Tuesday, August 14, 2012

Spek raya..

Yey.. Tahun ni dapat spek raya. En suami dengan murah hati memberi semua allocation optical company dia untuk aku. Hehe.. Xde la aku pakai suma kan, tp xde la risau terlebih budget. Sebabkan en suami x ikut, maka terpaksala sales person tu amik gambo aku untuk dihantar untuk en suami komen. Dia kata, xmo dah spek ala cik salmah.. Hahaha.. Cik Salmah mana? Haaa.. Jaga2 Cik Salmah...

Ni spek sama kaler ngan baju raya..

Ni spek yang mula2 test..

Ni spek yang paling mahal..


Tapi memang skarang rasanya trend spek Cik Salmah la.. nak pilih yang bingkai kecik, sikit je choice. Nak plak ngan power aku yang sangat tinggi, xleh nak pakai half frame or yang xde frame.. apala nasib badan.. ni pun cek, power dah naik lagi seratus...
Sian Aiman penat melayan ibu pilih spek. Dia pun, suma bingkai nak pegang. Aku tengok jurujual tu tahan sabar je. Nak marah, customer. Tapi aku mmg tahan gak nak marah lebih2, sambil dengan sabarnya meletakkan balik spek2 yg Aiman main n tarik dia dok diam2 sebelah aku. Yang best nyer, bila tanya Aiman ok x spek baru ibu? Suma Aiman kata ok, cantik.. Masuk keta, terus tido lepas abiskan jagung separuh bekas. Seb baik xsibuk mintak nak main kat playground. So.. Mana satu spek pilihan? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Nanti dapat spek kita amik gambo lagi..


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 2, 2012

Berdiri!!

Amni skang dah pandai berdiri. Harini baru stat diri tanpa ada orang kat tepi. Kalu x, mesti pegang orang or kusi or meja. Tapi xberani melangkah lagi.. Kalu kasi tangan kat depan dia, Amni xkan gerak kaki, tp halakan tangan dia n gerakkan badan ke depan. Memang kena sambutla, kalu x mau cium lantai. Aiman dulu pun, setahun dua bulan baru jalan. So Amni, masih banyak masa. Slow slow ye. Skang ni pun penah ibu nak jaga kawasan tangga..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

I miss kad raya..

Beli kad raya untuk dihantar pada orang2 terpenting dalam hidup selain mak ngan ayah (sb hari2 lalu rumah mak) ngan en suami (sb hari2 jumpa). 1 untuk maktok kat SP, 1 untuk tok n pah kat Ipoh, 1 untuk in laws kat BP. Sebab sepeket 5, maka dapatla 5 kad raya.

Teringat kalu dulu, masa raya je sibuk beli kad raya. Sibuk bukak balik buku lama nak cari alamat kawan2 yg jauh2. Aku suka beli kad raya yg tulis kartun, 5 untuk RM2 kot kalu x silap. Even ngan kawan2 sekelas, sekuliah, sebilik pun kasi kad raya. Sebati dalam diri rasanya kad raya di hari raya. Masa tu mak still dok kat Trg, rajin cari ayat2 best untuk tulis dalam kad raya. Pegi bazar ramadhan, lama leka kat gerai yg jual kad raya. Xpun antara tempat yg mmg aku wajib beli kad raya ialah kat Koperasi UM ngan kedai buku kat KL Sentral.

Seronok jugak bila terima kad raya. Memang bila dah hantar kat orang, harap sangat diorg balas. Rasa macam bilangan kawan yg kita ada bergantung pada bilangan kad raya yang kita dapat. Pastu sibuk gantung kat rumah.. Dindingla, cari ranting pokok masuk dalam pasu pun penah rasanya. Rasanya kad raya tu hiasan raya yg wajib kena ada kat rumah.

Tapi skarang.. Sapa nak kasi kad raya lagi? Stakat signkan kad raya untuk hantar pada customer2 muslim. Tu pun xde la ikhlas pun, bleh kata terpaksa sebab kena jugak sebab kena jugak habiskan suma kad raya yg dah di quotakan untuk aku. Pastu plak, harga stem pun dah makin mahal. Silap2, harga stem lg mahal dr harga kad raya. Kalu x silap 60sen kan.. Dulu 20sen je.. Memangla kos hidup meningkat, POS Malaysia pun meniaga.. Akibatnya, tradisi kad raya yang jadi mangsa.

Apapun, aku akan pastikan kad raya tetap dihantar.. especially untuk tok, pah n maktok. Sebab mereka orang lama.. mereka pastinya akan gembira dapat kad raya yang seperti menggantikan diri aku yg xde dah balik kampung berbuka macam masa kecik2 dulu. Sekarang pun, kalu balik raya, xde la sehari dua sebelum raya dah sampai. Hari raya baru nampak muka.. Hari2 lain sepanjang tahun pun jarang dah boleh balik kampung.

Sesapa kat opis dia ada kad raya extra, mehla anto kat aku. Nanti aku balas guna kad raya opis aku!!!

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 12, 2012

Baju raya

Hmmm.. Posa pun belum lagi, dah sibuk pk baju raya eh? Tp tu la, kalu ikutkan, mmg xmo pk lg pun. Kalu boleh xmo pk langsung pun. Tapi terpaksa pk jugak. Sejak kawin, xpenah lg uruskan hal ehwal baju melayu en suami. Tahun pertama, en suami xnak baju melayu. Tahun kedua, mil dah tempahkan siap2 baju melayu. Tahun ke tiga bersalin Amni, pun en suami pakai baju melayu tahun sebelumnya. Tahun ni, tahun keempat... kenala cari baju melayu. Tahun ni, kena cari untuk Aiman skali sb dia pun dah besar, elok sangatla pakai baju melayu. En suami kata nak kaler biru cair striking.. Hadoi, mana nak cari nieh. 2 hari lepas jalan2 kamdar tgk kain pun xde yg sama ngan kaler dia nak. Kat jalan tar agak2 dah banyak ke kuar baju melayu skang? Malasnya nak berjalan2 dibulan puasa mencari baju. Karang dahaga.. nak plak skang still pam, lg la kena kurangkan aktiviti yg akan membuatkan dahaga ni. Tinggal minggu ni je la, next week dah xde, pastu terus puasa. Hmmmm....

Aku nyer baju kurung pun xde plan lg camne. Banyak je kain tp suma tak berjahit lg. Xde rasa semangat sgt sb baju kurung sedia ada pun x terpakai sgt. Masa kenduri je la pun nak pakai baju kurung. Kang ni pun dah kurang kenduri yg nak kena attend. Nanti saki baki kain aku bolehla buat gown Amni. Nak buat baju kurung mcm x sesuai je sb Amni kecik sgt lg. Kesian je dia nanti x selesa.

Petang nanti ada meeting kat klcc kol 3. Plan nak kuar dari opis kol 12, ronda jalan TAR dulu. Harap2 jumpala bajunya dengan sekali pegi je. Kalu xdpt baju siap, dapat kain pun ok. Harap jugak ada orang yg masih sudi nak terima tempahan baju melayu...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 9, 2012

Oat + carrot cookies

Harini half day sb tok wan pegi checkup. Petangnya mak pi klia bwk Aiman amik cik. So aku lepak jaga Amni kat rumah mak sambil buat biskut oat + carrot utk Aiman n Amni. Plannyer utk bwk bekal next week tp tgkla, kalu masih ada balen. Hahaha..


So resepi dia senang je. Tepung, marjerin, oat ngan carrot. Aku campur je suma skali, adun sekata, pastu bakar dlm 10-15min. Buat size kecik2 je, kang kalu besar2 sgt Amni makan abis bersepah. Yg saiz kecik ni pun dah bersepah..


Bila siap buat ni, rasa mcm boleh buat selalu je. Berkhasiat, jimat jugak. Kalu x, amni dok makan biskut Heinz n biskut beras yg kejap je dah habis. Dahla mahal jugak biskut baby ni..


Amni dengan serpihan2 biskut atas lantai... makan biskut sampai tercabut abis butang baju!

Thursday, July 5, 2012

Oh my..

Hari terakhir mengganti posa. Sangat excited rasanya, nak plak lepas 4 hari berturut puasa, boleh pulak hasil susu lebih skit dari hari2 sblm ni. Rasa teruja dan bersyukur sebab dapat menyelesaikan ganti posa Ramadhan tahun lepas. Even masih berbaki beberapa jam sebelum berbuka, harap2 xde la tetiba ter peot ke, or jadi apa2 yg terpaksa bukak posa awal. Nak buat keje pun dah lemau2 ni. Hehehehe..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 2, 2012

Outstation

Last week boss panggil, bgtau ada training kat Singapore. Aku perlukan lebih kurang 80-100 bungkus stok susu untuk training yg pergi dari hari ahad ke ahad ni. Hadoi, banyak giler!!! Smlm dah try pam sebanyak yang mungkin, biasanya kat rumah kalu hujung minggu tu aku pam sekali je, smlm selang 3-4 jam pam sebelah, amni minum sebelah. Tambah ngan makan alfalfa, dapatla kumpul dlm 19 oz. Waaaaa.. Banyak lg ni. Stok adala sikit, tapi takut stok tu x cukup n takut jugak bulan posa penghasilan susu kurang. Dapat msg dari mak kata ayah soh mak pegi jugak s'pore bawak aiman n amni. Jaga kat hotel. Tapi xsempat sembang lg dengan mak pasal ni. Petang karang baru pegi lepak rumah mak. Kalu betul jadi, memang sgt seronoklah, tp kesian jugak mak nak jaga 2-2 org dalam bilik hotel je seminggu. Maybe bwk rice cooker ngan blender untuk masak makanan amni. Dan sebab training ni jugak, first and second day puasa aku kat singapore. First time outstation masa bulan posa. Oklah, doakan aku berjaya kumpul stok dalam 3 minggu ni. Posa pun ada 4 hari lagi ni nak kena ganti..

#hari ahad pam lebih tp dpt dlm 10oz je. :( tp mak kata bleh teman pi s'pore!! Yey.. Nak kena tgk rege tiket dulu, Aiman skang dah x dikira infant. Kalu cun, bolehla bwk suma!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone