Friday, April 24, 2009
Kita hanyalah insan..
Malas nak ungkit yang satu masa dahulu, dia jugak yang cakap camtu. Kang tak pasal2 lagi keroh keadaan. Dari dulu.. dari memula keje lagi.. sampaila sekarang. Perkara ni lah yang asyik terjadi dlm hidupku. Bukan dari seorang.. tp memang ramai org suka buat mcm tu. Mentang2 la dia lagi besar dari kita, lagi berpengaruh, lagi tinggi n kita memang kena ikut cakap dia. Dah kalu gitu pun, tak bermakna suma yang dia cakap tu betul..
Aku pun selalu buat camtu gak ke kat org? Huhuhu.. janganla aku pun wat camtu kat org..sedihnya rasa bila kena marah sb benda yang kita buat sb ikut cakap org. Dimarahi oleh org yang suruh kita buat pulak tu. Itula.. manusia memang mudah lupa.
Petang jumaat yang tak best.. langsung. Biasanya ari jumaat ni sangat teruja nak balik, sebab ada 2 hari cuti pasni. Skarang, nak wat keje pun tak de mood. Sini je lah tempat meluahkan perasaan. Kalu aku citer kat org skarang.. konfem mengalir dah air mata nieh.. huhuhu..
Sarapan apa..
Demam breakfast bermula minggu lepas.. selasa sampai jumaat.. setiap pagi masak. Bermula dengan nasi goreng ikan bilis, nasi goreng serai, nasi goreng sosej, bihun goreng singapore. Huhuhu.. bihun goreng singapore sangat tak best, sb tak pedas langsung. Aku pun ngok jugak, ikut resepi direct, tu yang terus jadi tak pedas. Pasni kalu nak wat bihun, tak mo dah bihun goreng singapore.
Minggu ni.. "nasi goreng ikan goreng semalam". Hahaha.. best tak nama dia? Ni mak tih rasanya yang kasi nama ni. Mak, mak tih, mak tok memang selalu wat nasi goreng ni. Mak tih penah citer, dia bawak nasi goreng ni pi skolah dia, cikgu2 skolah dia kata tak penah tau pasal nasi goreng ni. (kalu salah.. sila betulkan ye mak tih). Guna ikan goreng lebihan semalam sebagai lauk utk nasi goreng tuh. Agaknya memang family kitorg je la kot yang selalu buat nasi goreng nieh. Sebab selalu ada ikan goreng lebih! Apapun.. rindunya rasa nak makan masakan mak tih.. nasi lemak mak tok.. huhuhu.. bila nak balik kedah nieh..
Tuesday, April 21, 2009
Suatu petang..
Seronoknya di petang itu.. makan keropok lekor dari Kuala Terengganu!!!! Perghhhh.. memang tak terkata nikmat sedapnya. Naim pegi KT, ada hal apa ntah kat skolah dia n dia bawak balik keropok ni. Seb baik jugak petang tu pi amik album kat umah mak kat kota, mak bekalkan sikit keropok ni. Sosnya.. keropoknya yang manis ikan n lembut. Memang mengimbas kenangan masa dok kat Terengganu dulu. My second house kat Losong Haji Su, memang kawasan keropok lekor. Sepanjang jalan tu, rasanya ada lebih dari 10 kedai. Petang2 selalu naik basikal pegi beli keropok 50sen, masa tu sebatang 10sen je.. panjang pulak tu. Beli keropok, makan sorang2. Hehehehe.. teringat jugak, bila dah keje kat kl, balik kt, selalu beli keropok dari Seberang Takir kat Pasar Payang. Beli yang besar2, yang satu RM1. Ni pun sedap jugak. Kalu malas sangat nak kuar, tunggu pak cik jual kuih naik motor datang, dia pun bawak kopok lekor Seberang Takir. Tak puas rasanya makan kopok lekor nieh. Yum.. yum.. yum.. takkan penah sama ngan keropok di KL, Dungun or Kuala Kemaman.
Friday, April 17, 2009
Kisah Batu Kechil
Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada kawan kerjanya yang ada di bawahnya.
Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.
Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.
Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.
Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas.
Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.
Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...
Tuhan kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Tuhan melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.
Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Tuhan sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.
** dapat email cerita ni dari Nanin.. n tersentuh plak rasa. Sajala nak kongsi kat sini.. tak terbayang jugak camne la kalu 'batu besar' yang dijatuhkan kan.. huhuhu..Wednesday, April 15, 2009
La..la..la.. kerja..
Di zaman kemelesetan ekonomi nie.. selain daripada pekerja sesetengah company terjejas, kena berenti la, kena amik cuti terpaksa sb kilang shutdown lah.. luckily my company tak buat suma tu (taktau la lepas ni kan). Cuma increament je takde. Takpelah.. at least, masih ada tempat untuk mencari rezeki.. n masih dapat gaji bulan2. Yang terasanya.. bisnes memang kurang. Sales bulan ni.. huhuhu.. menjunam giler giler. Inquiry yang masuk pun tak banyak. Kira kekadang tu, datang keje adala sejam tu dok pk dulu nak buat apa. Ai.. ada keje banyak pun susah, takde keje langsung pun susah. Yela, my job based on customer's enquiry and order. So apa yang aku buat skarang adalah mengejar delivery dengan factory. Sampaikan ada org menegur.. "Wah Amirah, ayat dalam email skarang memang dah keras skit ye..". Hahaha.. memangla, dulu sibuk mcm2 keje, tak sempat nak chase delivery, kalu ada delay pun, setuju je la. Skarang.. dah tak busy sangat, memang setiap order di monitor very closely lah. =) 
Tuesday, April 7, 2009
Puding Roti
Hahahaha.. terpengaruh ngan kepanjangan ejaan sedap tu. So aku buat n bolehla.. sedap cuma mungkin sedikit manis.. sebab aku tak minat sangat puding roti, takla nak tulis sedap panjang2. Tapi okla, aku makan la jugak puding roti buatan sendiri. Seperti biasa.. kalu nak makanan cepat habis, bawalah ke opis! Konfem abis..
Bila wat puding ni, teringat zaman dulu2, rajin giler buat kek coklat. Rasanya last skali wat kek coklat tahun lepas kot, tu pun awal tahun. Bila raya, Adilah yang buatkan. Tapi rasanya, this year kalu raya kat SP, aku kot yang buat. Emm... tengokla raya kat mana tahun ni..

** di kala ini, aku menunggu masa nak balik je. Sangat tak sihat, sakit tekak, selsema + asyik bersin je, ngan batuk sekali sekala. Bertimbun gula2 hacks hitam atas meja aku makan. Boleh je nak balik skarang.. saja nak menambah entri kat blog dulu.
Thursday, April 2, 2009
Utara trip





