Thursday, January 9, 2014

Aiman Day 5 at school

Susahnya la nak pujuk Aiman ke sekolah. Makin lama makin susah..
Semalam.. bila jumpa aku lepas aku balik dr Singapore.. sibuk bagitau aku yg dia xmo pi skolah..
Katanya nak duduk rumah sorang2.. bila aku cerita yg bahaya dok rumah sorang2.. nanti akan ada orang jahat..
Dia tukar.. katanya nak pi keje.. bila aku kata bos garang.. dia marah.. katanya bos dia baik.. hehehe.. iye la..
Then keep remind me that dia xnak pegi skolah.. nak pegi keje..
Aduh.. penat bila pandai bercakap ni.. kita cakap lain.. dia pusing point kot lain plak.
Makanya.. konon kita nak pujuk dia untuk ke sekolah.. tp berakhir dengan dia yang pujuk kita supaya xnak pegi sekolah..
So last2 aku ckp.. esok kena jumpa cikgu dulu.. kalu cikgu kata aiman dah boleh keje.. xyah pegi sekolah.. maka aiman boleh pegi keje
Dia plak ckp.. xyah tanya cikgu.. bagitau je cikgu yang Aiman pegi keje.. xpegi sekolah..
Hmm.. dah pandai beza antara tanya n bagitau.. haha..
Penat memujuk.. last2 aku ckp.. dah la aiman.. ibu penat dah.. esok je la kita sambung..
So pagi tadi.. mcm biasa angkat dia turun untuk tengok tv..
Bila ajak mandi.. ok lagi.. tp bila nak pakai baju sekolah.. dia cakap tak nak pegi sekolah
So aku ckp.. kalu nak pegi keje.. kena pakai baju sekolah supaya bos tahu yang Aiman dah pegi sekolah..
Bila tengok ayah naik motor.. sibuk suruh ayah bwak dia jalan2 naik motor..
Then ayah kasi naik moto.. ayah hantar pegi sekolah.. dia refuse.. katanya nak naik motor pusing2 je..
Last2 ayah tinggal n dia xkisah pun kena tinggal sebab xnak pegi sekolah punya pasal.. xnaik motor pun tak pe..
Ibu plak pujuk.. kita beli sticker.. setiap hari pegi skolah.. kita lekat satu sticker kat kalender.. cukup sebulan.. ibu beli cd Dora..
Aiman diam piker kejap.. then ckp.. xpelah ibu.. cd Dora Aiman dah banyak.. arrkkkk.. adoila.. dora pun xnak???
So ibu pujuk soh masuk keta.. sampai sekolah tak nak turun.. suruh ibu je yang pegi cakap kat cikgu..
Bila ibu dah xlarat nak pujuk.. angkat je la… mulala meraung2 nangis..
Kasi je kat teacher dia.. mujur baru ada 2 orang.. so bolehla teacher nak tenangkan dia kan..
Tengahari tadi whatsapp ngan cikgu kat skolah.. katanya Aiman refuse to eat.. tapi ok je dalam kelas.. xde la nangis..
And he loves sticker!! So harap2 plan lekat sticker tu Berjaya lah kan..
So esok.. maybe kena bersedia for another trick… moga Allah permudahkan.. Amin….
 

Saturday, January 4, 2014

Aiman first day at school


Aiman dah 5 tahun.. even belum lg 5 tahun.. tp dah kena masuk sekolah.. excited betul dia nak pegi skolah.. en suami agak risau sebab aiman suka tido lambat.. bangun lambat. Selalu jugak sampai rumah tokwan.. xsedar pun.. so 2 minggu kebelakangan ni aku train dia untuk bangun pagi. Dalam kol 6.30 kejut.. kalu xbangun angkat turun bawah bukak tv. Adala few times yg dia xbangun tp biasanya akan bangun n tengok tv. Tp xde la surih mandi.. asalkan dah boleh bangun. nanti kasi alasan nak pi skolah.. harap2 senangla nak ajak mandi. Aiman start skolah 3 jan.. aku cuti.. en suami pun cuti tp en suami xsihat. So aku je la yg hantar.. memula gi hantar amni dulu..


Then dah hantar amni.. heading to tadika Mahir Dhuha area seksyen 8 shop lot menghadap Kasturi Idaman Apartment. Aku dah mula sebak2.. nak ckp bg pesanan kat aiman pun mcm dah suara xberapa betul. Sampai skolah.. aiman gembira naik tangga.. then masuk kelas.. tetiba terus aiman berdiri.. xnak gerak. Aduh.. dahla ibu rasa nak nangis ni.. kalu nangis.. kang ngan ibu pun sama ikut nangis.. teacher Iena cikgu aiman.. kata xpe.. aku bleh stay kejap utk teman dia. Parents lain byk yg tunggu kat luar.. tengok dr cermin je.lama jugak amik masa nak pujuk aiman  untuk gi duduk n mula tulis. Teacher kasi kertas nama Aiman.. so aiman pakai marker untuk ikut balik huruf tu. Then tulis ABC.. then color..


Then aiman diam je.. tengok kawan2 ada dalam kelas. Ada few budak yg dah biasa agaknya.. lari2 dalam kelas.. dah siap buat pegi kasj kat teacher ckp dah siap.. agaknya dah biasa kat tadika. Ada sepasang kembar lelaki yg sedih.. bila mak dia hilang je.. adik akan nangis dulu.. then lari ke pintu.. followed by abang.. pegi tangga lari2 cari mak dia.. thwn bila aku dah tgk aiman dari luar.. mak dia pun tunggu kat luar juvak sama2 ngan aku. Dia akan datang kat cermin ajak mak dia masuk kelas duduk tepi dia. Aiman plak nampak aku kat luar.. melambai sambil jerit ibu!!! 




Drama bermula bila mak budak kembar ni turun bawah.. adiknya perasan.. then lari ke pintu.. masa ni suma parents dah kena kuar..diorg start nangis meraung2 menjerit panggil mak. Kebetulan plak pengetua tu naik.. so tolong tenangkan 2 org ni.. dah 2 nangis.. lagi 2 budak pun nangis kat pintu nak kuar jugak.. bising giler masa tu.. budak2 lain dah mula tutup telinga.. aiman? Hahaha.. mcm xde perasaan and maybe xsedar sebab sibuk main mainan cikgu kasi.. then pengetua tu suruh suma parents yg kat luar tu turun.. aku mcm nak tengok lg so tunggu kat tangga. Sebab kembar ni kuat sgt meraung..  pengetua tu kuarkan diorg.. bawak ke 1 kelas kosong.. sambil jalan ke sana. Pandai plak diorg ckp.. saya nak belajar.. saya nak belajar.. kalu aku kene serba salah dah..tp dia dah biasa handle budak kan.. lama jugak kat sana..dlm 15minit gak la. Memang berdentum2 bunyi budak tu mengamuk sambil pukul2 pintu. Dalam kelas..cikgu tenangkan lagi 2 budak yg nangis jugak..so bila kembar tu dah tenang.. pengetua ckp amenda ntah.. diorg pun mcm dah janji.. so bwk masuk kelas semula. Otw ke kelas..lalu depan aku.. dgrla kembar tu cakap.. Boleh x saya nak jumpa ibu.. kejap je.saya ada benda nak tanya. Pandai je kan budak ni nak nego utk jumpa mak dia. Tp xdpt la.. hahaha.. mak dia ada naik lepas tu tp xtunjuk muka. Iyela.. kena la biasakan.





Ibu stalk aiman dari luar.. hehehe.. time suma org kena sebut nama.. aiman diam je..xmo ckp.. sampai kena pujuk.. tp mujur last2 bagitau jugak. Ada sorg budak ni.. sampai teacher kena tengok luar tanya parent dia nama.. so by 9.40 tu aku pun turun la balik.

Sebenarnya risau sebab aiman jenis xmo ckp kalu dia nak kencing. Sempat la brief teacher psl ni.. then aku datang balik kol 12.30. Kelas aiman ptt habis kol 12.. then sambung kat tingkat bawah untuk lunch..solat zohor berjemaah ngan ada extra kelas agama. Aku dtg nak tgk aiman cemana.. then byr yuran n baju extra utk aiman. Masa tu aiman sibuk main.. xperasan aku. Bila aku tanya teacher dia dah kencingken belum..  teacher ckp aiman refuse utk pegu toilet. Aku saja nak pujuk dia.. dah nampak aku.. sibuk nak ikut aku balik. Siap nangis2 peluk aku. Xnak stay.. nak ikut balik. Kesedihan dari pagi yg aiman simpan.. terlepas jugak. Hahaha.. masa ni ibu xsedih dah.. nak gelak je sebab malu aiman nangis sambil meniarap. Kebetulan diorg nak start aktiviti petang.. so aku pujuk aiman pegi meja.. then slow2 la lari balik.

Petang amik dia.. aiman mcm seronok.. katanya nanti datang lagi tadika. Harap2 senang la aiman ke sekolah lepas ni. Isnin en suami plak yg take over hantar.. n balik aiman naik van tp en suami jadi spy.. ikut belakang. Sebelum gerak balik tunggu pakcik van.. kasi aiman test naik.. amik feel skit..  hopefully next week ok lah.


Aiman terkucil jugak dalam seluar.. biasa lepas kol 12 tu diorg akan gilir2 bwk budak ke toilet n tukar baju. Aiman dah kencing.. tp agaknya ada lg la.. sbb seluar yg teacher kasi tu..xde la basah pun mcm byk kencing.. so pakai balik seluar sekolah.. teacher kata.. masa minum pagi.. aiman bertambah.. mintak nak lagi.. lapar la tu sebab pagi minum setengah gelas milo je. And ok jugak sbb dia nak makan.. byk pun xpe..sebab diorg ckp mmg xletak byk sbb budak2 biasa xhabis. Aiman jenis jarang makan tp bila lapar tu.. mmg makan portion org besar.. 

So gitula serba sikit cerita aiman first day at school. Harap2 aiman dapat cepat catch up.. ibu sedikit malu bila teacher kasi pen.. budak2 lain boleh tulis elok je ikut garisan. N warna dengan cantik.. pegang pen pun aiman xbetul lg. Selalu rasa sementara kecik ni.. kasi la peluang dia nak main.. xyah push sgt.. tp bila tgk budak lain nyer progress.. rasa menyesal plak.. apapun.. ibu tahu aiman bleh buat.. belajar rajin2.. terutama utk jadi muslim sejati. Insya Allah..


The Inheritors episode 18

Ini adalah post luar biasa n agak over dari aku... last skali layan citer korea adalah ms final year kat um.. tengok ramai2.. kat bilik n kekadang kena berebut datang awal sbb ada geng lain yg nak tgk citer lain..

Start tersangkut citer ni bila tertengok episod 2.. sil yang perkenalkan.. terus mcm menarik and follow sampaila skang. Seronok sebab heroin dia adalah budak yg berlakon dalam Autumn In My Heart.. dah besar dah skarang.. maknanya zaman akau layan korea dah bertahun tahun tahun yang lalu.. of coz la pelakon lelalki yang kacak.. sedikit berlagak.. and yang paling penting.. xpenah putus asa untuk memperjuangkan cinta and keinginan dia and of coz la sentiasa caring and romantik pada heroin tu bersama sedikit ego..

Kim Tan yang sentiasa Ikut belakang.. I likee..


Epusod 18 yang sangat seronok.. paling seronok pada aku setakat ni sebab 3/4 dari cerita aku sedih n menangis.. dahla nanvis part Kim Tan and Young Do je.. hahaha.. bila part Eun Sang tu sedih jugak.. tp xde la sampai leleh2 air mata mcm nangis utk pelakon lelaki.. giler over.. tp aku rasa diorg sangat menjiwai kot.. sampai aku terkesan. Selalu pelakon lelaki xpandai sangat buat aku nangis.. tp yg ni mmg best tol..

Eun Sang is coming back for good!! Yeyyy.. 

Lagi 1/4 cerita adalah bermula kepada happy2 yang akan lead to happy end for the remaining last 2 episodes. Hati berbunga2 gembira menonton.. tgk diorg bahagia.. owh.. sebenarnya tak aci jugak.. sbb aku dah xsabar ngan citer ni.. gi baca review stat episod 16 sampai 20.. hahahahahaha.. sebab tu mcm hati sangat berbunga2 sebab tengok diorg bahagia.. and aku tahu episod yg tinggal.. halangan besar dlm citer ni dapat diatasi.. yeyyyy.. so sangat fanatik.. maka siap amik gambo dr tv.. sebagai kenang2an.. kita abadikan di dalam blog... pasni nak tgk city hunter la plak.. nampak ya aku dah terjatuh hati ngan hero dia.. nama xpasti.. hahahaha..

Ready untuk birthday party.. tp bersambung next week plak.. 

Wednesday, December 25, 2013

Bukan menipu.. cuma x bagitahu je..

Aku nak kongsikan satu kisah benar.. untuk ingatan diri sendiri.. dan moga boleh menjadi panduan pada sesiapa yang tak tahu..

Aku berhenti kerja lebih awal dengan menghabiskan cuti2 yang aku ada. Aku habiskan semua.. sebab nak berhenti awal.. pergi bercuti sehari dua.. kemudian mula keja awal di tempat baru. Aku bayangkan.. cuti aku di company lama adalah cuti berbayar.. yang mana bulan december ni aku akan terima gaji untuk 11 hari lagi kalu berdasarkan date surat resign aku. Bila aku cek dengan company lama.. katanya sudah dibayar dalam gaji terakhir aku yg masuk untuk bulan november. Aku xdpt payslip kerana payslip dihantar ke email office.. so sementara tunggu email pasal payslip.. aku cek balik akaun bank aku. Baru perasan yg gaji masuk nov jauh lebih sikit dari gaji biasa.. cemana diorg kata dah bayar suma skali?

Bila tengok payslip.. rupanya gaji bulan 11 aku hanya dibayar 26 hari.. yg mana last day aku keje ialah 26hb nov. Bila call HR.. katanya diorg offset leave aku ke date yg aku mintak.. dan makanya cuti aku tu xberbayar dan aku dapat berhenti awal. Memang aku tanya byk kali.. kenapa offset xberbayar.. kenapa aku kena guna terms offset.. bukanke cuti tu sepatutnya berbayar? Lepas terang2.. org tu pun ada tanya2 jugak ke senior dia cemana nak terang kan aku bila aku tanya n tanya lg sebab xpuas hati.. katanya mmg kalu offset leave.. cuti yg digunakan utk cepatkan tarikh kita berhenti tidak akan dibayar. Katanya aku sepatutnya apply cuti.. baru diorg akan kira yg last day aku adalah 11 haribulan even 26hb aku dah mula bercuti. Okey... I did not know that.. aku ada mention psl nak mintak cuti ms aku discuss bila aku nak last day aritu tu org HR yang lain (senior dia lah) kata aku xleh apply cuti dah sbb aku dah tender. Bila tender.. sabtu n ahad pun akan ditolak dari cuti tu. Katanya hr akan uruskan n kira semua. Tapi.. ko xcakap ko akan buat offset leave!!! Xde mention langsung.. kenapa xterang secara detail.. and kenapa xkasi pun aku apply cuti lepas tender sedangkan ada je jawan2 yg apply cuti lps diorg tender. Yeah.. apapun.. aku tetap salah sebab surat acxeptance of my resignation ada ckp last day aku 26hb. Even de perkataan offset  leave.. maknanya last day aku ialah 26hb lah kan.. so betulla gaji aku sampai 26hb je.. dah burn lah cuti 14 hari aku tu...

Rezeki dari Allah.. memang aku yg xbetul2 paham pasal ni. Aku cuma paham yg hr akan buat yang terbaik.. akan memberi option yg terbaik utk staff dia.. akan memberi penerangan yg detail agar suma staff paham pilihan n kesan dr pilihan tu. Sapa xnak duit.. nak plak bila duit tu mmg ada cara utk refund. So.. I'm writing this just a reminder to others.. be carefull. Cek betul2 term2 n option yg hr kasi bila berhenti. Memang dalam kes ni salah aku.. xcek.. assume je akan dapat.. excited sangat nak pegi penang bercuti.. xpela.. rezeki dari Allah kan.. moga nanti Allah murahkan lg rezeki aku dan company baruku.. amin... dan sesungguhnya aku betul2 rasa teraniaya...


Sent from Samsung Mobile

Monday, December 23, 2013

Hello Krohne!!

Yeah.. start report ke opis baru di Mentari Sunway, area Sunway Pyramid pada 2 December 2013. Mujurla ramai ex transwater kat sini.. suma pun muda2.. boleh x aku pompuan melayu yang paling tua!! Huhuhu... parking kena bayar.. makanan serius mahal giler!! Dah standard keje kat klcc or pavilion dah ni. makan nasi campur pun mahal.. tak pe la.. slow2 ikut flow diorg ni.. nanti kalu lama2 xleh nak catch up.. kita tapau breakfast berat je la kan.. so ni gambar first day kat opis bersama nurul.. memang really feels at home bila ada kawan yg mengenali n rapat di tempat baru. first day dah dapat pc..so godek2 la apa2 yang ada dalam server.. nak bukak blog? hehe.. tunggu minggu ke 3 baru berani..


 Minggu ke 2.. ada beberapa skid yang dah siap n nak ship out. So boss ajak satu team (kitorg dari team sales) pegi ramai2 tengok kat teluk gong sana. Giler dalam tempat tu.. syok jugak.. sebab dapat tengok banyak barang2 yang sememangnya kitorg buat quote tu.. and final product dari quotation kita. Dapatla tengok barang2 secara live plus tips2 dari orang project especially supaya kitorg tak under cost. Haha..



 
Minggu ke 3... trip to Vietnam!!! Memang mengejut betul.. kebetulan ada meeting kat sana.. bos plak clash ngan another meeting.. so aku pegi. Notis 2 hari sebelum.. pegi 1 hari je.. bertolak pagi dari lcct.. pagi esoknya dah bertolak balik dari HCM. Meeting petang and sangat seronok sebab meeting habis kejap je!! Dalam 2 jam je kot.. sama lama ngan flight duration! Hotel pun best.. rasanya 5 star.. sangat dekat ngan Ben Thant market tu. Kebetulan sangat2.. Director Food and Baverage hotel tu orang malaysia.. katanya diorg memang amik special daging ayam n lembu yg memang ada certificate halal. Lega jugak sebab penat2.. malas nak jalan cari kedai halal kan. Tapi malam tu.. lepas maghrib je (waktu msia kol 7 lebih, waktu sana kol 6 lebih) kitorg dah jalan2 area Ben Thant tu.. makan VIetnam cuisine.. agak tamak order 3 dishes.. tp sedap n memang xhabis.. hihi.. yang paling terbaik ialah kopi vietnam. Makan kat restoran Salima atas sebuah hotel ni.. road yang sama ngan kedai2 kain kat area ni.. pastu pegi ben thant market.. dah nak tutup.. sempat sambar baju aiman n amni n selipar. Then shopping kain baju.. ada satu kedai yg harga sangat murah dari kedai2 lain.. tapi kedai ni belakang sikit.. kain cotton pasang RM23, baju kurung cotton siap jahit RM26, sutera vietnam ada RM35, rm45 and design paling latest RM50. Banyak shopping untuk orang.. then pegi night market plak.. tawar n tawar n membeli macam2.. jaga2.. diorg suka pau duit RM1.. konon seringgit je kan.. ala2 untuk ong la.. aku kasi je kat sorang.. sekali dia mintak habis utk suma pekerja kat gerai tu sampai 3 org. pk2 balik.. mmg kedai lain pun mintak tapi aku kasi kat kedai ni satu je.. kalu diorg mintak kat sumorg malaysia.. mau banyak gak dapat tu.. kalu x kisah.. kasi je la kan.. tapi 1 day trip yang sangat meletihkan... betul2 rasa flat sebab bangun awal giler untuk ke airport.. balik tu pun bangun awal sebab sana subuh habis kol 5 lebih.
 
Penghujung minggu ke 3.. xmas party krohne.. diorg xde annual dinner.. so anjurkan xmas party je.. ada cabutan bertuah and aku dapat deep fryer!! sangat best.. owh dah kol 6.. nak balik.. babai....

Bye bye Transwater..

 My last day in Transwater.. last 2 weeks yang sangat kalut.. asyik balik lambat.. plus mengajar budak sedikit sebanyak hal2 daniel. Handover x banyak sangat.. lately keje xbanyak.. mujur jugak.. last day paling kalut sebab malam tu dah nak gerak pi Penang bercuti sebelum kerja tempat baru yg lg setengah tahun sebelum confirm utk dapat cuti banyak. Tengahari rush pegi Giant beli sedikit souvenir untuk kawan2 yang tinggal.
 Petang tu salam2.. cepat2 turun sebab Muaz dah tunggu. Balik ngan dia sebab jazz hantar pegi cat kat kedai area opis ni.. so kena tinggal keta. Xleh tunggu lama2 sebab sedih.. kalu lagi lama sembang n peluk2.. lagi berderai air mata. Kena cover skit sebab balik ngan muaz. Kalu balik ngan keta sendiri.. konfem berderai air mata dalam keta.. sob... sob..

Ni gambar klise suma orang yang akan meninggalkan transwater. sebenarnya ni lakonan je.. sebab time aku balik betul2 tu dah gelap pun.. bersama banyak lagi barang2 kan.. 
 
Farewell party dari Transwater.. masa ni dah start keje 3 hari kat tempat baru. Seronok bersama rakan2 Transwater yang dah lama susah senang bersama.. serata malaysia berjalan bersama.. suka duka keluarga pun kongsi bersama.. i'm surely will gonna miss u all.. mujur la ada whatsapp yang akan sentiasa menjadi penghubung tapi pastinya jumpa hari2 ngan whatsapp hari2 tu xkan sama.. good luck guys...

Wednesday, November 27, 2013

Tragedi berdarah..



Amni memang sedikit clumsy. Amni jugak extreamly sukakan advanture. Kalu kat rumah tu.. yg panjat2 pelbagai aksi.. memang Amni la yg mulakan dulu. Dia pun jenis x manja sangat macam Aiman. Kalu jatuh sakit ke apa.. kejap je lepas kita pujuk tu.. dah gi panjat lompat2 dh. So alkisahnya.. jazz pancit kat opis so aku balik rumah dulu petangnya.. malam datang semula dgn en suami bawak budak2 ni. Sementara en suami setelkan hal tayar.. amni n aiman seronok2 main kat belah dalam pagar opis. Yg aiman xlari sangat.. sibuk mulut tanya macam2 kat en suami yg tgh buat keje. Amni plak.. berlari sambil gelak2dari hujung pagar.. ke hujung pagar lagi satu. Gambar plak kebetulan diambil sebelum kejadian.. dia tersadung kaki.. jatuh.. kepala terantuk kat bucu lantai simen guard house. Punyala berlari aku angkat amni yg tersembam tu.. angkat je.. ttengok2 abis penuh darah sumaa satu muka!!!!! NAK NANGIS !!! Bila angkat amni.. calm kan dia.. amik tisu sapu bahagian darah yg memenuhi dahi. Tekapkan kat bahagian kepala.. dh tengok darah berhenti.. terus masuk opis cari ais. Mujurla sangat kak milin still kat opis.. 


Sebab dah x nangis..amni sibuk nak Jalan sendiri naik tangga sampai atas. Memang 
ibu xkasi la kan.. dahla tinggi. Huhuhu.. diam sampaila ternampak bear dalam bilik kak milin.. baru bercakap. Fuhhh.. lega rasanya dgr amni cakap. Pastu suruh kira.. okla. Ada bunyi kuar. Hahaha.. bawak turun bawah tunggu en suami siap. Amni macam terkejut sikit tapi okla. Riuh jugak sembang even aiman lagi becok. Pas siap suma.. bawak pegi hospital. Risau jugak sebab gelap n kawasan luka penuh darah. Xtau kot kena jahit ke kan.. amni sempat tido kejap masa otw ke hospital tu so bila kat sana dah jaga balik.. berlari2 sana sini. Siap atas katil sementara tunggu doktor tu.. boleh nak lompat2 lagi!!!! Aduh.. memangla amni ni tau. Alhamdulillah.. ok suma.. xde tanda2 pasif or pening2. Moga jatuh ni buat amni makin pandai la yek... 

Esoknya baru perasan ada luka kat lutut.. sapu minyak gamat. Bawah lutut tu ada satu tahi lalat.. sibuk Amni nak suruh  sapu jugak kat situ. Dia ingat luka agaknya.. skang ni luka kat kaki dah hilang.. tapi bila amni terdengar org cakap psl sakit.. sibukla suruh bubuh minyak kat kaki tu. Suruh sapu kat tahi lalat tu!!! Hahaha.. sampai golek2 nangis nak suruh ibu sapu tp ibu xpaham.. gi sapu kat lutut. Kalu gini.. sampai tua pun x hilang tahi lalat n kena sentiasa sapu minyak!!