Sunday, November 1, 2009

Tido vs Sedawa

Skarang Aiman banyak tido.. biasala baby
Biasanya, dia akan bunyi untuk minum susu
Lepas aku susukan, dia tido balik
Aku jarang amalkan tepuk2 dia untuk sedawa
Kalu aku buat pun sblm ni, jarang sangat dia nak sedawa
Tp sebab dia pun takde muak selalu, so aku pun mcm tak kisah pun tak sedawakan dia
Baru2 ni.. kerap pulak dia muak
So aku pun rajinla tepuk belakang dia selepas kasi dia minum susu
Masalahnya pulak, bila dia minum susu, dia akan tido
Bila aku tepuk dia, mesti dia akan bukak mata or tido2 ayam
Kira tak berapa lena sebab aku tepuk dia
Tepuk lama2, jarang jugak Aiman sedawa
Bleh kata dalam skala 3:10 la potensi Aiman akan sedawa
Nak kata cara aku buat tu salah (ni pun kemungkinan besar jugak), tp bila mak tepuk dia pun, jarang gak dia sedawa
Sekarang, aku tepuk sikit2 je.. n memang dia akan jaga lepas aku tepuk2 dia
Kekadang tu, aku siap kena susukan dia semula untuk buat dia tido
Biasanya, kalu dia tak sedawa, aku akan baringkan dia mengiring
Kekadang tu.. dia pusing balik..
Risau jugak kot2 dia muak masa tido, aku tak perasan
Takut dia tercekik je
Aku terpikir jugak, kalu asyik tepuk dia, nanti jadi kebiasaan plak bila dia nak tido je kena tepuk
Hopefully, lepas2 ni pun, senang je lah dia tido
Takde la kena ada cara special untuk buatkan dia tido eg tepuk, dodoi, buai
Hahaha.. berangan supaya Aiman sampai besar, aku letak je atas katil.. bleh tido sendiri
Amin...
Gambar eksklusif Aiman tido lepas penat mak tok dia tepuk belakang dia melalui kaedah meniarap. Tapi.. tak sedawa pun...

Friday, October 30, 2009

Nenek Aiman

Aiman ada 2 nenek..
Satu nenek Batu Pahat.. satu lagi nenek Sg Petani
Tp nenek Sg Petani ni sbnrnya moyang Aiman
cuma orang Kedah panggil moyang 'nenek'
Kira Aiman ada satu "nek wa" = nenek tua, satu "nek da" = nenek muda
Nek Da Aiman dah datang masa hari ke 3 Aiman lahir
Ni plak Nek Wa Aiman.. baru balik pagi tadi
Mulanya nenek nak datang masa cuti skolah
Tp dah tak tahan nak tengok Aiman.. terus nenek datang dari SP naik bas jumaat lepas
Harini nenek dah balik SP..
Seminggu main2 ngan Aiman, dukung2 Aiman, sembang ngan Aiman
Nanti kita balik SP pulak jumpa nenek
Mekasih ye nenek sb datang tengok Aiman..
;-)

Malam semalam

Aiman dah 16 hari..
Semalam, sejam sekali Aiman bangun minum susu
Aku suspek mcm susu aku dah makin kurang
Huhuhu... servey2 jugak petua2 menambahkan susu badan
Pastu, dalam kol 5 pagi, aku bangun susukan Aiman, then tukar lampin
Dia berak.. n masa aku nak letak pampers yang baru
Dia berak lagi!!!
Siap terpercik kena tangan n kaki aku
Pampers yang baru kena (tak sempat bukak pun lagi), tilam Aiman pun kena
Then aku pun amikla lapik getah
Dalam hati ngomel sendiri "Padan muka, kan mak dah pesan tiap kali nak salin, letak lapik getah ni"
Pastu.. aku letak lapik getah kat sebelah, nak alihkan Aiman
Sekali.. dia kencing pulak!!!
Cantik je dia kencing landing kat lapik getah tu
Adalah terlebih skit kena cadar
Waaa.. aku dah ngantuk
Kemas ala kadar.. lapik towel atas cadar yang kena
Turunkan tilam Aiman yang lain dari playpen dia
Sambung tido balik...
So.. next time ingat ya..
Peraturan salin lampin :
1. Lapik ngan lapik getah
2. Jangan biarkan baby dalam keadaan terdedah
3. Sentiasa letakkan lampin untuk tutup baby terutama masa nak tukar lampin lama and baru
=) =) =)

Wednesday, October 28, 2009

Aiman lagi..

Susu perah yang pertama..

Hari ni saja je test perah susu
Takla dapat banyak.. agaknya sb Aiman pun dah minum banyak
Inilah hasilnya....
Ni perah sebelah je.. then sambung sikit lagi utk belah lagi satu,
Aiman bunyi nak minum susu, so stop dulu lah untuk hari ni
Seronok bila dengar orang boleh kumpul susu sampai satu fridge..
Itu akan menjadi motivasi utk aku pun kumpul susu badan banyak2
untuk Aiman bila aku masuk keje balik nanti
Untuk permulaan.. bolehla banyak ni..

Tuesday, October 27, 2009

Saya suka bila...

Saya suka bila...
1. Tengok Aiman tido nyenyak je.. tp geram jugak nak dia bangun
2. Aiman buat muka comel eg mulut ke depan mcm mencebik (tak sempat nak amik gambo)
3. Aiman baring atas bahu saya and diam je bila sy tepuk belakang dia utk sedawakan dia. Tp dia jarang sangat sedawa
4. Tengok Aiman tido lepas kenyang minum susu
5. Tengok en suami salin Aiman berak or kencing
6. Pegang tangan Aiman masa mak mandikan dia. Kata mak, kena pegang tangan Aiman sebab dia gayat
7. Aiman baik je masa mandi.. mcm pagi tadi. Boleh dia tido nyenyak giler masa mandikan dia!
8. Aiman diam lepas nangis sebab sy lambat kasi susu kat dia
9. Aiman diam bila pakaikan dia baju lepas dia mandi. Jelas sangat Aiman tak suka kalu bukak baju. Pemalu anak ibu nieh..
10. Aiman tak sakit, sihat sentiasa n jadi anak yang baik

Kesimpulannya... SAYA SUKA JADI IBU!!!! Sejuk je rasa bila hari2 tengok n main ngan Aiman...

Monday, October 26, 2009

Kain lampin jadi selimut

Aiman skarang dah tak dibedung
Sempat seminggu je bedung dia
Then pi klinik untuk check kuning, nurse cakap tak yahla bedung sb skarang panas
So aku pun tak bedung dah la
N aiman sudah pastinya sangat suka sb dia bebas bergerak
Bila tido tu, mcm2 la gaya tangan n kaki dia
Semalam.. baru discover sesuatu yang baru
Sebab Aiman kecik, kebanyakan seluar yang ada sangat panjang n kena lipat
Seluar pendek plak, ada dlm 3 helai je
So kekadang tu aku tak pakaikan seluar pun, tp tutup ngan kain lampin kat kaki dia
Semalam, bila dia tido.. selepas satu ketika, dia akan bunyi EK.. EK.. beberapa kali.. pastu diam
Bila aku tengok, rupanya masa dia bunyi tu, dia akan tolak kain yang tutup kaki dia tu sampai bawah!
Bila aku letak balik kain kat kaki dia.. tak lama pas tu dia akan bunyi n tendang balik kain tu
Ada sekali, aku test letak kain tu n selit kat bawah tilam, sampai dia tak leh tolak la
Takde EK..EK.. dah, terus menjerit nangis! Hahaha.. bila aku alih kain tu, terus diam n sambung tido..
Hai la anak ibu yang sorang ni..
Geram je aku rasa nak bedungkan dia balik
Sure meraung punya!

** skarang Aiman ada lagi kuning skit2.. jemur dia pagi2 je lah. Hopefully cepat la baik..