Wednesday, November 10, 2010

Cuti Deepavali

Sukanya cuti ari jumaat.. biasanya kalu cuti 3 hari.. balik kampung tapi sebab baru minggu lepas balik kampung, so weekend ni kitorg dok melepak kat rumah je..

Plan asal nak ajak kawan2 skolah dulu meronggeng.. tapi tetiba mcm full plak weekend aku. Full dengan keje2 mengemas rumah je.. patutnya jumaat mengemas rumah, sabtu tengahari kuar lunch ngan orang manila yang datang jalan2 KL then ahad pegi zoo ngan budak opis.

Tapi, kita hanya merancang.. and yang betul2 ialah hari jumaat melepak kat rumah menyetelkan hal2 membasuh kain, mengemas rumah. Then orang manila pulak mintak jumpa untuk dinner hari jumaat. So siap2 suma.. Aiman dah siap mandi, pakai baju.. tinggal aku nak tukar baju je.. Wani masa tu dah sampai OU pun.. diorg mintak lambatkan waktu jumpa sebab diorg jem.. so sampai kl lambat (diorg dari S'pore). Hmmm.. tak dapatla kalu nak jumpa malam.. kat klcc plak tu. Kalu dulu.. bujang.. on je kol brapa2 pun (kalu ramai2 la.. kalu sorang2 tak dapat jugak..). So postpone balik ke hari sabtu petang. Tapi Aiman yang dah siap sedia, dia mcm paham2 je yang nak bawak dia keluar. Sekali tak jadi.. sian tengok dia dok tunjuk2 pintu. Pastu nangis n tido.. bila bangun tu, agaknya dia boleh rasa yang patutnya dia dibawa keluar, masih lagi tunjuk2 pintu ajak kuar. So kitorg pun kuarla dinner kat Noodle Station kat giant. Syok Aiman kuar jalan2.. tak bawak stroller pun, letak je dalam troli. Beli susu Dutch Lady 1-6.. nak try tengok Aiman nak tak minum.. kalu suka.. boleh dibawa ke hadapan...
Kitorang makan.. Aiman tengok sambil makan roti.. sempatla bertahan sampai 3/4 makanan... pastu tak mo dah duduk dalam troli. Seb baik even pegang sebelah, makan sebelah, Aiman tak kacau. Masih sedap menikmati roti kosong yang banyak berkecai kat lantai berbanding masuk mulut dia..
So sabtu.. bertukar2 jadual nak jumpa diorg.. finally.. keputusan terakhir jumpa kol 4 kat OU. Ingatkan nak makan Shogun, skali kol 6 baru diorg bukak. Maka kitorg pun pegila makan kat Chillis.. aduhai... suma orang baru first time makan kat situ.. suma cam tak tau nak makan apa. Aku pun tak reti nak order apa, last2 amik burger je. Aiman pun dapat makan free.. n untuk Aiman pun aku amik burger. Sibuk sangat melayan Aiman.. dengan nak amik fries nyer, nak sudu la.. nak naik atas meja lah... last2 aku tapau je burger aku n Aiman. Burger aku tu punyala besar.. burger Aiman tu pun besar, kira standard size burger2 biasa yang aku makan. Kitorg abiskan fries je.. n kat bawah meja tu.. suma ada.. fries, roti burger, garfu, sudu.. hahaha.. Then kol 7 orang Manila naik bas ke S'pore.. pas anto diorg kat bus stop (diorg depart from OU) terus balik umah. Penat dah dua2... tdo awal....
Sementara menunggu yang lain datang..
Syoknyer Aiman dok atas meja. Orang manila ni lebih kurang je rupa mcm orang melayu.
Aiman & Syafiq (anak Aisyah).. tapi yang dukung Syafiq ni wani.. mak Syafiq sibuk amik gambo.. walaupun berat, wani tetap maintain..
Main baik2 ye.. jangan ketuk kepala...
Sementara menunggu lif.. kita belajar mengira ye..
Ahad... tangan lengoh sebab dukung Aiman lama semalam. Even ada stroller.. brapa lama sangatla Aiman mampu bertahan kat dalam tu. So aku cancel ikut diorg pi zoo. Lagipun, Aiman kecik sangat lagi, mujur kot kalu nampak binatang.. silap2 aku je yang beriya tunjuk.. tp dia nampak pokok2 je... hahahah.. makanya, kita tunggula Aiman besar skit. Pagi tu hantar Aiman rumah mak, aku pi Giant shopping barang skit. Baru je jumaat tu pegi, tapi jumaat tu tak beli menda sangat pun. Ni banyak beli stok barang basah untuk bubur Aiman. Then pi kemas rumah lama untuk terakhir kalinya ngan amik pisang yang baru berbuah. Pas ni boleh dah la pulangkan kunci kat owner and hopefully dapatla balance 1 bulan deposit yang dijanjikan. Sebelum balik rumah, sempat jumpa Zaid, Aishah n Aqilah yang baru balik dari bercuti kat Terengganu. Aqilah baru pandai duduk (kena letak la, duduk sendiri tak boleh lagi).. so syok tengok diorg main sama2.. kitorg orang besar ni suma sibuk amik gambo diorg.. Aiman baik.. tak buat Aqilah.. tp ada gakla 5-6 kali rambut Aqilah jadi mangsa kena tarik ngan Aiman.. pastu Aiman nak kiss pipi Aqilah.. tumbang Aqilah ke belakang.. hahaha..sebab dia tak stabil lagi duduknya. Seb baik sempat tahan kat belakang..
Aiman bangun awal.. terus mandi.. seronok sebab nak kuar pi rumah mak tok!!
Aqilah (7 bulan) dah nak sama besar dah ngan Aiman...
Bila ramai2.. bukan main Aiman menunjukkan skill dia. Tepuk tangan la, kenyit mata la.. mulut riuh dok cakap n tunjuk sana sini..
So itulah... malasnyer nak bekerja.. skarang aku rasa motivasi untuk bekerja bukan sangat kurang.. rasanya takde langsung.......... tak sabar nak tunggu next weekend.. PUREEN WAREHOUSE!!!!

Monday, November 8, 2010

Indie.. 'bicycle'

Bulan lepas kan artis bulan ini di Astro ialah P Ramlee..
Suma movie P Ramlee banyak kat channel2 Astro..
Aku suka je sebab citer P Ramlee ni memang tak jemu tengok banyak kali
Weekend lepas baru berkesempatan untuk tengok documentary pasal P Ramlee
Sian kan... dia meninggal di kala kejatuhan dia..
Dan Saloma merupakan orang yang paling setia di sisi dia..

Di samping movie2 P Ramlee.. kat radio2 pun diorg ulang balik lagu P Ramlee
Tapi lagu2 ni dinyanyikan oleh artis Indie..
Hmmm.. sedap jugak lagu2 yang Yuna nyanyi.. ala.. lagu Tanya Sama Pokok tuh..
Yang lain2 biasala.. tp banyak yang me'ROCK' kan lagi lagu P Ramlee yang diorg nyanyi..
Semalam.. dalam keta.. dengar kumpulan mana ntah nyanyi lagu Bujang Lapok
Harmoni dah nyanyian tu.. cuma yang tak best..
Diorg nyanyi... 'naik BICYCLE' semacam beruk'
Perlu ke cakap BASIKAL tu BICYCLE?
Agaknya memang biasa nyanyi lagu2 omputih...
Sampaikan nyanyi lagu melayu pun tersebut perkataan english
Tapi tak patutla kan..
Dahla nyanyi untuk memperingati P Ramlee..
Hmmmmm...

Wednesday, November 3, 2010

Kopie Satu & Midvalley

Hari selasa lepas ada meeting kat kl kol 10 pagi, petang pulak meeting kat bangsar kol 2.30pm. Of coursela pas meeting pagi takkan balik opis. So lepas abis meeting around kol 11.30pm.. gerak pi midvalley. Tetiba teringat KOPIE SATU!!! Yeah.. meeting aku just few blocks away dari Jalan TAR maka pusing jalan TAR dulu cari van Kopie Satu. Lupa plak nak deepavali, Jalan TAR penuh orang meniaga n orang bershopping. Excited giler nampak van Kopie Satu, terus park kat depan dia.. n Wanie turun pi beli. Aku kena tunggu dalam keta sebab orang Majlis Perbandaran ada merata2. Kang tak pasal2 plak kena saman lagi. Saman MPPJ pun aku letak je dalam dashboard keta, wat2 tak nampak..

Rasanya tak ramai yang tau pasal Kopie Satu ni. Lupa plak nak amik gambo lori dia. Ni lori bergerak yang menjual air and ice blended. Suma perasa2 yang sama mcm Star Buck. Cuma ni FAMA punya barang. Rasa.. sedap... harga.. murah... Zaman2 kat UM dulu, memula selalu beli tiap kali pegi jalan Tar. Then, satu van Kopie Satu ni ada park kat parking library UM. Aku n Kausar.. peminat tegar van nieh.. selalu jugakla tapau (takleh la hari2.. kita student tak banyak duit..). Balik tengahari, panas2.. tengok dalam fail duit ada lebih. Singgahla beli air. Kalu duit tak cukup, kongsi la aku n Kausar... beli satu.. then sambil jalan balik, minum sorang sikit. Dulu kitorg pegi kelas jalan kaki.. pastu tak bawak beg or wallet. Pagi2 bawak duit RM5, letak dalam fail. So kalu ada duit lebih, adala rezeki minum Kopie Satu. Owh.. seriously masa beli Kopie Satu ni aritu.. teringat je memori2 kat UM. Plak tu.. lepas tu pi Midvalley.. lagila mengimbau kenangan..



Adala masa dalam 2 jam kat midvalley. Tak jalan mana2 pun, pusing dalam jusco je. Jusco pun pi tempat baju pompuan. Skang tengah sales, sangkut la jugak satu blouse n satu t-shirt. Tak leh tahan la.. sale 70%.. rasanya setelah sekian lama, ni la aku jejak kaki ke shopping complex. Skarang ni, stakat pi Giant, Carrefour je.. shopping complex mcm midvalley, OU.. suma dah tak pegi. Giant ni pun sebab nak beli barang2 keperluan rumah. Kalu dulu.. masa belajar dulu.. rasanya dalam seminggu tu, mesti sekali turun midvalley. Kalu tak naik teksi, menumpang keta zue.. kalu tak cukup duit bawak pegi kelas, tapi still ada hati nak meronggeng, pinjam duit orang. Kalu pegi kelas pakai seluar.. hehehee.. orang lain dah boleh agakla mesti pas ni nak ke midvalley. Kalu tak, pakai baju kurung je hari2. Pastu.. bila sampai midvalley, sebab tak bawak beg ke kelas, mesti terus turun kat carrefour, then amik plastik satu, untuk simpan fail kitorg! Even orang boleh agak student kan, tp cover2 la sikit. Biasanya pi midvalley.. tujuan utama tengok wayang je. Ada student card, tak pun datang early bird, dapat harga murah.

Sepanjang masa kat midvalley, mesti jenuh Wani dengar citer2 aku pasal kisah2 masa belajar dulu. Ye la, aku rasa midvalley memang antara tempat2 yang banyak giler kenangan masa belajar. Shopping masa jcard, shopping barang bertroli2 untuk wat hamper project kolej, tengok wayang tengah malam masa dok umah sewa (then kuar tu suma kedai dah tutup), beli barang kat Hinode, naik teksi yang ada banyak giler teddy bear gantung n banyak lagi lah.. Owh.. i really miss that old days.. Bestnyer hidup masa tu.. bleh tak kalu nak hidup mcm zaman belajar balik.. tp belajar yang tak de exam? Hahaha... tak mo lah.. hidup ngan Aiman n en suami pun best jugak!!!!! All the sweet memories.. akan terus kekal di hati.............

Tuesday, November 2, 2010

Aiman @ Jalan Perintis U1/52

Last thursday.. before gerak ke Pasir Gudang anto tender, singgah opis amik document. Bawak Aiman turun... jalan2 jumpa aunty2 di opis. Memula taknak kat orang.. then suka je orang dukung dia. Pastu bila orang lain dah mula nak wat keje.. hehehe.. ye la kan, takkan nak melayan Aiman je.. aku letak atas kusi. Amboi.. macam bos.. duduk sambil tangan pegang pemegang tangan.
Tapi tak lama... kejap je dah bangun nak berdiri. So aku tolak dia tepi tingkap.. syok sungguh main blade tingkap tuh.. Jap ye Aiman, tunggu ayah meeting kejap then kita gerak balik kampung!!! ehhhh.. hantar tender.. hehehe...
Ok Aiman.. nanti belajar rajin2 ye.. keje elok2... lagi besar jawatan, lagi besar kusi Aiman nanti... hehehe...

Monday, November 1, 2010

Sana sini Aiman...


Mood baik.. bolehla main masukkan tp tak pandai nak masukkan pun lagi.. Asyik tersasar je.. kalu datang mood baling dia.. suma tunggang terbalik termasuk based dia pun terpelanting..

Biskut baru yang Aiman suka makan.. Baby Bites. Belajar dari Ammar masa pi jalan2 raya aritu. Aku suka biskut ni sb tak banyak sangat serdak jatuh n sedap je dengar bunyi Aiman bila dia gigit biskut.. krupp krupp..

Suka nak turun bawah ni.. aritu nyaris2 nak terbalik kot belakang.. tapi Aiman suka acah2 je nak turun bawah..

Kan dah tak jadi turun.. ni kena umpan ngan bola. Suka sangat main bola skarang ni.. bola kecik.. bola besar.. suma boleh.. pastu baling kat kita. Then kalu terlepas.. tunjuk kat bola suruh orang amik.. lupa la nak amik gambo Aiman main bola..
Amboi.. gembiranya senyum... syok sebab dapat main remote..

Aiman's new hair cut

Rambut Aiman dah panjang sangat.. even takla nampak panjang.. tp bila berpeluh, mesti kat hujung2 tu ala2 curl curl skit.. lagi nampak macam pompuan. Asalnya nak beli mesin sendiri je, then last minit, ada keje kat Pasir Gudang, terus sambung weekend kat Batu Pahat. En suami ada sorang kawan yg sangat dipercayainya untuk memotong rambut. Dulu masa first time potong rambut Aiman (pas aqiqah n cukur jambul), dia jugak yang buat.
Ni pas siap bersiap n nak kuar pi potong rambut. Gembira Aiman nak kuar.. pantang dia kalu tengok aku pakai tudung.. mesti nak kat aku, tak mo lepas. Sampaikan kalu aku duduk pun sure dia akan marah suruh jalan. First time datang, ada 7 orang tengah tunggu turn. So kitorg balik dulu, en suami rasa mcm nak buat sendiri so kitorg pun pusing carrefour nak cari mesin potong rambut. Tapi takde jual kat situ.. so balik rumah lunch dulu. Petang skit pegi balik.. meneruskan misi memotong rambut Aiman...
Sampai sana, ada sorang budak tengah potong rambut. Aiman relex2 je tengok tv n orang2 kat situ. Pastu seronok tengok muka sendiri kat cermin yang besar kat depan dia.. Happynyer.. tak tau apa yang akan terjadi pas ni..

Ok.. sudah tiba turn Aiman.. masih tak paham lagi apa yang akan berlaku. Boleh lagi senyum2.. tp ada gakla termenung tuh..
Anak ayah kan... so ayah yang pegang Aiman. Ayah pakai kain tutup badan.. tp Aiman tak bukak baju or pakai kain pun. Aku memang dah bawak baju spare pun.. tukang potong rambut... kasi potong no 3 yer...
Start je dia nak potong rambut.. Aiman pun stat nangis.. tak nak... tak nakk... siannyer.. tapi ok jugakla sb Aiman takde la sampai menggelupur.. just pusing kanan, kiri, bawah.. tangan pun tak sibuk nak tolak menda tuh..
Tolong.. tolong... Aiman sedih ni.. ibu Aiman mana? Hehehe.. ibu Aiman tengah syok amik gambo Aiman.. jap ye.. lagi 2-3 shot.. nanti ibu pegang tangan Aiman..
Ibu.. selamatkanla Aiman... ayah gelakkan Aiman pulak... sian Aiman.. tengah2 potong rambut tu, berenti kejap aku dukung nak comfort kan dia. Tapi selagi tak abis.. selagi tu la Aiman nangis.. pastu pegang je la tangan dia.. Siap suma, terus dukung Aiman.. terus berenti nangis... terus babai kat tukang gunting rambut tu..
Ni gambar dalam keta, pas siap gunting rambut n tukar baju. Bergenang lagi air mata.. Seb baikla buat kat kedai.. kalu potong sendiri rambut Aiman, sure tak siap2.. ok Aiman, dah nampak tembam la sikit anak ibu nieh pas potong rambut.. tunggu lagi 6 bulan.. kita potong rambut lagi. Aiman good boy.. n Aiman kan mom's little tiger... =)

Wednesday, October 27, 2010

Roti Canai

Breakfast kita hari ini ialah ROTI CANAI...
yeahhhh.. sedap.. lembut.. n panas2 gitu
Ni roti canai melayu.. sebulan sebelum posa aritu pakcik kedai ni tutup kedai
Sampaila nak abis raya baru ni baru bukak kedainya
N setelah sekian lama, harini baru berkesempatan membeli roti canai dia
Syok la sb roti canai melayu ni tak sama ngan roti canai mamak
Lembut2 dia.. kuah dia pun sedap
Aku bantai 2 keping roti canai.. burrpppp... kenyang...
Hahahaha... antara roti2 canai yang meninggalkan kenangan adalah roti canai kat rumah kat terengganu..
Masa tu dok kat losong hj su.. rumah kampung kembar 2 tapi satu pagar
Then kedai jual roti canai tu selang 2 buah rumah je
Pagi2.. pas sembahyang subuh.. pegi beli roti canai.. n dia tak kasi kuah, kasi gula
Tapi roti canai dia sedap.. makan saja pun dah cukup... tak yah berkuah or makan ngan gula
Tapi biasanya hari beli roti canai, memang mak dah ada kasi ikan or ayam untuk makan ngan roti canai
Kedai ni, jual jugak roti canai frozen..
Mak tok ialah peminat setia roti canai dia.. selalu kirim pas tu bleh simpan berbulan2 dalam freezer sampai next time kitorg bawak balik lagi stok baru
Sekarang takde dah la merasa roti canai sedap ni.. nak ke terengganu pun dah payah
Lagi.. roti canai masa kat UM..
Dewan makan kolej 4.. hostel masa aku belajar dulu..
Hari apa ntah.. lupa dah, tp menu pagi adalah roti canai
Aku rasa hari minggu.. either sabtu or ahad
Sanggup bangun pagi.. semata untuk tapau roti canai je
Pastu sambung tido balik.. hari2 lain, memang takde nyer nak pi makan kat dewan makan
Bukan pasal tak sedap even mmg takde la sedap sangat pun
Cuma malas nak bangun pagi n tapau breakfast sebab biasanya kelas aku lambat
So waktu pagi adalah amat berharga untuk digunakan untuk tido..
Sedap sangat ke roti canai dewan makan ni?
Sedap la jugak.. sebab ni pun orang melayu yang buat.. kalu ada rezeki, dapatla lebih dari sekeping.. ni kalu datang lambat2
Ada jugak aku tengok budak2 laki ni bawak telur sendiri, pastu suruh pakcik tu wat roti canai telur.. special skit.. tp aku ni stakat pi tapau je, takde la pulak nak menunggu pak cik tu tebar roti canai semata nak makan roti telur..
Itulah.. kalu dulu, makan satu keping pun dah kenyang
Tapi skarang.. satu setengah keping pun tak tentu lagi kenyang..
Makan 2 keping baru puas hati..
Perut aku dah makin besar??? Tak lah... roti canai tu je yang dah makin kecik skarang..