dia ada minim air masak, susu minum sikit sangat. Aku balik lunch tu, nak kasi dia minum usu. Aiman sambut aku kat pintu.. then aku masuk dalam, biasanya mesti dia ikut. Ni terus bersandar kat dinding.. sedihnya tengok Aiman tak bermaya. Pastu bagi susu, minum sikit je, dah tido balik. Petang tu balik keje, Aiman still tido lagi, mak kata lama dah tidonyer. Lemah sangat dia. Memula aku ingat dia lemat n ngantuk sebab ubat, pastu sembang ngan Nisah n Dalila, ubat yang dia makan tu tak patut buat dia ngantuk pun. Maybe Aiman tak cukup tenaga sebab tak makan n minum. Terus siap2 kan barang.. bawak pegi hospital. Masa masuk tu, dia panas 40degC, terus nurse kasi dia mandi atas katil tu jugak. Mandi air suam tp rendam towel tak perah2 dah.. terus je letak kat kepala n badan. Aiman memang meraung kaw kaw punyala. Sampai ke luar boleh dengar. Pastu diorg masukkan ubat ikut bontot.. Cek2 suma, kasi turunkan suhu. Pas siap mandi tu.. suhu 39degC.. kena admit masuk wad. Memang kitorg dah siap sedia pun.. rasanye lebih baik kat wad, lebih terjaga. Malam tu masuk.. nurse amik suhu setiap 4 jam. Sekali je, nak dekat subuh tu suhu dia 38degC plus.. waktu lain suma around 37 degC je. Diorg masukkan air, masa masukkan jarum untuk masuk air n ubat... sekali lagi Aiman meraung.. huhuhu.. aku tengok pun tak sampai hati. Dahla kurus, nak cari urat pun susah. sb Aiman lama tak minum or makan, then doktor suspect ada jangkitan paru2. Esok baru tau, dari xray.
Jumaat.. pagi tu Aiman dah tak demam. Bawak pegi playground, siap main kuda gembira2 lagi. Amik gambo, kalu orang tengok, bleh kata tak sakit pun. Dah ada energy la tu. Seronok tengok dia.. pastu, sibuk nak merangkak sana sini. Tapi sebab tangan berbalut untuk masuk air, berjengket2 la jugak merangkaknya. Aiman relex je, kita yang tengok ni plak yang risau takut dia sakit. Pagi tu pegi xray.. kejap je pun tp bila letak je atas katil xray.. terus nangis! Memang dah fobia la dia ngan katil hospital.. siap xray, bila aku angkat je dia, terus berenti nangis and mula babai kat suma orang kat situ. Pandai.. ngan air mata bergenang.. Aunty Dla n Hasif datang, Aunty Zue and Aunty Yana with Ammar pun datang visit Aiman. Thanks ya korang.. susah2 datang jauh2.. malam2 untuk visit Aiman. Malam tu ramai yang datang visit.. sampaikan bawak suma ke bilik mainan kat depan wad. Hehehe.. kalu kat bilik tu sempit sangat, kesian jugak kat jiran2 katil sebelah. Petang tu Aiman dah tido, maghrib pun tido lama, sampai kol 9 jugakla.. so malam tu, kembali kepada habit asal.. tido lambat!!! Arggghhh.. tensen aku. Dia boleh nak main2, mulut bising bersembang macam2.. siap lapar lagi tengah2 malam. Kasi makan biskut n roti pastu air kosong. Syok sangat main, batuk2.. muntah pulak dah... Haishhhh.. dah kena tukar cadar tengah2 malam.
Sabtu.. sebab semalam tido lambat, Aiman bangun nak kol 11 la jugak. Tu pun masih marah2.. tak puas ati. Agaknya dia rasa ngantuk lagi. Harini atuk n nenek dari batu pahat akan sampai. Memula en suami datang dulu.. owh.. aku memang sangat2 menantikan kedatangan en suami setiap masa. Sebab masa dia datang selalunya timing baik untuk Aiman jalan2 sebab dah bosan dok kat katil je. Nanti en suami bawak la jalan sekitar wad, then pi tempat mainan tu. Pastu en suami balik rumah kejap amik my family in laws. Sementara tu, tok wan n atuk (pengasuh Aiman) datang.. yeyy.. Aiman dapat hadiah birthday kereta! Seminggu tak anto rumah tok wan.. syokla Aiman main ngan diorg. Atuknya ni yang rajin melayan. Lepas tok wan balik (sebab Aiman berak..), Atuk n nenek datang ngan my SIL n biras.. siap bawakkan kek birthday n puding. Ala2 jamuan kecik kat hospital.. tapi Aiman tak makan pun! Hehehe..sorry ye Aiman, kek tu manis.. Aiman makan kentang lenyek saja ye.. Kasi kek kat jiran2 sebelah n nurse serta doktor. Plannya nak wat small jamuan kat rumah sempena birthday Aiman hari tu, tapi terpaksa cancel sebab still kat wad. Takpe la, next time plak. Doktor kata, hari ahad boleh balik. Aiman Alhamdulillah suma dah ok, cuma tak leh balik lagi sebab nak habiskan antibiotik. Tok wan kata.. ni tektik doktor je nak suruh kita dok lama kat hospital. Yang untuk dia ngan hospital tu jugak kan.. hehehe.. takpela, janji Aiman sihat.. Mak tok Aiman busy arini.. ada 3 kenduri, maghrib tu baru datang visit Aiman. Then Aunty Nurul datang jugak.. menjenguk Aiman. Katil yang lagi 3, 1 memang kosong, lagi 2 pun dah kosong sebab discharge petang tu. Tinggalla aku ngan Aiman berdua.. aku bukak suma lampu even tutup langsir kawasan aku. Nurse plak rajin tutup pintu masuk bilik.. so sunyi giler tak dengar orang jalan2 kat luar. Sebab tak tido petang, Aiman tido awal. Aku pun dah penat sangat, dah berapa hari tido tak betul.. malam tu rasanya nyenyak jugak la tido sampaikan nurse datang check temperature n bukak wayar ubat antibiotik pun aku tak perasan.Kek Aiman.. gambar makan kek dalam kamera mak ngah kat Putrajaya.. ni pun ihsan dari blog pembuat kek..
Ahad.. yeah... iaitu hari ini.. doktor memang awal pagi dah datang, around kol 8. Katanya dah boleh discharge, cuma nanti follow up next appointment kat klinik doctor 20 October. Tunggu siapkan suma, dalam kol 10.30 tu dah boleh balik. Aiman baik je masa tengok nurse bukakkan balutan tangan dia. Tapi masa nak tarik jarum keluar, ada nangis sikit. Huhuhu.. kita orang besar pun sakit.. apa lagi budak kecik ni. Dahla kurus.. timbang berat Aiman kat hospital, 6.5 kg. Alahai anak ibu. Masa appointment jumpa PZM (owh.. ni kisah masih pending untuk di post), berat Aiman 7 kg. Stat sakit, hari sabtu tu berat dia dah turun 6.7 kg. Sehari sebelum masuk wad, 6.55kg.. ni 19 hb ada appointment ngan kk untuk cucuk setahun, sure nurse bising berat Aiman turun. Dah tu sakit.. nak wat camne.Sementara menunggu nurse prepare doc untuk balik.. kita main dulu untuk kali terakhir.. pas ni tak mo masuk hospital dah tau..
Sejak lepas baik sakit ni, Aiman sendiri pun kurang nak makan. Stakat 3-4 suap je, tu pun bukan suapan penuh. Suapan sikit je.. agaknya lidah dia still rasa nak best sebab ubat n tak sihat badan haritu. So far, aku teman dia, bolehla kasi direct bf. Nanti dah keje.. hopefully datang balikla selera makan dia bila ramai2 kat rumah tok wan. Tengok kawan2 lain pun makan.. To all family and friends.. terima kasih datang visit Aiman. Tak kurang jugak yang call n message thru hp, fb tanya khabar Aiman.. n doakan Aiman. Alhamdulillah.. Aiman dah sihat. InsyaAllah.. Aiman akan terus sihat... makan ubat ye Aiman, ada antibiotik yang perlu dihabiskan 5 hari ni.
No comments:
Post a Comment