Sunday, December 7, 2008

Big Apple Treat

Today (4 Dec 09), TW office empty. No guys.. only girls.. hihihi... most of the people attending some course by JKKKP. So i went to The Curve during lunch time.. bought some Big Apple Donut. Saja.. lama dah tengok n teringin nak beli. Kitorg yg kat opis, lepak je aritu. Lama dah tak amik gambo kat opis. Sempat ambil 2 gambar je.. pastu, bateri kamera pun abis.. next time lah. Bila makan goreng pisang plak.
Memperkenalkan ahli paling baru TW, Peah (under K Milin)

Dulu.. selalu je takde org kat opis. Sebab budak laki suma busy ngan projek n pi offshore. Lately.. opis sentiasa penuh. Tetiba bila org tak de, sunyi je opis.. seronok jugak. Tp.. agaknya yg paling menyeronokkan ialah suasana ni buatkan kitorg lagi malas nak keje n dok bersembang jek!!! Hahaha.. aduhai.. apa nak jadi nieh... (",)

Rina's wedding at Kuantan, 30 Nov 08

Tergamam masa memula tengok Rina kat bilik pengantin. Cantik giler!!! Dahla minah ni memang sedia ada cantik, bila make up yg sangat simple (mungkinla pada mak andam dia tak simple tp rina looks so natural), memang menampakkan lagi Rina yg sangat cantik. Hehehe..
Dari Tapah, balik KL and esoknya ke Kuantan utk attend wedding Rina. Arina yg lebih glemer ngan nama Arina MAB sb dia memang tiap2 tahun sure terlibat ngan MAB masa kat 4th kolej dulu. Memula nak pegi kenduri Rina, memang takde semangat langsung sb suma geng2 tak dapat pegi. Seb baik Suzen ada, dengan aircond keta aku rosak, terpaksa pegi ngan keta Suzen. Plannyer aku, Suzen n Siha je, then masuk plak Hazim, Ayam, Zura and satu keta lagi Liza n the geng. Suma ni junior aku masa kat 4th (kecuali Hazim). Plan pegi kol 9, tunggu kat umah hazim, last2, kol 10 gak gerak masuk karak. Perjalanan ke Kuantan yg ada eksiden la.. jem la.. polis la.. akhirnya sampai jugak. Alhamdulillah.. Sampai je.. tema kenduri kaler ungu. Hehehe.. sama ngan baju yg aku pakai. Terus Rina suruh jadi pengapit terjun. Masa sesi merenjis, ngan aku pun kena renjis jugak bila diorg tahu yg aku tak kawin lagi. Tak pe lah.. amik berkat...
Kitorg suma terpegun tengok kenduri Rina yg sangat simple. Ye la, Rina ni memang perfect orgnya.. sangat teliti. Bak kata Hazim, kalu org yg cerewet, biasanya kenduri dia simple je. Tp kalu org yg simple.. mesti kenduri dia grand punya (mcm cakap kat aku jekk...)

Sebelum balik KL, sempat singgah sembahyang kat umah Pe'jah yg seberang jalan je ngan umah rina. Lama tak jumpa dia, seronok dia dok cerita macam2 pasal anak2 dia yg makin nakal. Tak sempat nak ambil gambo anak dia.

Emm.. berakhirla minggu yg penuh dengan kenduri. To rina, nanti jangan lupa turun bukit masa kenduri aku yek. Semoga berbahagia..

Niza & Yanti Wedding @ Tapah 29 Nov 08

Alhamdulillah.. selamat Aniza & Yanti menjadi isteri. Memang 2 pengantin ni galok giler lah. Hihihi.. tak malu2 langsung. Memula plan nak tido kat Tapah, tp keta ada masalah, terpaksa pegi on the wedding day. Sian niza siap dah bayarkan bilik yg di booking utk aku n Chura. Bertolak pagi with Marli & Hafiz ke Tapah.. sampai2, rombongan pengantin pun baru sampai, terus tengok diorg bersanding. Sebab Niza & Jijul ni course mate and jugak member masa kat 4th Kolej kat UM, kenduri kahwin diorg jadi tempat reunion kitorg plak. Jumpa suma member2 yg dah lama tak jumpa sejak grad 3 tahun lepas.










Masa amik gambo.. kecoh giler pengantin! Hahahaha.. sampai Jijul kena tegur la sebab sibut dok mengarah org masuk dlm gambo. Tp kesian kat family dia, terpaksa balik ke Kelantan cepat2 sb rumah diorg dah dimasuki air. Biasala, musim tengkujuh. Silap2.. kenduri belah Jijul nanti buat kat sekolah..
Balik.. sb Hafiz balik ipoh, aku terpaksa la menumpang org. Seb baik lah En Ammar n Rem sungguh baik hati menumpangkan aku ngan keta diorg (oh.. gf baru Ammar pun ada skali). Ada lori terbalik kat tengah jalan.. jadi kitorg amik jalan biasa. Memula memang clear, tp kat rawang, jem giler. Kalu ikut highway lagi cepat. Sampai rumah, hampir maghrib.
So, buat Aniza & Jijul dan Yanti & pasangan (sorry, aku lupa ah nama husband yanti), selamat pengantin baru. Semoga gembira, bahagia dan diberkati dunia dan akhirat. Buat Zue n Chura, sorry sangat2 sb aku nyer plan asyik tukar2 jek.. Huhuhu..

p/s : niza, thanks sb temankan aku sementara tunggu aku balik tuh. dahla aku sorang2 jek pompuan..

Friday, December 5, 2008

Sepetang di TW..

Arini jumaat.. n esok akan start cuti panjang sempena Raya Haji. I'll be going to my hometown in Sg Petani. This will be my last visit there as a bachelor. After this, not all hari raya i'll be going back there. Huhuhu... sedih.. biasanya, kalu balik raya kat ipoh, opah selalu suruh masak. masa ni jelah dia bleh rehat dari memasak n rasa masakan anak cucu. Kat sp plak.. biasanya aku lepak je, tengok tv. Tapi selalu jugak membantu di dapur.. especially bila maktih balik Alor Setar. Tukang masak kitorg dah takde, kalu mak tak busy, aku la yg volunteer utk masak. Seronok masak kat umah maktok sb dapur dia di tengah2 umah.

Today.. keje tak banyak sangat. Menunggu email dari Emerson yg tak kunjung2 tiba. Ada plak masalah melanda lepas lunch. My own problem. Huhuhu.. napela satu demi satu.. ada je tak kena ngan myself. Rasa mcm diri sendiri ni teruk sangat. Terus takde mood nak wat apa2 pun. Tunggu asar, semayang, n now, writing this blog. I just want to share with this blog my feeling.. i'm tired, very tired.. i really need kedamaian yg bleh melupakan segala resah gelisah diri ini. Rasanya bukan melupakan, tp mungkin bleh menyelesaikan segala resah gelisah ini.

I'm suppose to onleave until 15 December, tp ada plak meeting kat Johor on 11 hb. Dah la aritu cuti keputeraan sultan selangor, kena jugak balik kl awal sb nak gerak ke JB. Tentativenya.. will be back to KL on friday. Bestnya kalu boleh bercuti tanpa perasaan resah gelisah ni. Takla rasa susah hati nak wat apa2, nak pegi mana2.. Even kena kerja di hari cuti pun mesti macam xcited je sb bleh dapat replacement leave. Tp skarang.. nak wat apa2 pun malas..huhuhu..

Ya Allah, aku tahu, ujianMu hanyala bagi hamba yg mampu menanggungnya. Kuatkanlah diri ini.. tenangkanlah hati ini.. agar segala langkahku sentiasa dlm limpah rahmatmu.. Amin...

Friday, November 28, 2008

Nida's wedding - 23 Nov 08 @ Sg Besar

Nida.. one of my best friend kat 4th college. Only Kausar n I yg manage to attend her wedding. Azr masih berpantang, Ida kat Trg, Cikin kat Johor and Hajar kat Kedah. Kitorg gerak petang sabtu sb nak hadir jugak nikah Nida. Sempat singgah beli kek utk letak dlm hantaran.. maknanya.. kena sampai on time! Ni kali ketiga kitorg pegi Sg Besar and suma trip kitorg b4 this, memang kami sampai lambat.

First time pegi, kenduri kawin abang Nida, masa tu..memang b'tolak lambat dr UM tp jalan baru nak buat, so sangat jem. Siap eksiden lagi.. Sampai umah kenduri dah kol 7pm. Second trip pulak, masa Nida tunang.. hihihi.. lambat jugak. Sampai je, selamat dah cincin disarung di jari Nida.. but this time, we manage to arrive awal! Tak dinafikan.. memang aku bwk laju pun, tp takla laju giler..


Malamnya.. Nida selamat dah menjadi isteri org. Then majlis berinai, bagi family Nida, majlis berinai ni ala2 bersanding n ada tepung tawar jugak. Sebab lapar sangat.. kitorg tak tunggu sampai abis berinai.. kitorg makan nasi kat luar. Sedap.. aku, Kausar with 2 org member opis Nida dok homestay. Pergghh.. rumah besar giler..

Esoknya, kitorg breakfast dulu b4 pi umah Nida. Tgk nida makeup.. amik gambo skit skit.. pengantin laki sampai.. sesi ambil gambar, makan.. then balik.. rutin biasa kitorg di kenduri kawin.

Otw balik.. my car aircond rosak.. bukakla tingkap sampai ke kl. Seb baik tak panas sangat, cuma debu dah jadi bedak la sb lori banyak.. Pastu sampai Shah Alam around 4.30pm, pi shopping kat parkson ngan Kausar beli hadiah kawin n hadiah Sofia and then pi tgk Sofia (anak Azr)..

So Nida n Nasrul, semoga bahagia, berkekalan dan diberkai Allah... friends forever.. =)

** Warna gold and maroon sangat cantik..









JB..

Meeting kat Sime Pasir Gudang. Tp sebab malas pi sensorang, ajak Fadwa teman. Kebetulan plak.. Marlia pun ada kat JB, so kitorg apa lagi.. lepas abis je meeting.. jalan2 JB lah..

Jalan2 kat Plaza Pelangi nearby Hotel Crystal Crown. Kat cni banyak kedai cd, murah2 plak tu. Banyak cd series yg popular kat tv. Fadwa beli skit, n ni gambar yang hendak diambil ialah gambar baju biru kat belakang tuh. Sb takut tuan kedai tahu tujuan kitorg.. berdirilah Fadwa n Marlia kat depan baju ni. Bosan ah Plaza Pelangi, tak best langsung. Rasa janggal giler nak beli apa2..mungkin sb banyak kedai2 cina kot.. org melayu pun tak ramai kat sana.
Sebab malam masih muda.. kitorg bergerak ke Plaza Angsana.. tak penah pegi, tak tau jalan pun! Tanya org.. and jalan je.. seb baik sampai. Ni baru rasa shopping complex org melayu. Memula teman Marlia cari product kecantikan utk muka dia dulu.. then saja jalan tgk kedai barang pengantin. Memang best tengok barang2 yg dia jual.. suma susun ikut kaler.. sambil2 mencari idea utk hiasan barang hantaran. Diorg pun terima tempahan, tp.. mahal.. huhuhu..
Mee jawa.. yum..yum.. sedap.. Balik kl esoknya, with lot's of work and problems waiting in the office..

Indon Trip

It's almost a month since my trip to Indonesia. Too busy with works until i don't have time to update my blog. Plus all the problems.. huhuhu.. nevermind, all the memories still fresh with me.. =)

Semuanya bermula bila Kausar kata nak kawin. So, i volunteer myself utk temankan dia pi indon cari barang. Few weeks before the trip.. i ask Fadwa n Jehan to join us. The more the merrier.

"Food for friendship.." This is our dinner in the flight.. 1901 Hotdog.. make us remember our old time @ UM. New York Hotdog normally will be our favourite especially when we watch movie at MidValley. Huhuhu.. i miss that old days..

Tak reti nak citer camne bestnya journey kitorg.. but here i list down some of the our memories in Jakarta..

1. Kuar je dari tpt ambil beg kat airport, terkejut tengok banyak giler money changer booth. suma sibuk promote suruh kitorg tukar duit kat diorg. tp mahal skit la dari rate kat m'sia

2. Jalan2 kat airport sementara tunggu Jehan & Fadwa sampai, sambil2 tanya org kat mana banyak jual barang kawin. Kelakar.. sebab semua org yg ditanya, memberi jawapan yg berbeza. Nampak sangat takleh caya.. kena cari sendirilah nampaknya

3.Sampai hotel almost 12 midnight.. beriya suruh Jehan & Fadwa jauh2 dari kitorg. Takut hotel tak kasi masuk 4 org satu bilik. Tp diorg tak kisah pun, rasanya suma staff kat hotel tu tau ada 4 gadis manis dari m'sia. Kitorg memang kecoh!!

4. Stat journey dari hotel ke Mangga 2, naik bas. Dahla tak biasa lagi ngan duit indon yg riban riban nieh.. terkial2 kira duit kat atas bas. org lain tengok mcm nak curi je duit kitorg.. memang kena jaga2..

5. Sampai ITC Mangga 2, kedai baru nak bukak. Jalan2 sambil cari kot nampak kedai kad kawin n barang kawin. Finally jumpa kat Pasar Pagi (mall sblh ITC). Perghhh.. memang banyak giler ah.. tak terpilih rasanya. Memang tak dapat pilih pun. Kitorg hanya amik gambo, tanya harga n simpan kad kedai utk pemilihan n rujukan pada malam nanti..

6. Pegi ke Tanah Abang plak. Naik busway ke stesen Sarinah, makan nasi Padang. Restoren dia memang nampak kelas.. tp lagi murah dari fast food kat indon rege makanannya. Semayang kat situ gak.. selesa n senang nak shopping pas ni. Tak terkejar2 n tercari2 surau. Ohh.. thanks to my last trip with Geng Jalan2.. sb tau pasal restoren ni pun sb trip b4 this..

7. Sampai Tanah Abang.. perghhh.. memang best giler!!!! Suma menda ada. Kain utk barang kawin, kain cotton, barang2 kawin..blouse.. huhuhu... rasa mcm nak beli suma. Memang masa tak cukup. Tp as this is our 1st day n tomorrow never die, hahaha.. servey n mark few kedai utk datang balik esok.

8. Kausar tak cukup cash!!! kedai yg jual souvenir tu tak terima kredit card, so kitorg pun beriya la dok menolong kausar dapatkan duit. Guna my card credit utk kuarkan cash.. hihihi.. ni satu lagi masalah. Lupa yg my credit card limit pun dah nak exceed.. konfiden je bleh kuar banyak. tp dptla kasi kat kausar skit duit..

9. Journey balik ke hotel.. memang penat. Plan singgah ITC Mangga 2 balik (konon je org cakap tutup kol 10, kol 6 dah tutup!! huh..). Dahla kedai dah tutup, gelap plak tu. Jalan kaki almost (or maybe lebih) 2 km utk cari kedai makan. Seb baikla lambang A&W menjadi pendorong kitorg utk meneruskan perjalanan. Lapar.. penat.. barang berat.. finally.. dpt dinner kat A&W and we found out that specialnyer fast food kat indon nieh, kalu beli ayam, mesti ada nasi jugak..

10. Balik ke hotel naik bas.. kitorg berdiri kat belakang. memula dgr org nyanyi lagu sambil main gitar, pastu dia mintakla org kasi duit. Pastu ada plak sorang mamat yg masih muda, sihat giler.. kasi ceramah. Tak paham sangat.. tp antaranya yg dia ckp " ibu ibu.. tahukah anda di kota jakarta ini sangat susah mendapat kerja. maka, berkongsilah rezki ibu2 dengan saya..(sure dia ckp dlm bahasa indon ah..)". Pastu, dia mintak duit ngan org dlm bas. Hampeh.. pemalas.. badan sihat giler.. mintak kongsi2 rezeki plak..

11. Berenti.. berenti.. hahaha.. tak reti camne nak suruh bas berenti sb loceng tak de!! Diorg biasanya ketuk besi ngan syiling.. tp kitorang tak biasa, nak jerit beriya.. malu. Seb baikla ada org indon tolong jeritkan utk kitorg.. hihihihi.. terlajak skit bas..

12. Hmmm.. lepas penat jalan seharian, kat hotel kitorg sort out apa yg nak beli, nak pi kedai mana.. sumalah. Paginya, terjaga awal giler, lepas subuh dah tak leh tido. Dahla subuh awal giler (sbnrnya.. exited nak pi shopping!). Kuar awal dari hotel supaya elok je kedai bukak.. kitorg pun dah bersedia utk beli barang!

13. Suma shopping dijalankan dengan pantas. Dah tau apa nak beli.. just pegi bayar je. Kitorg split kat Tanah Abang.. senang..masing2 bleh pi cari barang masing2. Dah siap shopping.. sure mine yg paling banyak skali n berat jugak! Luckily jugak, barang2 souvenir tu dibungkus n akan dihantar ke hotel. Kalu tak. agaknya pakai 2 teksi pun tak ckp kot..

14. Sampai hotel awal sb kitorg plan semayang zohor/asar kat hotel. Barang pun suma dah beli.. dah tak ckp tangan pun nak tambah lagi barangan shopping. lapar giler, tak lunch sb nak shopping sehingga saat akhir. hahaha.. tunggu delivery McD lama giler.. diorg kehabisan peha!! memang rasa kebulur giler ah..

15. Terkejut sangat bila souvenir dihantar ke hotel. Banyak giler!!! terus tak rasa nak makan. Kausar lagilah.. kotak dia lagi banyak. takut esok tak lepas kastam, weight check in.. n dok pk jugak, berapala kena bayar. silap2 rugi je beli barang murah pun.. apapun.. bersedia utk yg terburuk..

16. Flight awal..so seawal 4 pagi lagi dah bangun. Penuhla satu Suzuki APV tuh ngan kotak2 barang shopping kitorg. Fadwa & Jehan teruskan percutian diorg ke Bandung while aku n Kausar.. bersedia utk segala kemungkinan ngan barang2 kitorg yg banyak.

17. Sementara tunggu plane berlepas, sempat jugak makan Indo Mie sebagai breakfast. Sedap.. lagi sedap dari megi mi kat msia..

18. Alhamdulillah.. selamat sampai m'sia. adala halangannya ngan barang2 kitorg.. tp.. oklah. yg penting, tak kena tax banyak sangat, n barang suma kitorg dpt bawak balik..

Emmm.. best trip ni. Even bila sampai umah baru perasan yg tak de beli banyak pun utk diri sendiri. Banyak beli barang utk wedding, barang org pesan je suma. Tak pe la, nanti bebila pegi lagi.. hihihihi..

Thanks to Litha, yg banyak kasi info camne nak jalan2 kat Jakarta nieh. To Fadwa & Jehan, nanti korang kawin, bleh la tuntut ajak saya teman korang shopping plak eh. To kausar, luckily i went there with you.. (",)


Indo Mie.. perisa soto n ayam. Air kaler oren tu.. huhuhu.. mahal giler!!!





Nampak tak dimana Kausar??









Sementara menunggu bus way..








Melaram ngan tudung Indon..







Kat restoren nasi padang..













Kusyuk dok tgk barang2..