Thursday, June 21, 2012

Hari lambat

Dahla lambat arini, Amni demam, Aiman bangun awal dari sepatutnya, otw ke rumah tokwan, Aiman request nak karipap pulak. Banyak pulak keta park depan gerai tu, dah kena pusing belakang parking kat belakang gerai. Nak bayar karipap 3 biji, punyala lama tunggu.. Masuk keta jap cari duit syiling nak kasi cukup2. Xyah tunggu pakcik tu, boleh letakje kat meja. Ms dok cari syiling, kasi karipap kat Aiman, dia nak apam pulak. Pegi balik, apam xde, pulang balik karipap, beli donut. Bayar, masuk keta kasi donut, Aiman cakap, nak karipap! Hadoi.. Turun balik, beli 1 je karipap. Masuk keta, Aiman cakap 'nak karipap dan donut'. Patutla, ibu je yg xdengar, kan dah banyak kali beulang2 naik turun keta. Dahla lambat..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 17, 2012

Amni yang comel ini..

# x boleh tgk ibu sibuk buat keje, mesti nak ngikut pastu marah kalu x dukung dia
# sanggup nangis selama mana pun sampaila apa yg dikehendaki tercapai. Contoh, kalu nak soh dukung tu, setengah jam x angkat, setengah jam la merangkak ikut ibu ke mana saja sambil nangis teresak2. Tunggu depan bilik air sambil nangis pun ye jugak
# pantang kalu org masuk bilik air. Mesti sibuk nak tolak pintu, pastu nak masuk. Bilik air bawah masa basuh kain pun Amni suka masuk
# suka buli Aiman jugak. Kalu Aiman tido, saja je pegi tepuk2 muka Aiman
# dah penah panjat tangga naik gelongsor! Huhu.. Tangga rumah dah separuh dah naik aritu
# bila nak masuk bilik yg ada langsir pintu, mesti akan turunkan kepala sebawah2nya konon kepala lepas bawah kain la. Tp sebab ni jugak, selalu sangkut bawah sofa or katil sebab ingat kepala dia boleh lepas ikut bwh sofa mcm lepas ikut bawah langsir
# bila sapu mulut ngan air lepas makan, sure menjelirkan lidah nak rasa air
# kalu suapkan biskut or makanan yg sedikit pejal, mesti ditolak kuar ngan lidah. Tp kalu makanan pejal or apa je bendasing yg dikutip sendiri, boleh plak stay lama2 dalam mulut
# kalu mood baik, ok je dok diam2 main sendiri. Ketuk la, korek la, isap la.. yang pasti menyepahkan rumah
# pantang jugak tgk mainan elok dalam bekas mainan. Atau kereta2 Aiman tersusun kat almari. Mesti nak punggah or sepahkan
# gembeng, ngada ngada n manja...
# payahla nak dok elok2 dlm carseat. Mesti nak panjat2. Menda yg boleh buatkan Amni stay ialah makanan je. Tu pun xlama, nanti dah terpusing2 xmo dok diam

Amni yang comel.. Jangan nakal2 ye...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 7, 2012

Discharge

Alhamdulillah.. 5 hari 4 malam berkampung di Tropicana Hospital. Finally boleh discharge jugak even aku masih di bilik 559 @ 8.15pm. Tengah tunggu surat release dari insurans. Memula dah ok, skali baru perasan ada pulak gelembung darah kat tangan Aiman lepas bukak balutan jarum ubat tu. So doktor datang check balik, tambah ubat sapu pulak. Katanya gelembung tu jadi sebab pressure.. memang aku setuju pun sb masa memula balut tu, nurse kat emergency balut ketat giler. 2nd day Aiman kata sakit, nurse kat ward balut semula. Sian Aiman..

Doktor kata, kahak dah kurang.. demam pun dah takde. Tu yang boleh balik tu.  Tapi still kena buatkan fisio untuk kuarkan kahak dari paru2 kiri Aiman. Tadi orang fisio datang ajar. Ingatkan apa, tp lebih kepada tepuk2 belakang Aiman n tolak ke tengah. Supaya kahak boleh keluar samada dari batuk ataupun kot kencing.

Harap balik ni, ok dah la. Aku pun dah mula selsema n pening. Even seminggu tak keje.. ingat seronok?? Dah beku dalam bilik hospital, hidung sumbat, badan lengoh2 tido tak betul posisi, ngantuk pun ye jugak. Kesian kat Aiman yang dah bosan dok hospital. Sapa yang datang suma kena kuar slow2 kalu tak sure meraung Aiman nak ikut balik. Sian jugak kat Amni dah 2 malam tido ngan maktok. Sian jugak kat maktok yang siang ulang alik jaga Aiman, malam asyik kena panjat ngan Amni bila Amni dah tak mo tido...

InsyaAllah.. things will get better....  =)

Tuesday, June 5, 2012

T I R E D

I'm sooo tired. Mesti Aiman pun lagi penat even meloncat sana sini macam xsakit. Arini bila dah masuk hari ke 3 kat hospital, Aiman pun dah makin bosan. Suma xkena, asyik marah2 je. Skang ni ngantuk ngan lapar, lagi asyik nak marah je, suma menda pun xkena.

En suami yg jaga syif malam pun dah stat sakit. Bila malam, Aiman teruk batuknya. Sampai muntah2. So, aku terpaksa menerbangkan mak pulang dari Langkawi petang ni. Mak ke Langkawi sabtu lepas, teman ayah ada meeting kat sana. Patutnya esok balik SP, then Ipoh, jumaat baru balik kl. Ingatkan Aiman boleh kuar dah, tapi pagi td doc cakap nak kena monitor demam dia ngan still ada cecair dalam paru2. Aku ni dok pk keje menimbun lg kat opis. Dok hospital ada laptop pun, xsempat lg nak wat keje. Pam pun sikit je hasil, dah dok kejar Aiman lg..

Macam macam betul. Moga cepatla Aiman sembuh, boleh balik rumah, back to normal life. Biarla kena kemas rumah sentiasa dek semak mainan Aiman tu.. dari berkampung kat hospital ni..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Pearl Ward - room 559

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone