Wednesday, October 27, 2010
Roti Canai
yeahhhh.. sedap.. lembut.. n panas2 gitu
Ni roti canai melayu.. sebulan sebelum posa aritu pakcik kedai ni tutup kedai
Sampaila nak abis raya baru ni baru bukak kedainya
N setelah sekian lama, harini baru berkesempatan membeli roti canai dia
Syok la sb roti canai melayu ni tak sama ngan roti canai mamak
Lembut2 dia.. kuah dia pun sedap
Aku bantai 2 keping roti canai.. burrpppp... kenyang...
Hahahaha... antara roti2 canai yang meninggalkan kenangan adalah roti canai kat rumah kat terengganu..
Masa tu dok kat losong hj su.. rumah kampung kembar 2 tapi satu pagar
Then kedai jual roti canai tu selang 2 buah rumah je
Pagi2.. pas sembahyang subuh.. pegi beli roti canai.. n dia tak kasi kuah, kasi gula
Tapi roti canai dia sedap.. makan saja pun dah cukup... tak yah berkuah or makan ngan gula
Tapi biasanya hari beli roti canai, memang mak dah ada kasi ikan or ayam untuk makan ngan roti canai
Kedai ni, jual jugak roti canai frozen..
Mak tok ialah peminat setia roti canai dia.. selalu kirim pas tu bleh simpan berbulan2 dalam freezer sampai next time kitorg bawak balik lagi stok baru
Sekarang takde dah la merasa roti canai sedap ni.. nak ke terengganu pun dah payah
Lagi.. roti canai masa kat UM..
Dewan makan kolej 4.. hostel masa aku belajar dulu..
Hari apa ntah.. lupa dah, tp menu pagi adalah roti canai
Aku rasa hari minggu.. either sabtu or ahad
Sanggup bangun pagi.. semata untuk tapau roti canai je
Pastu sambung tido balik.. hari2 lain, memang takde nyer nak pi makan kat dewan makan
Bukan pasal tak sedap even mmg takde la sedap sangat pun
Cuma malas nak bangun pagi n tapau breakfast sebab biasanya kelas aku lambat
So waktu pagi adalah amat berharga untuk digunakan untuk tido..
Sedap sangat ke roti canai dewan makan ni?
Sedap la jugak.. sebab ni pun orang melayu yang buat.. kalu ada rezeki, dapatla lebih dari sekeping.. ni kalu datang lambat2
Ada jugak aku tengok budak2 laki ni bawak telur sendiri, pastu suruh pakcik tu wat roti canai telur.. special skit.. tp aku ni stakat pi tapau je, takde la pulak nak menunggu pak cik tu tebar roti canai semata nak makan roti telur..
Itulah.. kalu dulu, makan satu keping pun dah kenyang
Tapi skarang.. satu setengah keping pun tak tentu lagi kenyang..
Makan 2 keping baru puas hati..
Perut aku dah makin besar??? Tak lah... roti canai tu je yang dah makin kecik skarang..
Friday, October 22, 2010
Bila..
Bila meja kita bersih n kemas.. tak bermakna kita tak banyak kerja..
Bila kita datang lambat n balik awal.. tak bermakna kita tak siapkan keje..
Asalkan.. bos kita penah kata.. 'i tak kisah u pegi mana, janji keje siap'
Jangan lupa ya.. bos kita tak sama.. ;-)
Bila kita tak datang keje, tak semestinya kita suka ponteng
Mungkin kita sebenarnya sakit.. n bila datang keje, sakit akan lagi teruk
Tapi bila kita pegi klinik.. doktor pulak bising kata kita sakit biasa je, tak perlu mc
Dapat pulak doktor yang suka perli2 terutamanya kata, kenapa kalu hari isnin, ramai orang sakit ya.. ataupun.. selsema ni biasala, patutnya tak dapat mc.. kalu saya kasi.. nanti takde orang pulak yang akan datang kerja..
Kenapa adanye entri ni? Hahaha.. takde makna apa2 pun.. aku bosan sebenarnya.. keje ada tp sangat malas nak buat. Seronoknya harini hari jumaat. Yeahhhhhhh... esok cuti! Bleh lepak2 n berehat di rumah. Aku sangat suka rumah baru ni, rasa lebih fresh.. mungkin sebab perabut sendiri even takla lengkap sangat. Kalu dulu.. rasa masih terikat ngan tn rumah, sebab hidup kitorg sepenuhnya dikelilingi barang2 dia. Perhiasan dinding pun tn rumah punya.. seb baikla degree tn rumah n wife dia yang dia gantung kat dinding kitorg turunkan. Kalu tak hari2 mengadap degree dia.. hahaha..
Wednesday, October 20, 2010
Urgently need weekend...
Tuesday, October 19, 2010
KK Visit @ 1 years old
Sampai klinik.. biasala.. ramai orang. Tunggu nak timbang je dekat setengah jam lebih. Pas timbang, bawak Aiman menyusu kat bilik bf.. pastu Aiman dok kelebek patung demo untuk bf. Agaknya kalu jumpa baby betul.. camni jugak dia korek n cium2... Aiman nak adik? Hehehe.. lg 2 tahun yaaa...
Lama sangat tunggu.. pagi tadi pun Aiman bangun awal.. otw balik tu, tertidur dalam kereta. Berpeluh2 sebab masa tu panas pagi dah hilang, terik tengahari ada lah.. Penat je datang klinik.. kalu tau camni.. baik terus je datang bulan depan. Buang masa 2 jam begitu sahaja..
Pas anto Aiman balik rumah, aku pi bank.. buat kad baru lepas tertinggal kad kat mesin ATM. Kuar dari bank.. baru je lalu penguatkuasa MPPJ.. huhuhu.. kena saman... dahla kalu nak diskaun kena pi kaunter.. dahla bangunan dia susah giler nak parking.. adoi... adoi.. adoi..
Lately hidup macam sedikit tak terurus.. memula pindah rumah.. pastu Aiman start sakit.. pastu masuk hospital.. skarang en suami outstation, so bernomad kat umah mak for few days.. Hmmm.. tak sabar nak tunggu hidup kembali normal seperti biasa.. tak dah kelam kabut n tak cukup tido macam skarang..
Saturday, October 16, 2010
Khabar dari Wad 558-1
Hari sabtu ni, seharian Aiman demam tp masih main2 cuma badan dia panas jugak. Malamnya.. pegi open house kat USJ, rumah aunty en suami. Kat sana, kerap jugakla aku basahkan kepala nak kasi surut skit panasnya. Bibik aunty cakap, lumurkan minyak seluruh badan.. cepat kebahnya. Minyak? hehehe.. kalu asam jawa tahan lagi sebab lama2 dia akan kering.. tp kalu minyak.. abis banyak pulak kawasan yang nak kena dibersihkan. Agaknya ni petua budak demam kat indon kot. Then balik tu, risau sebab badan Aiman panas balik.. even baru pagi tadi pegi klinik.. kitorg pun singgah Tropicana Medical Centre.. Doctor kata tekak dah merah, so kasi ubat demam+tekak..
Ahad.. kasi Aiman makan ubat dari TMC plak.. batuk macam dah kurang so aku stopkan ubat batuk n selsema.. teruskan antibiotik je. Malam ahad tu.. Aiman makin panas.. especially lepas jam ke 4-5 pas makan ubat. Aku risau lagi.. so bawak ke Hospital Sg Buloh pulak. Ingatkan emergency tak ramai orang.. tp agaknya sb weekend kan, klinik pun banyak yang tutup.. penuh giler emergency tu. Masa sampai, Aiman memang panas giler.. then jumpa nurse (peringkat saringan) dulu before jumpa doktor.. nurse terus kasi ubat demam. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. berlalulah 3 jam.. baru masuk bilik doktor. Masa tu, ubat demam pun dah berjaya menjalankan tugasnya.. adala demam sikit. Tapi sebab aku cakap pasal dah lama demam, n takut kalu denggi ke apa kan.. so doktor wat ujian darah. Meraung Aiman, aku yang pegang tangan blah kiri n lengan blah kanan (yg doc nak amik darah tu) rasa mcm nak nangis je.. Aiman siap geleng2 kepala lagi.. huhuhu.. Abis darah menitik banyak gak, kat tilam, kat tangan aku.. kat tangan dia lagi banyak. Then siap, tak nangis dahla, dengan gembiranya membabai doktor n nurse. Tunggu kejap untuk resutl darah, then masuk balik jumpa doktor. Aku rasa, seb baik kat kecemasan (even waktu menunggu tadi 3 jam kan..), at least ujian darah tu suma wat kat bilik doktor.. dlm masa 10 minit dah masuk jumpa doktor balik. Kalu kat kk, mau kena pi kaunter lain amik darah, then tunggu result, then beratur balik untuk jumpa doktor. So doktor just kasi panadol syrup ngan antibiotik. Dia tengok ubat yang Aiman makan skarang (dari klinik yang mula2 pegi tu). Yang kelakarnya antibiotik tu, dia suruh tambah air.. dahla masa tu bising giler.. aku pun dengar tak dengar apa dia cakap. Then balik rumah, bising aku citer kat en suami.. nape la wat ubat yang kena minum ngan air. kalu ubat tak sedap, air kena pakai banyak.. lagi susah nak paksa budak2 ni minum. Skali, bila aku citer kat mak plak.. mak cakap, air tu tambah dalam botol ubat! bukan masukkan serbuk dalam cawan/botol susu n campur air kasi budak minum! Hehehe.. sorry ye cik farmasi.
Isnin.. mak jaga Aiman. Tak hantar rumah pengasuh sebab kang jangkit plak kat budak2 lain. Kebetulan Naim pun cuti so dia la rajin melayan Aiman. Waktu siang demam, tp petang bila aku balik keje tu dah mcm ok.. badan sejuk je macam biasa. Orang2 kat opis suruh bawak jumpa orang baca2 skit ayat kat Aiman. Suruh tengokkan sb kitorg baru 3 hari pindah rumah then Aiman stat demam. Ingat malam tu nak pegi jugak jumpa.. tp ayah tak setuju. Aku n en suami takde la beriya sangat nak pegi kan.. tp pk ni bleh jadi alternative. Tapi ni perubatan cara Islam lah. Tp sebab dah mcm tak demam.. tak jadi pegi. Tengah malam sebelum tido, ada rasa panas skit.. aku terus kasi ubat demam. Malam tu memang panas giler balik... aku terus angkat Aiman masuk sinki dalam bilik air. Kasi dia main air, aku pun sapu2 badan n kepala dia. Sampaila surut sikit.. hmmm.. memang konfem tak baik demam lagi.. sepanjang malam Aiman tido dibaluti kain basah.. sampai kering kain yang basah tu dek panas badan Aiman.
Selasa biasala.. panas jugak siang.. makan pun dah start tak nak. Dia mula batuk pulak. Aritu mcm dah berenti so stop ubat batuk. Demam siang kurang.. malam je panas.. dah mula pk2 nak bawak ke klinik. Rasa nak bawak jugak Aiman tido rumah mak. Manala tau kan.. kot betul rumah baru ni ada apa2 yg tak kena..
Khamis.. arini aku keje. Mak cakap dia ada minim air masak, susu minum sikit sangat. Aku balik lunch tu, nak kasi dia minum usu. Aiman sambut aku kat pintu.. then aku masuk dalam, biasanya mesti dia ikut. Ni terus bersandar kat dinding.. sedihnya tengok Aiman tak bermaya. Pastu bagi susu, minum sikit je, dah tido balik. Petang tu balik keje, Aiman still tido lagi, mak kata lama dah tidonyer. Lemah sangat dia. Memula aku ingat dia lemat n ngantuk sebab ubat, pastu sembang ngan Nisah n Dalila, ubat yang dia makan tu tak patut buat dia ngantuk pun. Maybe Aiman tak cukup tenaga sebab tak makan n minum. Terus siap2 kan barang.. bawak pegi hospital. Masa masuk tu, dia panas 40degC, terus nurse kasi dia mandi atas katil tu jugak. Mandi air suam tp rendam towel tak perah2 dah.. terus je letak kat kepala n badan. Aiman memang meraung kaw kaw punyala. Sampai ke luar boleh dengar. Pastu diorg masukkan ubat ikut bontot.. Cek2 suma, kasi turunkan suhu. Pas siap mandi tu.. suhu 39degC.. kena admit masuk wad. Memang kitorg dah siap sedia pun.. rasanye lebih baik kat wad, lebih terjaga. Malam tu masuk.. nurse amik suhu setiap 4 jam. Sekali je, nak dekat subuh tu suhu dia 38degC plus.. waktu lain suma around 37 degC je. Diorg masukkan air, masa masukkan jarum untuk masuk air n ubat... sekali lagi Aiman meraung.. huhuhu.. aku tengok pun tak sampai hati. Dahla kurus, nak cari urat pun susah. sb Aiman lama tak minum or makan, then doktor suspect ada jangkitan paru2. Esok baru tau, dari xray.
Sejak lepas baik sakit ni, Aiman sendiri pun kurang nak makan. Stakat 3-4 suap je, tu pun bukan suapan penuh. Suapan sikit je.. agaknya lidah dia still rasa nak best sebab ubat n tak sihat badan haritu. So far, aku teman dia, bolehla kasi direct bf. Nanti dah keje.. hopefully datang balikla selera makan dia bila ramai2 kat rumah tok wan. Tengok kawan2 lain pun makan.. To all family and friends.. terima kasih datang visit Aiman. Tak kurang jugak yang call n message thru hp, fb tanya khabar Aiman.. n doakan Aiman. Alhamdulillah.. Aiman dah sihat. InsyaAllah.. Aiman akan terus sihat... makan ubat ye Aiman, ada antibiotik yang perlu dihabiskan 5 hari ni.
Thursday, October 14, 2010
1 year!!!! Happy birthday Aiman!!
Tuesday, October 5, 2010
Body Composition Analyzer
Memula timbang ngan Aiman (ngoknyer rasa.. xcited punya pasal..), tapi org tu dah tolak siap2 la berat Aiman untuk mesin tu kira. Berat 49.1 kg and fat aku 26.4%. Pastu orang tu kata.. ni patutnya kurang lagi ni, lagipun berat handbag tak kira.. Handbag aku pun memang berat gak.. terus pegi anto Aiman kat en suami kejap.. timbang skali lagi.. hahaha...
Dan keputusannya..... berat aku 47.2 kg.. fat% 24.3%. BMI aku 19.6.. budak tu kata, sikit lagi nak underweight ni.. fat plak.. kalu normal range ialah 17 - 24%. Aku lebih 0.3%. Katanya.. aku kena tambah berat.. tapi..aku tanya dia balik.. kalu aku tambah berat, fat aku kang terlebih pulak? Makanya.. kena makan makanan berkhasiat, bersenam lebih skit... Rasanya ni berkat bf Aiman kot.. berat pun dah kurang.. fat aku dulu. Ikut kertas report timbang tu.. fat to loose is 2.5 kilo. Kalu nak kurang payah la sikit.. tp kalu tambah.. senang je.. =)