Friday, April 27, 2012

Aiman @ Transwater

Hari ni Aiman pegi keje dengan ibu..
Punyala payah nak kejut bangun pagi n mandi sebab semalam Aiman tido kol 4.30 pagi..
Dalam keta pun lemau2 je.. masuk pintu opis, terus kaku sebab suma orang sibuk panggil2 dia..
Lama jugakla amik masa untuk menyesuaikan diri..
Seb baik amik masa.. at least takde la awal2 lagi dah terjerit2, terlari2 satu opis..
Sempat lunch nasi sikit ngan ayam goreng tapau sebab ibu pun makan ikan bakar tapau arini
Boleh tak tido lagi dari pagi tadi.. ingatkan masa pam kol 10lebih tu or solat zohor, dia nak tido..
Tak de maknanya.. 

Skarang.. en suami dah take over. Office dia hari jumaat working hour separuh hari je.. 

Aku konfem kejap je dalam keta, Aiman dah tido.. 

Owh.. Amni tinggal kat rumah kawan mak, hantar harini je.. 

Tok wan pegi N9, membawa rombongan pengantin lelaki anaknya.. 

Mak plak pi Kuantan.. so Aiman datangla opis ibu..


 
Aiman main cak cak dari meja Aunty Wani.. arini aunty Wani cuti.. abis suma keychain digoyang2. Seb baik tak tercabut..


Dalam surau.. memula sibuk amik gambo ibu tengah pam.. pastu suruh amik gambo dia pulak. Kesian mata Aiman macam bengkak. Dah 2 hari.. kejap blah kanan, kejap blah kiri..
Suma aunty2 di TW yang bekerja rajin melayan Aiman harini. Ni Aiman soh Aunty Nurul lukis kolam baaaaanyakkkk....



Tuesday, April 24, 2012

Geng

Dalam gambar.. suma baik2 saja ye..
Hakikatnya... diorg pun baik2 saja..
Cuma adala sekali sekala.. tarik rambut.. gigit.. pukul..
Hihihi... orang kata, kalu masa kecik2 tak gaduh, nanti besar lagi teruk gaduhnya..
Makanya.. korang gaduhla dulu masa kecik ni, tapi main elok2 tau.. jangan gaduh2 sampai luka, darah..
Bak kata Aiman, " Nanti darrah.. kena pegi hospital.. nanti jumpa doctor.. nanti doctor cucuk Aiman.. "

 Abang Aiman kasi Amni peluang tarik rambut.. elleh.. rambut pendek, nak tarik apa...
 Aqilah malu2 plak bila amik gambo. Kalu tak, Amni baru masuk pagi, Aqilah dah terjerit2 exited panggil Amni. Exited jugak nak dukung Amni n letak Amni atas riba..
Chewah chewah.. amik gambar berbelakangkan pokok mak tok. Esoknya... Aiman gigit jari Aqilah sampai berbekas... huhuhuhu... " Aqilah.. Aiman mintak maaf, Aiman tak buat lagi.. " Boleh caya ke Aiman?

Monday, April 23, 2012

Yey.. Shopping @ Pureen Warehouse

Finally, hari yg ditunggu tiba jua. Ingat nak pi semalam tp sb ada kenduri, tunda ke harini. Ok jugak sebab dengar citer, smlm ramai giler manusia. Staff Pureen tu cakap, smlm sampai 2x tutup gate sebab penuh giler manusia.

Alhamdulillah.. Harini agak lengang. Bayangla koridor ke tempat baju tu macam xde org! Lapang je, orang yg dok tepi pilih2 baju pun xsampai 10 orang. Baju mungkin x secantik semalam, tp yg aku dapat ni pun rambang mata nak pilih. Siap belikan baju untuk wani, aisyah, nurul, yana n ila. Memang menggunung la jugak baju yg aku beli. Kali ni, banyak pulak baju n seluar besar untuk budak 2-4 tahun. Diorg jual sehelai rm4. Dapatla Aiman beberapa helai seluar 3/4. Boleh pakai siang.

Pas siap pilih baju, amik barang2. Queue pun mcm cepat sgt, xsempat nak order pampers, hanisah dah sampai depan nak ke kaunter. Untuk kami berdua, mmg banyak giler shopping. Penuh kereta ngan pampers je. Sampaikan tempat aku duduk pun sikit giler n org Rela kena tlg tutupkan pintu dari luar. Puas hati shopping stok barang budak2 ni..

Bila buat review, barang2 kat pureen warehouse murah skit dr barang2 pureen dari booth mother n baby fair kat midvalley. Tp bergantung jugakla kan, bukan suma orang suka bersesak2 untuk dapatkan sesuatu yg beberapa ringgit je murahnya so xkisahla beli kat mana2 pun. Btw, next motherhood yg kat midvalley 11 may nanti, diorg bukak 3 hall. Last time expo kan bukak 1 hall je. So mungkin banyak jugakla duit boleh habis! Hehehehehe..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 20, 2012

Demam Pureen

Esok n lusa Pureen warehouse sale!!!! Yeyy.. Sangat seronok dapat top up stok especially pampers. Last time beli, stok x cukup, maybe gap sale lama sgt pun. Tensen je sebelum ni, asyik kira2 je harga pampers kat pasaraya every weekend, dgn harapan boleh dpt murah mcm masa pureen warehouse. Masa ni la baru rasa berbaloinyer borong banyak2 even masa tu kuar duit banyak bila beli. Tapi kira okla kan sb dlm tempoh 4 bulan kemudian xyah susah2 nak pk pasal pampers dah.

Kali ni pegi hari ahad. Sebab esok ada kenduri and Dilah pun ada kenduri nak attend. Plannyer Dilah n makla yg tgkkan Nuha n Amni. Aiman n Furqan dijaga oleh ayah masing2. Ok je ahadpun, and xplan pun nak beli baju banyak. Beli baju 'banyak' ye.. bukan xbeli baju. Even target xmo beli baju pun, sure punyala akan gatal gak nak pi ronda area baju and pasti gatal jugak nak beli at least 3-4 helai. Hahaha.. We'll see....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 12, 2012

Bila cuti di tengah minggu

Aku suka cuti tengah minggu. Macam dapat satu hari xtra. Biasa kalu weekend, even cuti, sure dah ada rutin harian jugak. Eg basuh kain, pegi pasar, iron baju, kemas rumah, mop lantai.. dan banyak lagilah. So bila cuti ditengah minggu yg sepatutnya pegi opis bekerja, rasa sangat seronok. Xde specific rutin atau keje yang kena buat. Boleh enjoy2..

Makanya, semalam aku ajak mak, dilah n naim ke Ikea, makan lunch kat sana. En suami x ikut, dia pantang cuti, sure bengkel la tempat lepaknya. Ramai giler manusia tp seb baik suma dipermudahkan. Senang dapat parking, lalu jalan yg xjem, senang jugak dpt meja utk makan. Beratur je la panjang sikit. Syok sebab Aiman makan byk. Habis sepinggan spegetti kids tu, ngan sebiji meatball, ngan 5-10 suap pasta, ngan aiskrim satu. Kitorg xmasuk shopping dlm ikea pun, pas makan terus balik. Aiman penat + kenyang sgt, tido dari 8.30 mlm sampai 8lebih pagi td. Nangis kejap, pas tepuk2 tido balik. Kalu hari2 Aiman tiso lama, sure xkurus mcm skang..

Tq to agong sb pilih date yg cuti tgh minggu. Kalu x, asyik hari sabtu je jatuh hari pertabalan or keputeraan.. Dahla xde cuti ganti.. Lagi best sbb arini dah khamis n esok jumaat!! Weekend is just around the corner!

Wednesday, April 11, 2012

Aiman sembang lagi..

#1.
Ibu : Sian Aiman sakit. Aiman suka sup eh? Ibu bawak Aiman makan sup pizza hut eh. Nak?
Aiman : Nak, Aiman nak makan pizza jahat..

#2.
Aiman : Amni girl..
Ibu : Pandai.. Amni girl. Aiman?
Aiman : Amni good girl.
Ibu : Amni good girl.. Aiman?
Aiman : Aiman Mikhail..

#3.
Sambil main ngan satu beg kecik
Aiman : Aiman nak pegi jalan
Ibu : Aiman nak pegi jalan mana?
Aiman : Aiman nak pegi jalan keje
Ibu : Aiman nak pegi keje kat mana?
Aiman : Aiman nak pegi keje kat Giant..

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 10, 2012

Ringan

Semalam pegi checkup kk Aiman and Amni
Amni @ 7 month++ : 6kg
Aiman @ 30 month++ : 10kg

Hadoi.. Kena basuh aku ngan nurse tu. Aiman memang dah dalam kawasan kuning, Amni plak betul2 atas garisan kawasan kuning. Lately memang Aiman susah sgt nak makan. Xde nyer nak makan nasi, lauk pun sikit2 je. Pastu sibukla cari biskut la, bukak peti ais cari makanan la. Tapi pastu, xde habis makan pun. Aku ni dah habis idea dah nak kasi Aiman makan apa. Pasta pun xde la suka sangat, mi, bihun pun sama. Kalu belikan burger, isi je yg dia amik. Roti xmakan..

Amni pun masih ngan perangai suka luahkan balik makanan. Kekadang tu xabis pun lg makanan dia aku suap, dah xnak. Macam Aiman dulu, asal suap, nganga je. Makanan Amni pun nurse suruh campurnya ngan planta or minyak.

Nak kena cari lagi makanan2 baru yg boleh menarik minat Aiman untuk makan. Phewwwww..

Friday, April 6, 2012

Budak bau soya

4.00 pagi ~ Aiman bangun+nangis, nak milo katanya. Sebab malas nak turun, aku kasi je air kotak soya dalam bilik. Dah abis minum, Aiman tido balik, aku letak air kotak tepi tilam.

5.30 pagi ~ Anmi bunyi nangis, aku bangun tgk, habis dah kotak air soya Aiman terbalik, ngan straw terkeluar, ngan air soya skali kat lantai. Abis baju n seluar Amni basah kena soya. Dah terpaksa mandi pagi2 sebelum subuh ni. Dah aku terpaksa bangun awal 30minit sblm alarm bunyi. Xpasal2 nak kena mengemop lantai. Amni pun dah bau soya..

Thursday, April 5, 2012

Focus.. focus..

Hadoi, dah xleh focus untuk buat keje dah ni..

Dah berapa hari tak cukup tido..

Dan bila tiba hari khamis, tenaga pun dah tak cukup..

Ada lagi satu hari sebelum weekend..

Seb baik jugakla dah hari khamis..

Ini pun memang dah rasa mcm tak daya nak buat keje..

Nak pegi jalan2 melepak pun tak daya jugak..

Owh.. Hanisah kata ada branded toys sale stat esok sampai ahad kat PJ..

Sangatla tergoda.. sangatla rasa nak pegi..

Kalu ikutkan keperluan, tak payah pegi pun..

Pureen warehouse yang penting, sebab stok pampers, sabun suma dah nak habis..

Pampers Aiman harap2 sempatla sampai ke warehouse pureen tu nanti..

Servey2 jugak tengok sale pampers2 jenama lain, tapi suma tak dapat semurah pureen..

Hadoi.. sila focus.. keje banyak ni..

Tapi tak dapat piker dengan baik…….

 

 

My love

Kebetulan pulak 3-3 pakai baju hijau..
:)

Sunday, April 1, 2012

Amni : 7 bulan

Amni skarang 6 bulan... berapa minggu eh? Alamak!!!! Dah lepas la 27hb, Amni dah 7 bulan!!! Huhuhu sorryla sayang, bulan ni ibu terlepas plak. Sedar2 dah 7bulan pun my little princess ni. Ni seb baik ada gambar Amni masa 28hb aritu.

Amni steady n cool lagi, boleh dah menyulur. Sekali sekala adala angkat punggung mcm nak merangkak. Dah pandai skarang, kalu nampak orang, Aiman angkat tangan macam gaya nak terbang tu. Suruh orang angkat la tu. Bila kita xangkat, nangis. Seminggu dok rumah maktok sepanjang Aiman sakit, manja la jugak sikit. Rambut, makin bergulung2 kat hujung tp en suami xmo potong. Nak biar panjang katanya. Tu sebab la Amni memang macham je pagi2 sb berpeluh masa tido. Problem ngan Amni skarang.. ialah makan. Hadoi, mmg masih sama, suka sangat menolak keluar kembali makanan yg disuap. Kekadang tu boleh sampai mcm nak termuntah la. Xde pun macam Aiman dulu, suap je nganga, suap je nganga. Mcm xde keinginan nak makan langsung.

Itula serba sikit terkini pasal Amni. Bab kena buli tu memang biasa dah la. Ngan Aiman.. Nuha n Furqan pun suka sangat tarik rambut Amni. Memang nampak menarik rambut tiong tiong bergulung. Hehe.. Lupa dah bila next checkup kk, mungkin tgh bulan 4 kot. Kang terlepas plak date nyer. Masa Amni demam n bawak pi klinik hari rabu, berat Amni 6.2 kalu x silap.

Alhamdulillah, Aiman dah bertambah sihat, dah boleh makan cam biasa. Amni pun dah xdemam. Smlm dah kemas rumah, mana2 yg mampu dicover la. Xdaya nak cuci suma toys Aiman especially yg dalam kotak mainan dia. Aku lap2 ngan dettol mainan yang kat luar je. Yang dalam kotak tu ada gak dia main n sentuh masa sakit baru ni. Harap2 xde la Amni plak kena. Cukupla en suami n Aiman je. So, arini kita bawak Amni balik!!