Saturday, January 10, 2009

Fantastic Four

Hihihi..xcited plak bila di tag oleh Zue. Ala.. preparation kawin tu tak banyak lagi. Memang boleh nak meronggeng pun, apatah lagi nak me'reply' tag dari zue..

4 jobs I have had in my life:

1. Assistance kat nursery. Ni sementara tunggu result SPM. Kejap je, 2 minggu kot. Aku pun dah hampir lupa. Tak sangka aku sabar plak dalam menjaga budak2 nieh.
2. Pembantu kedai buku. Ni pun sementara tunggu result SPM and ada gak masa sem break
3. Trainee kat JKR Electrical Department
4. Pekerja am di company swasta kat Bandar Sri Damansara sampaila skarang. Nape pekerja am? Sebab suma menda aku wat, angkat tepon, anto barang, tukang timbulkan masalah pun aku jugak!

4 movies/tv series I could watch over and over:
1. House
2. Eifell I'm In Love
3. CSI
4. Amazing Race
5. Survivor
** banyak lagi sebenarnya sb aku memang suka tengok tv especially yang kat AXN

4 places I've lived in:
1. Ipoh, Perak
2. Kuala Terengganu
3. Pasir Putih, Kelantan
4. Kepala Batas, Pulau Pinang
5. KL

4 places I've been to:
1. Dublin, Ireland
2. Leeds & London, UK
3. LA & Indiana USA
4. Jakarta & Bandung, Indonesia
5. Manila, Phillipines
6. Singapore
7. Seluruh Malaysia
** hahaha.. aku kalu bab jalan2 memang semestinya banyak tempat dah pegi!

4 main sources of emails:
1. Schoolmates
2. Coursemates
3. Colleagues
4. Customer

4 of my favourite food:
1. Ikan keli bercili
2. Rendang ayam mak masak
3. Beef Prosperity Burger
4. Curly fries

4 places I would rather be right now:
1. Kat umah
2. Tepi pantai
3. Tempat yang sejuk2 sikit (bukan sejuk giler)
4. Anywhere asalkan bukan di office

4 people to tag:
1. Nana
2. Yana
3. Yus
4. Fatin

Kebanyakannya.. bukan 4.. lebih. Maybe aku patut wat fantastic five kot.. hehehehe..

Friday, January 9, 2009

Jumaat di Seri Malaysia

Minggu nie sibuk sikit. Sibuk dengan satu company je. Staff dia sibuk mengejar aku utk delivery. Tp taula bila jual barang Daniel nieh. Factory peduli apa.. kalu dia kata delay, delay la barang tu. Pastu, bertahun baru nak dapat reason. Tu pun kalu dapatlah. But this customer just don't understand this. When i explain to her why i cannot update her the status, she keep asking me why. It's not that easy to get reason from factory. Then when i told her i cannot get response, she said that she don't want to hear the internal problem like don't get response from factory. See.. i keep saying the same thing! Cannot get response. But why she still don't understand! Saborjelah, sehari.. mcm nak pecah dah tepon tu berbunyi.. suma panggilan dari dia jek.
Luckily, Kak Milin cannot make it for Petronas Vendor Engangement Session. Last minute, they decided to send me down to Kertih. Luckily, Izwan's going to Lawit too (huhu.. it's 10 more days to our wedding!!!). So we went to Kerteh together on Wednesday, he took his chopper on Thursday morning meantime i'm at KOP. Nampak pengacara majlis macam kenal.. ohhh.. classmate masa kat UM dulu, Nur Zuriatie. Sempat sembang ngan dia kejap, dah ada anak rupanya! Aku memang ketinggalan. Abis petang tu, terus ke helibase, tinggalkan kereta Izwan kat sana. Ingatkan nak tumpang my old friend, Najhan Awanis, member dari Shams dulu ke Kuantan tp kereta dia almost full with her family. I took taxi from airport direct to Kuantan. Risau gak, ye la, jauh perjalanan, sorang plak tu. Kalula pakcik tu bawak aku merata. Cuba utk tak tido, tp penat sangat kot, tertido gak (bahayanya!!!). Sedar2, dah kat kaw perumahan mana ntah kat Kuantan. Aku cuak gak, tp rupa2nya pakcik tu lalu kot shortcut. Hehehe..
Then Faizah dah tunggu aku kat hotel. Kitorg lepak2 kat bilik jap, then pi makan steamboat. Yum..yum.. best.. sedap. Ala2 bachelor party utk aku. Kitorg memang makan banyak giler. Dalam dok makan tu, kejap2 dia teringat kat anak2 dia kat umah. So sweet.. Pe'jah yang gangster kat skolah dulu, menjadi ibu yang sangat penyayang! Hahahaha..
So this morning, i'm going back to KL. Flight kol 10.15 nanti, now tengah tunggu Pe'jah utk breakfast then she will send me to airport. Even kitorg jarang jumpa, Pe'jah jarang datang KL, tp setiap kali aku turun Kuantan, kitorg mesti jumpa. Pe'jah la yang selalu bawak aku makan. Okla, at least dapat gak update2 citer terkini n ngan kawan2.
Lagi seminggu nak kawin!!! pagi ni aku dah takleh tido tetiba terasa dah dekat nak kawin. Semoga Allah permudahkan urusan Izwan kat Lawit, balik dengan selamatnya.. Amin.. (",)

** tak dapat nak download gambo kitorg sb takde card reader. nanti kat kl lah..

Sunday, January 4, 2009

My wedding updates

Tinggal lagi 13 hari lagi menjelang hari aku nak kawin. Emm.. persiapan? Hehehe.. ntahla, tak reti nak ckp camne. Macam ok je so far. My checklist :

1. Borang kahwin.. finally.. selesai jugak hal borang kawin nie. Pegi JAIS ari jumaat, tu pun kelam kabut. Seb baik suma borang lengkap. Skang ni tinggal nak kasi kat Penolong Pendaftar Nikah kawasan aku ni jek. Yang ni.. ayah yang uruskan.
2. Rumah ni nak kena kemas dan nak mula mengemas tu yang tak boleh nak mula2 lagi. Sebabnya.. rumah baru tengah renovate. Plannya kebanyakan barang nak dipindahkan ke sana, so umah akan lebih kosong. Maybe next week siap la kot.
3. Barang hantaran.. tadi baru siap beli 2 barang terakhir. Tu pun sebab arini last day Mega Sale. Sebbaik sempat. Cuma tinggal sejadah je. Nantila pi cari kat Jalan TAR or PKNS. Hiasan2 utk hantaran, so far suma dah ada. Tinggal nak wat je. Bukan tak mo wat lagi, cuma kalu dah wat, mesti makan spaca kat umah aku yang kecil ni. So.. next week lah wat.
4. Kad jemputan.. kad yang ditempah tak cukup. Ramai rupanya kawan2 aku. Hehehe.. so esok baru dapat kad tambahan yang diorder semula. Tapi rasanya 80% kawan2 aku suma dah jemput. Yang tinggal ni pun kebanyakannya yang nak anto by hand and budak2 opis je.
5. Make up.. ohhhh.. ni memang teruk! Aku pi test makeup, aku memang tak berapa berkenan ngan make up aku tp org2 kata ok, so aku proceed je lah. But then, semalam jumpa Eda, Zue, Dla, Yus n Yana yang memberikan semangat n dorongan pada aku utk mencari make up yang baru. InsyaAllah.. by end of this week, mak andam aku dah ada =)

Apa lagi eh.. banyak sebenarnya.. slow2 la. Tapi rasanya kebanyakan benda, next week baru bleh wat. Minggu ni punya kerja tak banyak sangat. Memang rasa mcm dah dekat sangat nak kawin. Bila dok sesaja.. terpikir.. eiii.. tak sangka dah nak kawin! Hahahahahaha.. insyaAllah.. semoga suma berjalan lancar.

Walimatul Urus Amirah-Izwan

Dear Friends,

Walaupun tak ramai pengikut blog nieh, tp nak jemput jugak suma2 yang membaca n kawan2 kepada pembaca blog nieh yang mengenali aku. Majlis akan diadakan seperti di bawah :

Tarikh : 17 Januari 2009
Tempat : No 3, Jalan Nuri 7/16,
Seksyen 7, Kota Damansara.
Masa : 12 - 4 petang

InsyaAllah, majlis nikah akan dibuat pagi 17 Januari 2009 kat surau area umah aku jugak. So friends, jemputla datang yek. Tolong ajakkan skali kawan2 lain yang kenal aku tp aku tak sempat nak ajak or anto kad. Cakap kat diorg.. datangla.. aku jemput suma! Jangan malu2.. hehehehe..


Peta nie nampak je macam serabut, tapi senang je nak datang umah aku. Kalu dari TV3, One Utama, masuk jalan ke IKEA/Tesco then terussssssssssssssss je. Akan jumpa Petronas yang ada A&W (blah kiri), then Segi Kolej (kiri) then Shell, McD, KFC & Pizzi Hut (kanan). Lepas tu jumpa trafik light, terus je. Lepas trafik light, akan jumpa lot kedai blah kiri, pastu Jalan Nuri 7. Kat sini aku dah letak dah sign nama aku. Lepas tu.. ikut sign board, insyaAllah selamat la makan kenduri kat umah aku.. =)

Thursday, January 1, 2009

2009 menjelang..

Masuk je tahun 2009, tetiba terasa mcm dah dekat sangat dah kenduri kawin aku. Memang hakikatnya, dah dekat pun! Arini for the first time in my life, aku pi wat facial. Hehehe.. azam tu dari lepas tunang lagi, konon nak wat setiap 2 minggu skali. Tp dok sibuk kesana sini, wat itu ini, last2 baru arini berkesempatan nak wat facial. Sedut abis segala habuk n kotoran kat muka. Tp best lah.. b4 wedding, wat lagi skali.
Betul ke countdown ni, lagi 15 hari? Emm.. silap skit kat timing dia. Arini baru list down kan barang2 yang nak kena buat, siapkan b4 bila. Huhuhu.. banyak sangat ah. Tetiba rasa mcm risau je. Suma nak wat, tp bukan suma bleh buat sekarang pun. Teringat mak ke ayah cakap tadi, kalu semalam, rasa mcm lambat lagi sebab kenduri tahun depan. Harini.. dah tahun 2009, kenduri dah dekat!!!! Hahaha..
So.. aku doakan semoga 2009 ni pastinya tahun yang lebih baik. Tahun aku kawin, move to another stage of my life. InsyaAllah.. semoga semuanya berjalan lancar.

Visit Nanin & Maryam

Dah 2 bulan umur Maryam, baru ada chance utk tengok dia. Nanin tak sihat before this.. but now Alhamdulillah.. dah sihat! Mien, Dania, Zaid, Zue and Nasyar pun ada gak. Ala2 perjumpaan kaum ibu.
Ni baby Maryam yang baru berumur 2 bulan. Memang nampak macam ummi & abi dia. Nanti.. besar sikit.. mesti lagi comel..
Ni plak baby Dania (dah 7 bulan eh?). Memang sangat sangat comel. Geram giler tengok. Seronok main ngan dia, sb dia nak je ngan org. Pastu bleh plak wat2 nangis, pastu senyum balik bila kat mak dia.

** next gath kat umah aku plak eh..

BP Trip

BP ni singkatan untuk Batu Pahat. Tujuan turun BP nak pi fitting baju. Tp rupanya baju tu tak wat pun lagi, baru nak amik ukuran aku. Nanti kena datang lagi fitting baju semula. Nantila.. nak dekat ngan kenduri. Tp tu citer biasa je.. yang best nya nila first time aku pi umah my future in law punya rumah. Memang berdebar giler.. memula tu rasa mcm tak mau pegi je. Tak ingat dah bila last time aku naik bas. Then bawak buah tangan, tertinggal pulak kat dlm bas. Kelam kabut sangat nak turun masa tu. Tak perasan yang dah sampai BP. Tengok plak bas stand dia dah gelap n takde org. Malamnya.. lepas siap2 smayang, aku kuar tp tengok suma org dah masuk bilik. Elok baring, dengar bunyi langsir diselak2 beberapa kali. Huhuhu.. memang abis suma doa kuar. Takut.. pastu dengar bunyi kunci plak. Waaa.. memang aku rasa mcm nak nangis je. Tetiba.. ada org ketuk pintu. Hihihi.. rupanya bakal mentua aku ketuk, pesan suruh aku buat macam umah sendiri. Hehehehee...
Kain batik.. emmm. aku memang bukan jenis org yang pakai kain batik. Mesti pakai seluar sampai penah aku sebut, nanti bila aku bersalin, nak pakai skirt! Hahaha.. tp kat sini, aku dapat kain batik. Teringat citer Bai (member kat 4th, UM) sebelum dia nak pi umah Nije kat kelantan. Tp sebab aku jenis yang tak pakai kain batik, so aku tak pakai. Sekali.. esoknya, before balik baru aku teringat sesuatu. Kain tu dikasi kat aku utk dipakai sb kain batik or wat kain basahan???? Argghhhhh.... emmmmmm... tak taula nak ckp apa..
Sesuatu yang sangat best kat BP ni, banyak makanan. Aku makan goreng pisang cicah kicap, lontong goreng n otak2.. yum..yum.. sedap. Asyik makan jek... Sempat amik gambo otak2 yang dimakan kat BP Walk (ala2 Bintang Walk gitu..)