Thursday, February 19, 2009

Cerita Lama

Cik memilih souvenir utk kasi kat kawan dia kat US

Cik ngan mak tok dok cari petola.. teringin nak rasa..

Ni citer lama.. tak sempat nak tulis lagi. Dok tengok gambar2, terjumpa gambar ni. Ni kisah kitorg pi pasar tani kat Stadium Shah Alam. Minggu terakhir sebelum aku kawin. Bleh kata minggu terakhir bawak cik jalan jugakla sebab ahad minggu depannya konfem suma org tak bangun awal lepas penat kenduri. Seronok pasar ni sb macam2 ada. Barang dari segenap pelusuk kampung di malaysia boleh dijumpai di sini. Panas so kitorg tak sempat pusing habis. Breakfast makan char kuey tiaw, nasi lemak.. then cari sayur utk masak. Pastu pusing cari tudung n kain. Suma org bershopping.. plan aku di dalam kepala, nanti pas kawin bleh la shopping barang basah every week kat sini. tp.. even dah kawin sebulan ni, tak penah skali pun lagi pi sini! hihihi...
Tengok gambar cik ngan mak tok, rindu plak kat diorg. Bila nak balik sp nieh..



Sunday, February 15, 2009

Pulau Tiga Resort..


Pulau Tiga located around 2 hours journey by van from KK and another 30 mins by boat. We reach there almost in the afternoon and there's only 4 guest in this island. Nothing much to do, except swimming. There's no electricity between 2-6 pm, so i just lepak n baring2 tepi pantai. Bosan gak.. tp.. emmm.. nak wat camne. Sapa suruh aku malas nak mandi laut! Hahaha... malas ah, even aku ni memang hantu laut n sungai, tp malas nak memburn kan muka.
They called this island SURVIVOR ISLAND. Merata2 penuh ngan binatang2 je.. biawak besar, jalan penuh selamba je.. tak takut org langsung. Aku plak yang berlari2 melompat2 bila nampak biawak. Monyet pun banyak, tp maybe masa kat um dulu dah biasa tengok monyet, blehla control macho skit. Bila check in, org resort pesan, ular pun banyak, so be carefull. Aku terus xtra carefull.. geli beb... Seb baik tak jumpa sekor pun.

Makanan kat sini sedap.. sangat sedap! Sebab guest ada 2 pasangan je, so kitorg makan hidang. Tp sebab sedap, kitorg berjaya abiskan almost suma makanan. Kenyang giler.. Hari kedua di pulau, pegi jalan kat Snake Island (ni la SATU SATUNYA aktiviti kitorg kat sini..). Pulau kecik di tengah lautan, penuh ngan ular laut yang dok kat bawah batu di waktu siang. Memula memang aku malas giler turun bot, geli n takut ular, tp diorg ckp ular tak kuar waktu siang. Jalan atas batu pun penuh berhati2. Skang ular dah tak banyak, sb dulu ada org datang drilling nak wat jeti, ular banyak lari. Jumpa sekor ular di bawah batu, guide kitorg kasi can utk pegang ular. Ohhh.. sori... terus aku lari jauh2.

Then kitorg ke tpt snorkling. Ada taman nemo, penuh ngan pelbagai jenis nemo. Cantik.. tp dalam hati aku tetap cakap, Pulau Redang , Perhentian and even pulau kapas lagi cantik kot. Tak pe la.. kalu tak datang, tak tau kan. Jumpa tapak sulaiman berwarna biru, n kebetulan skang musim obor2 so kena la gigit jugak skit. Tetap bertahan demi nak mandi laut, tp tak la mandi lama sangat. Tengahari buta beb...

Lepas tu.. lepak je kat bilik n tepi pantai sampaila balik ke KK keesokan harinya. Huhuhu... memang bukan seperti aku yang biasa. Tp sebab tak de geng. Izwan plak memang jenis yang malas ngan outdoor2 nieh. What to do.. tengok laut je lah.. mengumpul pahala (org kata, tengok laut bleh dapat pahala.. =) )

Thank to Conrad, kalu masih ingat my first entri kat this blog, is about my trip to KK. Conrad yang tolong uruskan pasal Pulau Tiga.. Lepas ni, rasanya kalu aku nak pi pulau kat Sabah, tak mo pi yang dekat area kk, pi yang dekat Sempurna baru puas ati kot. Kalu tak, pi je pulau2 yang kat blah pantai timur. Bukanla kat sini tak cantik, tp maybe sb aku biasa ngan pulau di Trg.. rasa mcm kat Trg la best sb banyak coral tepi pantai je. But.. i enjoy my trip here!

Hanisah balik NZ

Finally.. tamatla percutian Hanisah & Shamin. Balik semula ke NZ lepas tolong memeriahkan my wedding. Dia renew passport, tapi tak renew visa. Masa kat check in counter baru tau kena renew visa jugak. Huhuhu.. kelam kabut cari cc. Kena bayar RM20 utk guna internet. Well.. biasala.. tengokla kat mana cc nyer. So.. good luck in your final year.. c u end of this year kay!!

Berikut ialah aksi2 kami sementara menunggu Hanisah wat visa

Saturday, February 7, 2009

Orang yang tak paham paham.. huh..

6 February 2009.. keje tak banyak pun. Lunch tengahari tu sempat lagi pi Ikano ngan Diana & Siti. Shopping seluar keje kat Padini yang tengah sale. Then petang tu, lepas sembahyang asar, i found out that my risik ring missing!! huhuhu.. tak bukak pun, n aku agak tercicir dlm toilet sb cincin tu memang agak longgar. Luckily, cincin tunang yang kat belah dalam masih kat jari. Cuak sangat.. sedih sangat.. masa dok sibuk2 cari cincin tu.. ada call masuk.. Ain yang angkat tepon bgtau N (nama org yang tepon tuh) yang aku, aisyah n wani meeting. Dia ckp.. kalu awak tak nak kena marah, baik panggil diorg. huh.. permulaan yang sangat menyampahkan. dahla aku tengah susah hati mencari, then mengenangkan customer, oklah, aku ckp. owh.. by the way, sblm aku sedar mengenai cincin yang hilang (tak sampai 5 minit sebelum tu..), En F dari company yang sama telepon. Tanya pasal delivery jugak. Aku cakap.. nanti aku check sb yang uruskan ni org logistic. Then dia ngengada, tak taula niat nak menganjing or nak main2 or memang serius.. tp lebih kurang ginila perbualan kami :
En F : Bila barang ni nak sampai ni? Dah keluar ke belum?
Aku : Mcm yang saya update dlm email, barang tu dah keluar ari rabu, tp saya tak pasti status dia skarang, saya kena check ngan logistic dulu
En F : Baik awak konfemkan betul2.. esok saya nak raya dah nieh..
Aku : ( aihhh.. org melayu pun sibuk nak raya thaipusam ke.. lantak ko lah..) dah tu, en F beraya je la. Barang tu.. nanti saya update..
Malas aku nak cakap banyak2.. terus je letak tepon dgn baiknya..
Sambung balik ngan org yang tak paham2 nieh.. bila aku suruh Ain pass the phone to me, aku dgn nada lemah lembut nya menjawab (tp dlm hati memang malas giler..risau pasal cincin pun ye jugak..). Tp angkat phone tu lambat skit la.. kononnye sibuk meeting.. hahahaha...
Aku : Hello..
Ms N : Amirah, saya nak tau la apa jadi ngan barang tu. Apa status dia skarang? Dah hantarke belum nieh?
Aku : Cik N, sy baru sangat letak tepon cakap ngan En F, dia pun tanya pasal menda nieh
Ms N : Dah tu, apa status dia (nada memang berlagak giler..)
Aku : Mcm saya email hari rabu aritu, barang dah kuar rabu, then maybe sampai Psr Gudang ari khamis. Tp, apa2 pun.. sy kena check ngan logistic saya dulu. Sebab penghantaran ni diorg yang uruskan
Ms N : Camne awak boleh tak tahu apa jadi? Awkkan handle barang nie.
pergghhh.. aku memang nak marah dah. Suka ati jek.. nak citer suma kat blog ni, mcm ingat tak ingat apa dia cakap.. tp secara kasarnya, adala beberapa perkara yang memang org2 ni tak paham2

1. Delivery keje org logistic, bukan keje aku
Adake Ms N ngan Ms D (nama ni baru kuar.. dia kat belakang, suka tokok tambah sb diorg wat speaker. Tukang curah minyak pun bleh kata jugaklah..) marah kat aku sb tak tau lori tu kat mana skarang. Dlm email yang aku anto update lori kuar dr TW ari rabu tu pun, aku tulis besar2 MOST PROBABLY THE ITEM WILL ARRIVE PSR GUDANG TOMORROW (which is khamis lah). Makanya, mungkin la akan sampai ari jumaat ke.. sabtu ke.. Pastu, ada ke diorg kata, aku lost control barang yang aku anto. Ek elleh.. bukan keje aku nak ngikut je lori tu mana dia pegi. Nama pun under logistic, kalu barang tu dah sampai, org logistic inform aku.. then aku taula dah sampai ke, tak sampai lagi ke, ada masalah ke.. Aku ni ngan baik n sabarnya bagitau, nanti aku tanya ngan org logistic apa jadi kat barang tu.
2. Lori driver tak dapat dihubungi
Tak puas ati lagi... diorg dok bebel2 n sambil tu, aishah call org logistic kat HQ tanya status barang.Logistic bgtau yang diorg tak dapat kontek lori driver. Aku yang tak abis lagi dengar Ms N n Ms D bebel, inform la diorg yang tak dapat kontek lori driver. Emm.. diorg marah pasal ni pulak. Kata nape org tu tak angkat tepon, kat mana org tu skarang, nape bleh sampai lori driver tak angkat tepon. Adula.. aku dahla risau, ckp ngan diorg banyak kali, dok ulang menda yang sama, tak paham2.. skang ni diorg marah aku pasal lori driver tak angkat tepon plak. Aku cuma bleh cakap " Entahla, saya pun tak pasti nape dia tak angkat tepon, mungkin bateri dia abis ke, dia tak sempat angkat ke, kat tpt yang takde coverage ke.." Kata diorg " Awak mana boleh macam ni. Awk kena tau dia kat mana. Mana dia skarang? Dia dah balik ke belum?" Argggghhh.. tertekannya aku. Perluke aku ulang balik apa yang aku ckp tadi? Owhh.. memang perlu n aku memang ulang balik pun apa yang aku ckp. Then aku bgtau yang suma ni org logistic yang handle. Sy memang tak tau apa2.. Then, bleh Ms N cakap, tadi, saya ada tepon Haikal (ni org logistic kat HQ), dia kata, dia tak dapat kontek driver lori. HAAAAAAAAAAAAA...tengok.. nape ko susah sangat nak caya apa aku ckp!!! Org logistic sendiri pun ckp gitu n memang aku dapat info ni dari dia. Nape ko kena tanya aku lagi soalan yang sama. Sakit nyer layan diorg...
3. Deliverykan DDU Ex Pasir Gudang..
Hahahaha.. yang ni memang kelakar. Sangat kelakar. Tak taula diorg ni dah abis idea nak marah aku ke apa, bleh ckp ngan aku.. "Mcm mana awak boleh tak dapat hubungi lorry driver awak. Lagipun, barang ni DDU Ex Pasir Gudang." Aku pun balas " Cik N, memang barang ni DDU, n kitorg tak mintak pun you bayar tax utk barang ni". Diorg balas.. " Ye la, memang tak bayar tax. Tp kan.. kenapa kalu vendor lain, ckp barang tu sampai esok, mesti esok tu sampai".. So what?? ni aku kata dlm hati. Yang termampu aku balas kat Ms N, " Itu vendor lain, manala saya tau diorg anto guna courier ke.. by hand ke.. apa ke.. lagipun, jelas2 dah sy ckp kat email tu yang barang tu besar kemungkinan akan sampai khamis. Kalu dah arini jumaat, n tak sampai lagi, mungkin nanti2 sampai la kot. Mungkin lori driver tu pegi anto barang kat tpt lain dlu ke, pi Teluk Ramunia dlu ke.. singgah Melaka dulu ke.. saya sendiri pun tak tau jadual diorg". Bila aku dah jawab camni, mula balik ke no 1 dan 2 punya jawapan. Huhuhu.. penatnya!!
4. DO kena kasi jugak ari selasa
Lepas penat marah2, diorg cari point lain plak. Bleh lepas marah2 kat aku almost setengah jam, diorg ckp, " Sy tak risau barang hilang kat sana, saya risau mcm mana awk boleh tak dapat hubungi lori driver awk tu!" Eishhh... hampeh la minah2 nie.. aku memang masa tu, sangat sangat hampir nak hempas je tepon tuh. Pastu diorg kata, "Ntah ntah, barang ni tak kuar lagi dari tempat awk. Awk sengaja ckp sebab takut nak bagitau kami. Sy baru je tepon org M*** , diorg kata minggu ni takde langsung penerimaan barang Orifice Plate. Baik awak jelaskan". Huh.. hampeh, baru nak ckp yang org pasir gudang kata barang tu tak sampai lagi. Aku dah penat.. aku bleh ckp, "Camnila cik N.. sy ckp banyak2.. menda yang sama je. memang saya tak leh nak bgtau status apa jadi ngan barang tu skarang sb sy memang tak tau. cik N kenal Haikal kan? Apa kata cik N tanya je dia terus. Memang dia yang handle delivery ni. Kalu cik N tanya saya pun, saya akan tanya dia jugak.." Cik N marah, katanya sbni barang aku.. aku yang kena uruskan. Huh.. MEMANG AKU URUSKAN PUN.. TP KO TU JE YANG TAK PAHAM2 AKU CKP.. AKU TAK DE INFO LAGI. NANTI BILA DAH ADA.. AKU BAGITAU LA!!..(ni ckp dlm hati je). Huh.. tadi memandai tepon haikal.. takpe plak, bila aku suruh, tak mo. Aku dah tak ckp banyak sangat dah, then dia suruh aku provide DO ngan sign customer kat dia by selasa. Aku ckp "Sy cuba sedaya upaya.. kalu lori tu dah balik, dah kasi DO tu, logistic kasi kat saya, nanti saya kasi copy". Huh.. dlm dah cukup baik aku ckp tu, bleh plak dia marah balik "Mana boleh, awk kena jugak kasi ari selasa. Awk kena dapatkan jugak DO tu!!" Mak aih.. dlm hati aku ckp, dah tu, nak aku pi cari lori tu kat mana skang ke? nak pi tolak lori tu kalu lori tu lambat sampai ke psr gudang? memang aku dah menyampah tahap cipan dah masa tu. Then dia kata, " Sy agak, barang tu awk tak ship out pun lagi" . Aku bleh ckp yang memang barang tu dah kuar, ulang balik segala penjelasan aku kat no1-4 di atas ni. Then dia kata, "oklah, awk provide kat sy skarang.. DO awak. Tak kisahla tak chop penerimaan lagi. Ni kira bukti barang ni memang dah keluar" .Fine.. memang barang tu dah kuar, jadi memang ada pun DO tuh. Sebelum letak phone, sempat lagi diorg warning "Hantar hari ni jugak!".

Sepanjang cakap tepon ngan diorg nieh, banyak kali aku ulang cakap menda yang sama. Sampaikan budak2 opis yang ada kat situ, sama bengang ngan aku jugak. Diorg pun dah riuh2 kat belakang marahkan org yang ckp ngan aku.. Marah sb tak paham paham..seb baik ada diorg yang support aku masa tu, kalu tak, memang aku tak leh tahan dah. Bila letak tepon tu, terus aku rasa mcm sedih sangat. Dengki ke apa customer ni ngan aku? Bukannya dia tak leh paham, tapi memang sengaja wat tak paham kot. Dengan cincin hilang lagi.. Huhuhu...lepas tu, org logistic bagitau, diorg baru dapat DO yang dah sign. Rupanya, barang tu ari khamis lagi dah hantar. Huh.. kata kitorg out of control lori driver, yang diorg tu.. tak out of control gak ke? Barang yang dah sampai, kata tak sampai lagi, pastu marah org mcm org giler. Huh..

Sepanjang aku keje, banyak susah payah hidup ku lalui. Tapi tak penah lagi berdepan ngan team customer yang macam ni. Tak pe la, take it as pengalaman n lesson to my self. Customer ni memang sengal skit, sb baru je ari sblm tu, aku sembang ngan vendor company lain yang supply barang utk diorg, for same project. Ada gak hal nyer. tp aku tak taula details. by the way.. i wish that everything will be finished ASAP once we deliver this item. Teringat penah skali, masa diorg dok chase aku giler2 beberapa hari sblm tu,n aku pun sangat malas dah nak layan, aku cuma dpt ckp " Cik D, saya ni kan.. nak sangat sangat barang ni cepat2 deliver kat u. So jangan risau la.. sy memang akan buat yang terbaik utk kasi barang ni deliver cepat!" Hahaha.. harap2 dia paham la sindiran aku. Sb aku nak deliver cepat sb aku dah tak tahan ngan group diorg yang SETIAP SORANG asyik tepon kitorg sehari dlm 20 kali tanya update pasal barang ni. Hari2 tepon. Huhuhu...

Entahla.. aku tak nafikan, memang kitorg salah sb barang tu delay skit. Dah nak wat camne, factory sendiri yang delay. n memang kitorg asal ada update terbaru je, terus inform diorg. Tp bila dah inform, eg item is ready for shipment. Memang dah ready, tp utk ship out, factory amik masa 2 minggu. Adala paperwork yang kena wat. Tp customer ni, bila ckp ready for shipment, dia ingat terus kuar dah (of course la aku bagitau dari masa ready for shipment ngan dah shipout akan amik masa..), tp diorg still call ari2, Siap marah tu tak tahan tu nape barang tak kuar lagi. Adulah.. penatnyer rasa keje nieh. Deal ngan org camni, lagila menyakitkan hati. Memula aku paham gak org atas tekan diorg, tp kalu sampai aku ckp 10 juta kali tak paham2.. tu mamang mcm sengaja nak kenakan aku jek.

Tujuan aku tulis kat sini sekadar nak melepaskan marah n penah n sakit hati aku. Bila tau barang tu dah deliver, aku email kat diorg copy DO petang jumaat tu jugak. Diana tolong aku wat ayat email yang power kat diorg, konon nak balas balik la diorg marah2 tadi tp sb aku dah penat, aku pun delete suma yang diana karang, aku tulis simple giler je email tu. Sbg balasan, aku tulis kat blog aku!!!

Aku ni bukan nak memuji diri sendiri, tp kalu org baik ngan kita, ckp elok2.. aku memang sangat berbesar hati nak tolong. Jangan kata tolong, ada gift2 kat opis tu pun.. suma aku akan anto kat opis diorg nak kasi. Bila org demand2 sangat ni, berlagak n marah2 plak tu, kalu la aku larat lagi nak gaduh, aku suruh je diorg hold barang tu lagi 2-3 hari. hahahaahah.. jahat tak aku? tp biasala, manusia. Janganla aku jadi camni jugak, marah2 org je keje..nauzubillah..

** sapa tak paham.. buat2 paham jelah yek..

Wednesday, February 4, 2009

Lamanya tak update blog


Lama giler dah tak update blog. Sangat sibuk ngan wedding.. then wedding sekali lagi.. then masuk opis. Dalam proses membiasakan diri hidup berdua. Hari2 asyik pk nak update blog, tapi still tak sempat lagi. Gambar kawin pun tak dapat lagi, gambar dari kamera sendiri, sikit sangat, tak cantik sangat pun. Tunggu photographer kasi.. hope next week dah boleh dapat ah. Arini, sekarang.. sedang menunggu waktu balik keje. Sangat kenyang, ngantuk n penat. hahahaha.. mana tak nyer, pekena ayam panggang, bihun, kambing panggang, then aiskrim sbg desert. Pastu otw balik dari HQ, singgah plak beli JCo donut. Segala makanan ni adalah sempena CNY celebration by Transwater. Nanti la upload gambo. Tak sabar nak balik!!!