Wednesday, December 25, 2013

Bukan menipu.. cuma x bagitahu je..

Aku nak kongsikan satu kisah benar.. untuk ingatan diri sendiri.. dan moga boleh menjadi panduan pada sesiapa yang tak tahu..

Aku berhenti kerja lebih awal dengan menghabiskan cuti2 yang aku ada. Aku habiskan semua.. sebab nak berhenti awal.. pergi bercuti sehari dua.. kemudian mula keja awal di tempat baru. Aku bayangkan.. cuti aku di company lama adalah cuti berbayar.. yang mana bulan december ni aku akan terima gaji untuk 11 hari lagi kalu berdasarkan date surat resign aku. Bila aku cek dengan company lama.. katanya sudah dibayar dalam gaji terakhir aku yg masuk untuk bulan november. Aku xdpt payslip kerana payslip dihantar ke email office.. so sementara tunggu email pasal payslip.. aku cek balik akaun bank aku. Baru perasan yg gaji masuk nov jauh lebih sikit dari gaji biasa.. cemana diorg kata dah bayar suma skali?

Bila tengok payslip.. rupanya gaji bulan 11 aku hanya dibayar 26 hari.. yg mana last day aku keje ialah 26hb nov. Bila call HR.. katanya diorg offset leave aku ke date yg aku mintak.. dan makanya cuti aku tu xberbayar dan aku dapat berhenti awal. Memang aku tanya byk kali.. kenapa offset xberbayar.. kenapa aku kena guna terms offset.. bukanke cuti tu sepatutnya berbayar? Lepas terang2.. org tu pun ada tanya2 jugak ke senior dia cemana nak terang kan aku bila aku tanya n tanya lg sebab xpuas hati.. katanya mmg kalu offset leave.. cuti yg digunakan utk cepatkan tarikh kita berhenti tidak akan dibayar. Katanya aku sepatutnya apply cuti.. baru diorg akan kira yg last day aku adalah 11 haribulan even 26hb aku dah mula bercuti. Okey... I did not know that.. aku ada mention psl nak mintak cuti ms aku discuss bila aku nak last day aritu tu org HR yang lain (senior dia lah) kata aku xleh apply cuti dah sbb aku dah tender. Bila tender.. sabtu n ahad pun akan ditolak dari cuti tu. Katanya hr akan uruskan n kira semua. Tapi.. ko xcakap ko akan buat offset leave!!! Xde mention langsung.. kenapa xterang secara detail.. and kenapa xkasi pun aku apply cuti lepas tender sedangkan ada je jawan2 yg apply cuti lps diorg tender. Yeah.. apapun.. aku tetap salah sebab surat acxeptance of my resignation ada ckp last day aku 26hb. Even de perkataan offset  leave.. maknanya last day aku ialah 26hb lah kan.. so betulla gaji aku sampai 26hb je.. dah burn lah cuti 14 hari aku tu...

Rezeki dari Allah.. memang aku yg xbetul2 paham pasal ni. Aku cuma paham yg hr akan buat yang terbaik.. akan memberi option yg terbaik utk staff dia.. akan memberi penerangan yg detail agar suma staff paham pilihan n kesan dr pilihan tu. Sapa xnak duit.. nak plak bila duit tu mmg ada cara utk refund. So.. I'm writing this just a reminder to others.. be carefull. Cek betul2 term2 n option yg hr kasi bila berhenti. Memang dalam kes ni salah aku.. xcek.. assume je akan dapat.. excited sangat nak pegi penang bercuti.. xpela.. rezeki dari Allah kan.. moga nanti Allah murahkan lg rezeki aku dan company baruku.. amin... dan sesungguhnya aku betul2 rasa teraniaya...


Sent from Samsung Mobile

Monday, December 23, 2013

Hello Krohne!!

Yeah.. start report ke opis baru di Mentari Sunway, area Sunway Pyramid pada 2 December 2013. Mujurla ramai ex transwater kat sini.. suma pun muda2.. boleh x aku pompuan melayu yang paling tua!! Huhuhu... parking kena bayar.. makanan serius mahal giler!! Dah standard keje kat klcc or pavilion dah ni. makan nasi campur pun mahal.. tak pe la.. slow2 ikut flow diorg ni.. nanti kalu lama2 xleh nak catch up.. kita tapau breakfast berat je la kan.. so ni gambar first day kat opis bersama nurul.. memang really feels at home bila ada kawan yg mengenali n rapat di tempat baru. first day dah dapat pc..so godek2 la apa2 yang ada dalam server.. nak bukak blog? hehe.. tunggu minggu ke 3 baru berani..


 Minggu ke 2.. ada beberapa skid yang dah siap n nak ship out. So boss ajak satu team (kitorg dari team sales) pegi ramai2 tengok kat teluk gong sana. Giler dalam tempat tu.. syok jugak.. sebab dapat tengok banyak barang2 yang sememangnya kitorg buat quote tu.. and final product dari quotation kita. Dapatla tengok barang2 secara live plus tips2 dari orang project especially supaya kitorg tak under cost. Haha..



 
Minggu ke 3... trip to Vietnam!!! Memang mengejut betul.. kebetulan ada meeting kat sana.. bos plak clash ngan another meeting.. so aku pegi. Notis 2 hari sebelum.. pegi 1 hari je.. bertolak pagi dari lcct.. pagi esoknya dah bertolak balik dari HCM. Meeting petang and sangat seronok sebab meeting habis kejap je!! Dalam 2 jam je kot.. sama lama ngan flight duration! Hotel pun best.. rasanya 5 star.. sangat dekat ngan Ben Thant market tu. Kebetulan sangat2.. Director Food and Baverage hotel tu orang malaysia.. katanya diorg memang amik special daging ayam n lembu yg memang ada certificate halal. Lega jugak sebab penat2.. malas nak jalan cari kedai halal kan. Tapi malam tu.. lepas maghrib je (waktu msia kol 7 lebih, waktu sana kol 6 lebih) kitorg dah jalan2 area Ben Thant tu.. makan VIetnam cuisine.. agak tamak order 3 dishes.. tp sedap n memang xhabis.. hihi.. yang paling terbaik ialah kopi vietnam. Makan kat restoran Salima atas sebuah hotel ni.. road yang sama ngan kedai2 kain kat area ni.. pastu pegi ben thant market.. dah nak tutup.. sempat sambar baju aiman n amni n selipar. Then shopping kain baju.. ada satu kedai yg harga sangat murah dari kedai2 lain.. tapi kedai ni belakang sikit.. kain cotton pasang RM23, baju kurung cotton siap jahit RM26, sutera vietnam ada RM35, rm45 and design paling latest RM50. Banyak shopping untuk orang.. then pegi night market plak.. tawar n tawar n membeli macam2.. jaga2.. diorg suka pau duit RM1.. konon seringgit je kan.. ala2 untuk ong la.. aku kasi je kat sorang.. sekali dia mintak habis utk suma pekerja kat gerai tu sampai 3 org. pk2 balik.. mmg kedai lain pun mintak tapi aku kasi kat kedai ni satu je.. kalu diorg mintak kat sumorg malaysia.. mau banyak gak dapat tu.. kalu x kisah.. kasi je la kan.. tapi 1 day trip yang sangat meletihkan... betul2 rasa flat sebab bangun awal giler untuk ke airport.. balik tu pun bangun awal sebab sana subuh habis kol 5 lebih.
 
Penghujung minggu ke 3.. xmas party krohne.. diorg xde annual dinner.. so anjurkan xmas party je.. ada cabutan bertuah and aku dapat deep fryer!! sangat best.. owh dah kol 6.. nak balik.. babai....

Bye bye Transwater..

 My last day in Transwater.. last 2 weeks yang sangat kalut.. asyik balik lambat.. plus mengajar budak sedikit sebanyak hal2 daniel. Handover x banyak sangat.. lately keje xbanyak.. mujur jugak.. last day paling kalut sebab malam tu dah nak gerak pi Penang bercuti sebelum kerja tempat baru yg lg setengah tahun sebelum confirm utk dapat cuti banyak. Tengahari rush pegi Giant beli sedikit souvenir untuk kawan2 yang tinggal.
 Petang tu salam2.. cepat2 turun sebab Muaz dah tunggu. Balik ngan dia sebab jazz hantar pegi cat kat kedai area opis ni.. so kena tinggal keta. Xleh tunggu lama2 sebab sedih.. kalu lagi lama sembang n peluk2.. lagi berderai air mata. Kena cover skit sebab balik ngan muaz. Kalu balik ngan keta sendiri.. konfem berderai air mata dalam keta.. sob... sob..

Ni gambar klise suma orang yang akan meninggalkan transwater. sebenarnya ni lakonan je.. sebab time aku balik betul2 tu dah gelap pun.. bersama banyak lagi barang2 kan.. 
 
Farewell party dari Transwater.. masa ni dah start keje 3 hari kat tempat baru. Seronok bersama rakan2 Transwater yang dah lama susah senang bersama.. serata malaysia berjalan bersama.. suka duka keluarga pun kongsi bersama.. i'm surely will gonna miss u all.. mujur la ada whatsapp yang akan sentiasa menjadi penghubung tapi pastinya jumpa hari2 ngan whatsapp hari2 tu xkan sama.. good luck guys...

Wednesday, November 27, 2013

Tragedi berdarah..



Amni memang sedikit clumsy. Amni jugak extreamly sukakan advanture. Kalu kat rumah tu.. yg panjat2 pelbagai aksi.. memang Amni la yg mulakan dulu. Dia pun jenis x manja sangat macam Aiman. Kalu jatuh sakit ke apa.. kejap je lepas kita pujuk tu.. dah gi panjat lompat2 dh. So alkisahnya.. jazz pancit kat opis so aku balik rumah dulu petangnya.. malam datang semula dgn en suami bawak budak2 ni. Sementara en suami setelkan hal tayar.. amni n aiman seronok2 main kat belah dalam pagar opis. Yg aiman xlari sangat.. sibuk mulut tanya macam2 kat en suami yg tgh buat keje. Amni plak.. berlari sambil gelak2dari hujung pagar.. ke hujung pagar lagi satu. Gambar plak kebetulan diambil sebelum kejadian.. dia tersadung kaki.. jatuh.. kepala terantuk kat bucu lantai simen guard house. Punyala berlari aku angkat amni yg tersembam tu.. angkat je.. ttengok2 abis penuh darah sumaa satu muka!!!!! NAK NANGIS !!! Bila angkat amni.. calm kan dia.. amik tisu sapu bahagian darah yg memenuhi dahi. Tekapkan kat bahagian kepala.. dh tengok darah berhenti.. terus masuk opis cari ais. Mujurla sangat kak milin still kat opis.. 


Sebab dah x nangis..amni sibuk nak Jalan sendiri naik tangga sampai atas. Memang 
ibu xkasi la kan.. dahla tinggi. Huhuhu.. diam sampaila ternampak bear dalam bilik kak milin.. baru bercakap. Fuhhh.. lega rasanya dgr amni cakap. Pastu suruh kira.. okla. Ada bunyi kuar. Hahaha.. bawak turun bawah tunggu en suami siap. Amni macam terkejut sikit tapi okla. Riuh jugak sembang even aiman lagi becok. Pas siap suma.. bawak pegi hospital. Risau jugak sebab gelap n kawasan luka penuh darah. Xtau kot kena jahit ke kan.. amni sempat tido kejap masa otw ke hospital tu so bila kat sana dah jaga balik.. berlari2 sana sini. Siap atas katil sementara tunggu doktor tu.. boleh nak lompat2 lagi!!!! Aduh.. memangla amni ni tau. Alhamdulillah.. ok suma.. xde tanda2 pasif or pening2. Moga jatuh ni buat amni makin pandai la yek... 

Esoknya baru perasan ada luka kat lutut.. sapu minyak gamat. Bawah lutut tu ada satu tahi lalat.. sibuk Amni nak suruh  sapu jugak kat situ. Dia ingat luka agaknya.. skang ni luka kat kaki dah hilang.. tapi bila amni terdengar org cakap psl sakit.. sibukla suruh bubuh minyak kat kaki tu. Suruh sapu kat tahi lalat tu!!! Hahaha.. sampai golek2 nangis nak suruh ibu sapu tp ibu xpaham.. gi sapu kat lutut. Kalu gini.. sampai tua pun x hilang tahi lalat n kena sentiasa sapu minyak!!

Thursday, November 14, 2013

Hijrah..


 
8.5 tahun yang sangat menggembirakan.. sangat gembira bekerja di sini..
Penuh dengan segala suka.. diselitkan duka sekali sekala tapi dengan suka yang terlalu banyak.. dengan cepat dapat menutup duka yang datang dengan cepat sekali..
It's not an easy decision for me.. sangat menyedihkan.. terutama meninggalkan bos yang paling baik.. owh.. mungkin aku xpenah ada banyak bos pun.. tapi boleh dikatakan antara manusia2 baik yang pernah aku kenali. Sentiasa percaya akan kebolehanku.. sentiasa menjadi penyelamat bila aku buat salah.. pendek kata.. kalu hal keje.. sentiasa ada utk membantu dan memberi support dan segala2nya lah..

 
 
Punyala sengal kan.. revise surat sampai 3 kali.. kali ke 4 baru betul suma n sayu plak bila tengok boss sign "accept" kat surat tu. Boss sendiri pun tanya aku cemana ejaan "accept" yang betul. Haha.. yeah.. aku tahu.. sebenarnya susah untuk dia jugak bila aku benti. Nak plak keadaan sekarang yang xde sapa lagi akan gantikan aku.. plus team yang hanya tinggal berdua bila aku dah xde. Tapi nak wat camne.. hidup kena terus kan.. aku sendiri pun dah terpaksa korbankan bonus hasil kerja keras setahun lepas.
 
Aku sentiasa berdoa.. moga hijrah ini akan menjadikan aku lebih baik.. moga kerja aku akan sentiasa dipermudahkan.. mendapat bos yang memahami.. team yang baik jugak.. family and friends... pray for me kay!!!

Monday, November 4, 2013

Kisah Lucu


A. Sekarang aku peminat setia Love U Mr Arrogant.. kalu sempat sampai rumah awal n hal2 rumah setel awal.. aku tengok.. kalu x, aku rakam so pas siap2 solat suma baru tengok. Ada skali balik amik Aiman agak lambat.. time tu dah azan. Aiman masuk keta dulu.. amik Amni then adala sembang skit dengan pengasuh diorg. Aiman jerit dari dalam keta..
Aiman : Ibu.. cepat.. citer ibu dah stat..
Aku : Hah? Tak dengar la... jap jap..
Kalut2 aku masuk keta bawak Amni.. pastu tanya balik..
Aku : Aiman cakap apa?
Aiman : Citer ibu dah stat..
Aku : Hah? Dah stat.. mana Aiman tahu?
Aiman : Tadi kat rumah tok wan.. citer ibu dah stat..
Aku : Ooo.. pastu.. apa jadi?
Aiman : Tak jadi apa2 lagi.. dia azan dulu..
Hahahahahahahahaha... aduh..
Aku : Ok.. jom kita balik cepat2.. hihi..

B. Amni nangis.. golek2 then tetiba cakap sakit kepala, suruh aku tengok. Aku tengok ada benjol kat kepala dia.. Terus call pengasuh tanya dia ada jatuh ke.. pengasuh kata xde plak. Sembang ngan kawan2. diorg soh tanya Amni.. budak2 biasa tak bohong.. hmmm.. amni xde la pandai cakap sangat pun.. tp bolehla kan.. kita try tanya.. aku suruh en suami yg tanya..
Ayah : Kepala Amni sakit?
Amni : Kit (sakit)
Ayah : Ala sian.. meh ayah tengok.. kenapa ni? Amni jatuh?
Amni : Tuh.. (jatuh)
Ayah : Amni jatuh.. Amni jatuh kat mana?
Amni : Na.. (mana)
Ayah : Amni langgar kerusi?
Amni : Si..
Ayah : Sakit lagi?
Amni : Gi..
Hahahaha.. aku dah gelak2.. xyah la tanya ayah.. amni ulang balik suku kata terakhir suma soalan ayah je.. konfem xkan dapat jawapan...\

C. Situasi ayah teman Amni makan nasi..
Ayah : Amni makan apa?
Amni : Ni Kan Si..
Ayah : Ooo.. AmNI maKAN naSI...
Dah bunyi macam orang cakap siam dah amni oi...

D. Kisah seorang sahabat yang sebelah paginya kami sembang pasal ada orang ckp antara tips utk kekalkan rumah tangga ialah kena teman suami makan. Kitorg ni dahla jenis yang xmakan malam.. so malam tu, sahabat ni teman suami dia makan. Dia cerita la kat suaminya.. apa yang dia baca siang tadi. Memang xpenah2 buat.. suaminya makan megi je pun.. dia dok tepi suami makan.. tp resahla sebab ada menda lain nak buat. Cepat2 suruh suami makan.. kasi habis.. supaya dia boleh buat keje lain plak. Kejap2 tengok jap.. kejap2 tengok depan.. Last2.. suaminya sampai terpaksa hirup mangkuk.. cepat skit habis. Dah siap makan.. sahabat ni cepat2 bangun.. then en suami tanya..
"Dah ni.. esok lunch awak datang opis saya la eh teman saya makan? Dah kata isteri kena teman suami makan?" Hahaha.. pandai pulak suaminya buat lawak kan..

Saturday, October 26, 2013

Amni & Susu

Dah dekat seminggu Amni xnak minum susu kat rumah. Balik keje sampai la time tido.. sebelum tido pun xnak minum. Dok sedut air masak bergelen2 sebelum tido.. pastu baring2 golek2 n tertido. Aku dpt kasi dia minum susu waktu pagi.. masa bangun subuh tu. Time tu amni tido so aku suap dia minum. Semalam xhabis.. pagi ni.. xnak langsung! Dalam tido tu bleh cakap.. "xnak!" Selalu bila dia nak susu.. mesti mintak. Balik keje petang tu.. wajib mintak skali. Kira sepanjang masa dari balik rumah sampai ke tido tu.. paling kurang 2 botol.. selalu 3-4 botol. Bukan botol besar pun.. botol 4oz je pun.. aduh.. mmg kusut. Harap2 xlama la.. dahla amni jenis yg xsuka makan sangat..lg sibuk ratah lauk kalu jamu nasi.. 


Sent from Samsung Mobile