Saturday, February 27, 2010

Bersawang..

Lamanyer tak update blog. Bukan malas, tapi memang tak sempat. Rasanya, sejak aku mula keje kat opis baru di Glenmarie, memang dah takde masa nak update blog. Dekat sebulan lebih la jugak blog ni terbiar sepi bersawang2.. so sedikit update tentang diri sendiri, keluarga n aktiviti ku..
AIMAN..
semakin comel.. masa pi klinik masa umur nak 4 bulan tu, berat dia dah 5.5 kg. Sekarang dah boleh pusingkan badan, tp meniarap tak berjaya lagi. Rasanya adala 3x kot dia berjaya meniarap tanpa bantuan. Tapi kalu aku letak dia meniarap, kepala dia memang dah kuat untuk angkat. Makin rancak bersembang n sangat senang nak senyum kat sesapa pun. Dia suka je kalu orang angkat dia.. sesapa pun boleh. Start raya cina aritu, Aiman aku anto kat pengasuh. Kawan mak, dok lorong belakang ngan rumah mak. Nanny Aiman kita panggil Tok Wan. Dia ada lagi 2 orang baby yg lagi besar dari Aiman. Okla so far aku tengok dia jaga Aiman. Yang paling bestnya, pagi dia mandikan, balik aku amik, dia dah mandikan Aiman jugak! Hehehehe.... senang keje aku. So bila balik umah tu boleh tumpukan sepenuh perhatian main2 ngan dia je..Gambar dia ada.. tp tak upload lagi. Nanti la bila2 aku post kan gambar2 Aiman je.
KEJE...
Sangat sibuk!!! Tak paham aku apa yang sibuk sangat dalam ekonomi yang lembap ni. Order takde pun.. tapi sibuk menyelesaikan masalah dari order2 yang lama. Memang boleh kata masalah dunia lah. Aritu aku pi Singapore n Johor, meeting kat sana. Ni pun antara meeting menyelesaikan masalah. Terpaksa tinggal Aiman ngan mak. Meeting plak meleret2 sampai petang. 3 kali tukar flight.. mengingatkan Aiman, aku balik malam tu jugak (bos aku balik esoknya sb malas nak rush). Sampai rumah dah tengah malam la.. Seksanya rasanya bila kena outstation, nak plak yang kena bermalam. Ni bulan 3, mungkin kena pi sana lagi. Adula.. kalula ada orang lain yang boleh ganti. Sebab kat opis baru ni jauh sikit, maka setiap hari, 5.30 tepat aku balik. Tak kira keje banyak ke... keje sikit ke.. rasanya hidup aku kat opis skarang lebih kelam kabut sebab banyak keje, nak kena balik awal, datangnya tak awal sangat.. hahaha.. n setiap 2-3 jam sekali, aku akan pi pam susu. Tak de masa nak bukak internet macam dulu2. Tu yang tak sempat nak update blog tu.. Last week, aku saja pi anto tender.. pastu lepak klcc masa lunch jumpa Kausar n Chura. Konon nak hilangkan tensen.. bila balik opis.. tensen balik..
FAMILY
Hanisah dah dapat keje kat Hospital Sg Petani. Syoknyer dia dok kat sana, sewa rumah pun murah je. Aritu masa Dilah balik, mak tok turun KL. Pastu kitorg balik ramai2 sama2 ke Sg Petani sempena raya cina. Best.. sebab lama dah tak kumpul. Pegi berkelah kat Lata Bayu. Aiman pun diangkut sama.. diiringi doa2 supaya selamat semuanya. Sekali malamnya.. Aiman jadi macam sangat riang. Syok bersembang.. tak nangis.. happy je. Aku n en suami dah risau. Kot la ada menda yang mengikut. Terus kejut mak.. ayah yang tido pun bangun. Bila cerita2 n tanya pendapat.. kitorg kena gelak je sebab baby kalu ada yang tak kena, biasanya dia akan nangis. Ni.. Aiman happy pun kitorg risau! Hahahaha...
Harini.. pi makan2 rumah pahcu. Jumpa ramai sedara2 belah ayah plak. Seronok jugak, ala2 family gathering gitu. Gambar tak de.. perut yang buncit sebab kenyang je menjadi bukti pegi makan tadi. Next week, balik Batu Pahat pulak. Ada kenduri kawin sepupu en suami kat Johor Bharu. Aiman pun dah lama tak jumpa atuk n nenek dia.
AKTIVITI
Minggu sebelum raya cini aritu, jumpa member2 skolah kat umah zue. Lama dah tak lepak sesama. Macam aku.. bila dah ada Aiman ni, rasa macam pergerakan terbatas. Nak plak bila dia minum susu badan. Kalu nak tinggal dia, kena make sure susu ada.. kalu suma dalam freezer, takleh la tinggal. Dah berapa kali kes aku kuar pi kedai masa dia tido, sekali dia jaga n nangis nak susu. Serta merta balik.. seb baik pi kedai area sini je. Pastu.. jumpa ngan member2 UM plak. Lepak kat Giant Kota.. permintaan aku sebab paling dekat ngan umah aku. Risau aku nak drive sorang2 ngan Aiman. Dibuatnya dia nangis otw aku kuar dari Giant nak balik umah. Nape ntah, nangis teresak2. Bila aku berenti n peluk dia pun.. dia tetap nangis. Last skali called mak.. mintak tolong datang amik kitorg. Mak datang ngan Nisah, so aku balik drive keta, Nisah pegang Aiman kat sebelah.
DIRI SENDIRI
Sangat penat.. keje n keje n keje.. masalah keje membuatkan aku teringat2.. termimpi2.. betul.. dah banyak kali aku tido asyik mimpi pasal masalah keje je. Balik rumah jumpa Aiman.. memang rasa mcm tak mo keje dah. Nak jadi surirumah sepenuh masa. Pastu amik upah jadi baby sitter. Hehehe.. market kl, sorang budak bleh la dapat RM300. Bila weekend, masa untuk mengemas rumah. Minggu lepas.. tak masak sangat. Aku dah jadi malas. Rasa macam nak balik umah, melepak n main2 ngan Aiman je.
RAKAN2
Emm... ramai kawan2 yang dah bersalin n hampir nak bersalin. Rasanya dalam 2 minggu ni je, budak kat opis, 3 orang dapat baby. Ex budak opis, Sal pun bersalin. Then Min, member KMPP pun bersalin. Member2 skolah dulu.. yang bersalin n menunggu hari. Hopefully semua selamat ya...

Sehingga ketemu lagi.. chaw chin chaw...

1 comment:

shaida said...

hai mira..ofis u kat glenamrie kan? samalah kita..i kat jalan u1/47..anyway salam perkenalan...