Monday, March 28, 2011

Tak semudah itu..

Ingatkan... bila dah tidokan Aiman, dapatla tido dengan tenang Rupanya lupa yang Aiman ni memang jenis yang bangun tengah malam nak nenen jugak Semalam lagi la, sampai 4x bangunnyer.. N sebab aku bertekad nak mulakan semalam, maka terpaksala dukung n dodoi sampai tertido semula.. Pastu, takmo dok dalam bilik.. nak kena turun bawah jugak Kali pertama sampai ketiga ok jugak.. sebab ngamuk, aku dukung bawk ke bawah, kasi minum susu dalam cawan, then dia tertido balik Kali keempat.. agaknya sebab dah nak pagi.. rengeknya pun lebih2.. Sampai sejam jugakla aku dodoikan dia.. Huhuhu.. dahla ngantuk.. asal nak letak je tersedar n nangis balik.. Finally.. berjaya jugak tidurkan Aiman.. Dan sekarang.. aku pulak yang mengantuk.. Camne nak teruskan lagi nieh? Aiman.. jangan lama2 tau biasakan diri.. Harap2 malam ni lebih baik penerimaan Aiman...

1st try

Hari ni ari pertama cuba kaedah baru Aiman macam paham cuma susah bila nak tidokan dia ni br Aiman tido setelah bwk Aiman masuk bilik untuk tdo dr kol 11.30 td 2-3 kali jugak turan bawah,naik atas semula layankan rengek Aiman nak tido Akhirnya pas mengamuk, dukung.. Tido jugak.. Semoga esok n hari seterusnya pun berjaya jugaklah.. Amin..

Friday, March 25, 2011

Di awal pagi 25 March 2011

2-3 hari ni, Aiman suka sangat bangun tengah2 malam. Kol 2 la.. kol 3 la.. kol 4 la.. biasanya bila bangun tu, bukannya bangun nak main pun. Tapi bangun nangis nak nenen.. b4 this, aku kasi minum air, ok je dia minum. Skarang, suma tolak tepi. Selagi tak dapat nenen, mesti menangis2 sampai duduk2 atas tilam. Pastu isap kejap, tertido.. then tersedar balik, nangis balik nak nenem. Biasa berterusan la sampai sejam jugak.. aku yang tensen sb sepanjang tu sure takleh tido. Dahla susu dah takde.. tp memang kesian tengok Aiman.. tp aku pun tensen jugak sb tak leh tido. Then mulala memikirkan hal2 yang menyalahkan diri sendiri sebab biarkan sangat Aiman terlalu bergantung pada bf aku..

Then.. sebab susu dah takde, bila dia tido balik, sure akan bangun awal pagi sebab dahaga n lapar. Biasa dia bangun, aku kasi minum susu thru cawan, dia minum je. Pagi ni, sibuk mintak nenen jugak. Bangun kol 6.15 pg plak tu! Aku pun tak solat subuh lagi. Malas nak layan kasi nenen, bawak turun bawah kasi susu.. tak nak jugak. Pastu menangis2.. last2 bukak biskut ngan air.. pastu pasang video kat phone. Barula nak dok diam. Tak abis2 ngan 'e a e a o' lagu Old Macdonald dia tuh..

Siap2 nak pi opis.. aku gorengkan roti then letak dalam pinggan kasi makan. Then dia nampak pulak air kotak strawberry yang aku konon2 kasi nak pujuk dia masa nangis2. Bukakkan, berebut ngan aku, sampai picit kotak.. terus memancut air habis kena baju.. pink pulak tu.. Aku lap2 apa yang patut.. tengok balik dah terbaring.. sambil tangan pegang roti plak tuh. Hihihi.. siannyer Aiman dah penat n ngantuk. Tu la.. sapa suruh bangun awal...


Aku kemas2 roti.. air.. pinggan n angkat barang masuk keta suma.. Datang balik tengok dah selamat tido dah Aiman. Sampai kat tangan nanny pun Aiman still tido lagi..

Susahnya la cabaran nak stop bf ni. Aritu mcm dah nak berjaya, Aiman cuma isap sikit b4 tido.. tu pun tak sampai 5 minit. Malam tido tak bangun dah.. tp napela 2-3 harini buat hal plak. Nampaknya kenala try kaedah letak asam jawa plak kot..


Tuesday, March 22, 2011

Trip to Kelantan 2011

Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba. Mana taknya, beli tiket murah dari bulan 11 aritu. Hari2 kejar K Milin bila tarikh kawin dia sebab nak beli tiket murah. Kitorg ramai2 turun Kelantan wekend haritu sempena K Milin kawin.

So hari Jumaat tu flight tengahari ke KB tp delay sampai pukul 4 lebih petang. Punyala lama tunggu... n sepatutnya delay sampai 5.50pm. Tapi sebab ramai wat bising n ada sorang Datuk ni kecoh2 jugak, siap tunjuk surat apa ntah.. maka dapatla naik cepat sikit kol 4 lebih. Sebab delay dekat 4 jam.. maka tak sempat nak pi tolong2 kat rumah K Milin. Sampai KB dah around kol 5.30pm, amik keta sewa suma.. then kitorg pegi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sementara menunggu Wani ngan Anan yang dijangka sampai dalam kol 7pm, diorg memang amik flight lambat sikit. First time jejak kaki ke PCB walaupun sebelum ni 2 tahun belajar kat Kelantan. Ombak besar, angin sedikit kuat n ramai jugak orang. Biasala hari minggu. Kitorg lepak tepi pantai sambil makan aiskrim.. Aiman asyik pandang atas tengok layang2 yang banyak orang main. Pastu kitorg makan seafood goreng celup tepung n terjumpa pulak orang jual satay ikan! Memang mengimbau kenangan masa dok kat Trg dulu lah. Sedap, makan sampai kenyang.. tp tak puas. Esoknya kena datang lagi sebelum balik KL.....

Lepas amik Wani kat airport, mula mencari Jalan Bayam, tempat homestay kitorg yang dah book awal2 lagi. Masuk jalan ni, kuar jalan tu, tak jumpa2 Jalan Bayam. Rasa mcm dah betul.. tp sebab banyak jalan sehala kat bandar KB nie, asyik tak dapat nak masuk Jalan Bayam. Last2 kitorg decide nak pegi terus rumah K Milin sb masa tu pun dah nak kol 8 lebih. Pengantin lelaki patut datang kol 8.30 malam untuk akad nikah. Belasahla kitorg suma pi majlis akad nikah pakai seluar jeans. Dengan muka minyak nyer.. tak mandi nyer... hehehehe.. buat bodo je la orang kampung pandang2.. Dinner kitorg nasi dagang kat rumah kenduri..


Dalam kol 10 lebih gerak cari homestay. Ni kak milin dah guide bagitau mana rumahnya yang takde la jauh mana pun dari rumah kak milin. Besar homestay nieh, n dekat jugak ngan bandar. Siap ada astro, aircond suma tempat, water heater. Letak2 barang.. terus keluar ke Wakaf Che Yeh pulak. First time pegi sana.. memang dah aim nak cari tudung. Seb baik Wani biasa datang maka Wani la jadi tour guide kitorg kat sini. Memang tak sangka.. besar giler kawasan dia, n memang berpusing2.. sempatla cari kasut baru untuk Aiman n aku jumpa tudung RM5!!!! Menjadi kepantangan kalu jumpa tudung murah tapi tak beli. Borong sampai 6 helai. Kata tuan kedai tu, dia lelong sebab nak clear stock. Tempat lain tudung ni paling murah bleh dapat RM15, tp banyak jual RM20. Anak tokey kedai ni siap main baring2 lagi atas longgokan tudung. Mentang2 la RM5 je selai. Takde rosak pun.. bawal no 1 lagi.. sulam banyak, batu banyak.. kotor pun tak. Cuma sayang, kitorg ni bukan bisnes minded.. kalu tak sure borong abis suma then jual kat kl RM15 selai pun dah untung banyak. Kat WCY ni banyak jugak orang jual tudung segera tu, cuma aku, wani n nurul memang tak pakai so takde pandang sangat. Murahla harga kalu banding ngan kl. Kain cotton pun murah2.. pendek kata, suma murahla.. Cuma duit je tak cukup banyak nak beli macam2. Hehehe.. dalam kol 1.30pagi gerak balik.. Aiman tido dalam keta. Sampai rumah dah jaga balik.. aktif main sampaila kol 3 pagi lebih. Aku nak monitor pun dah tak larat, seb baik wani ada dok main2 ngan dia.

Tudung2 yang kitorg borong... memang macam nak meniaga tp sebab murah, suma ni untuk kegunaan sendiri..

Pagi sabtu, bangun pun dah kol 8. Konon nak pegi Pasar Siti Khadijah (PSK) lepas subuh. Tido lambat punya pasal.. suma xbangun pagi tuh. Pas siap suma, kejutkan Aiman, mandikan dia, tapi nangis2 Aiman mengamuk. Agaknya dia ngantuk lagi.. nak tinggalkan dia ngan en suami, kang kalu aku balik lambat dia dah bangun n lapar.. tak de makanan pulak. Tu yang paksa jugak tu. Sekali lagi, pusing n pusing bandar KB, asyik tak nampak je PSK. Mau dekat 3-4 kali gakla lalu kot bulatan kat stadium tu.. Seb baik la bandar tak besar mana, so pusing2 pun kuar kat tempat yang sama. Sambil pusing2 tu.. start hujan pulak.. then Aiman pun tertido balik dalam keta. So kitorg decide balik rumah hantar Aiman n breakfast dulu kat rumah. Beli nasi kerabu n nasi berlauk depan rumah then makan. Banyak giler nasi.. tp murah giler!!!!


Pas sarapan, gerak pi PSK kali kedua. Tadi dah tanya kat mak cik jual breakfast tu, katanya PSK depan Parkson. Rupanya masa kitorg dok pusing2 tadi, lalu depan parkson n tak sangka PSK tu bahagian belakang Parkson yag kitorg lalu. Dulu masa skolah, kalu outing KB, selalu amik bas/teksi kat stesen teksi tepi PSK tu. Rupanya tempat tu dah ganti ngan bangunan Parkson yang sangat tinggi n besar tu. Patutla tak jumpa. Pastu lalu depan KFC n Pasaraya Pantai Timur yang dulu selalu pegi. Mengimbau kejap kenangan tumpahkan air kat KFC sebab terkejut terjumpa cikgu skolah aku yang hensem kat KFC tu jugak. Ngok tol.. hahahaha.. Best jugak sebab kebetulan sangat dapat parking dekat je ngan PSK. Then masuk je, terus kat area kuih2.. Sangat best!!! Rasa mcm nak beli suma je.. even tak beli suma, tapi banyak gak aku beli kuih. Dengan roti canai segera pun beli jugak.

Pastu shopping kat tingkat atas pasar, cari serunding then ole2 nak bawak balik. Pastu beli tudung kiriman orang n kaftan. Bleh kata murah n berbaloi la jugak. Dekat kol 12lebih baru sampai rumah.. Aiman dah bangun tp sangat behave ngan en suami. Biasala Aiman, bila ngan aku, lebih2 skit mengada dia. Terus kemas2, then pindah ke homestay yang lagi satu. Masih kepunyaan tuan yang sama tapi kecik skit, harga murah sikit sb malam karang aku dah balik. Tinggal 3 orang je yang akan stay lagi 1 malam kat KB. Rumah ni pun still kat Jalan Bayam gak. Pas letak barang suma.. terus pi umah kenduri. Gambo ngan pengantin ada.. tp kat kamera pengantin. Bila dah jadi mak budak ni, tak ingat dah nak amik gambo bagai. Asyik dok tengok mana anak pegi je.. Petang tu dari kenduri balik rumah, lepak2 rehat2 sambil tunggu petang skit ke PCB sekali lagi!

Kat PCB kitorg makan lagi seafood kat kedai yang sama. Alasannya pencicah kedai ni sangat sedap sampaikan sayang rasanya kalu pegi kedai lain n pencicah diorg tak sesedap kedai ni. Pilih sotong, udang, keropok lekor n lain2.. makan 5 orang, dekat RM50 jugakla termasuk air. Memang mahal sikit pun sebab sotong n udang besar2. Ni pun yang last2 tu dok tolak2 soh makan habiskan jugak suma. Pastu beli jugak satay ikan lagi. Makan sepuas puasnya. Masa makan ni Aiman penat, tertido so aku pun dapatla makan dengan aman.


Dah kenyang.. lepak tepi pantai melihat ombak. Hari ni orang tak seramai semalam, Aiman pun dah bangun. Aku kasi dia makan satay ikan tanpa kuah. Pastu syok betul dia main pasir n wani rajin melayan Aiman bawak dia main kat gigi air. Tapi tak basahla.. bila ombak datang terus angkat cepat2..

Balik dari PCB, ingatkan nak cari Nasi Kukus stadium yang menjadi sebutan ramai orang bila tau kitorg datang KB nieh. Kebetulan plak malam tu ada bola, punyala penuh area tu. Tersangkut jugak kitorg kat situ n xjadi cari nasi kukus sebab lama sangat stuck dalam jem. Terus pegi cari satu lagi kedai yang dulu masa aku datang kelantan kenduri Sal, ada jual nasi kerabu, nasi dagang n kuih2 tradisional kelantan. Even masih lagi kenyang makan kat PCB, rasa mcm rugi je kalu tak beli n rasa suma makanan tu. Hahaha.. melampau je kan.. tp ni jela peluang, bukan senang nak dapat rasa makanan yang murah n best camni.

Then balik rumah, siapkan beg suma. Terus pegi airport. Flight kitorg kol 10.30pm. Kat airport sementara plane sampai, aktif tol Aiman jalan2. Aku yang tak larat nak kejar n ikut dia. Tapi memang aku sengaja biarkan supaya dia penat, nanti dalam flight tido terus. Aku pun tido jugak sampaila ke Subang. Tak sedar pun masa bila diorg kasi air n makanan.

Wani balik hari ahad, Nurul plak balik hari isnin. Diorg pi Pengkalan Kubur plak hari ahad. Syoknyer... tp seb baik tak pegi sebab kalu aku pegi, sure lagi banyak borong. 2 hari 1 malam tu pun macam dah flat giler.. dengan penat jalan, tido malam tak cukup layankan Aiman, pagi plak bangun awal giler.
Sesapa yang nak pi jalan2 Kelantan.. memang merata2 ada homestay. Kotla berminat nak dok kat tempat yang kitorg ni, bolehla kontek Pesona Homestay 013-9202778. Rumah yang besar tu ada 3 bilik, 2 bilik ari, ruang tamu yang besar ngan ada beberapa xtra tilam. Yang ni RM200. Rumah satu lagi, rumah berkembar, 2 bilik, 1 bilik air. Water heater n astro takde, ruang tamu pun okla, xbesar mana. RM130. Kata tuan rumah tu, ada satu lagi rumah, harga RM100 je. Agaknya rumah yang sebelah rumah RM130 tu kot.
Akhir kata, Selamat Pengantin Baru buat K Milin n Hafiz. Semoga berkekalan ke akhir hayat..

Wednesday, March 16, 2011

Banyaknye keta dia..

Ni dia punya parking area. Penuh..

Area opis aku nie memang banyak kedai jual keta.. Suma keta mewah2. Ferrari.. Bently.. Porche.. banyakla.. Selalu je dpt cuci mata tengok keta mahal. Satu kedai ni memang betul2 sebelah opis.. Kira bangunan opis aku berkembar la ngan kedai dia. Yang tak bestnyer.. Banyaknyerla keta dia. Sampaikan jalan 3-4 lapis park keta2 dia. Ni mujur kedai dia hujung skali, so other side kosong n bleh parking. Cuma bila dah keta dia banyak.. awal2 lg letak kon oren kat jalan tak kasi orang parking. Pastu siap ala2 wat border area opis aku ngan dia. Macam xkasi org opis aku park kat area dia la. Sebab dia bukak kedai lambat, kitorg masuk opis awal so kitorg akan parking dulu. Tapi xpe je, kitorg xheran pun, lagipun mmg kawasan dia pun kan. Yang menimbulkan marahnyer.. Kalu keta2 dia.. Keta2 customer dia parking kat area opis kitorg.. boleh pulak! Siap block2 orang lagik. Huh.. Dah tau meniaga keta, kan senang sewa lot tanah kosong.. Kan besar area, xyah susah2 pasal parking. Opppssss... Keta2 ni mahal eh.. Xkelas la orang kaya pi beli keta kat kaw tanah kosong..

Ni kita punya parking area. Nampak keta2 yang double park blah kiri gambo? Haaa.. tu suma keta orang sebelah yang masuk area kita..


Hmmm.. Kekadang tu petang2 org test bawak keta besar n mahal lalu depan ni.. Mengaum je bunyi, sebab laju sangat sampai tak sempat nak nampak ketanya.. Cer kalu terlanggar keta yang park double tripple depan kedai sebelah.. Tak ke naya......

** Entri ditulis masa tengah tunggu fax document. Gambar aku amik dari tingkap kat tepi mesin fax.

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 15, 2011

17 bulan

Yey.. Aiman dah 17 bulan... setahun lima bulan..

Seronok? hehehe.. mestila seronok tengok Aiman membesar dengan happy n makin banyak idea2 dia..

Sekarang.. kerusi meja makan suma dah dibaringkan atas lantai. Kalu before this aku tindankan satu atas yang satu lagi.. bebaru ni dia dah pandai tolak kerusi yang tindan blah atas tu.. maka skarang.. suma kusi dibaringkan.. bila en suami nak makan kat meja, baru amik satu n bila dah siap makan, kena baringkan balik.

Aiman dah pandai cakap 'nak' dan 'tak nak'. Kalu tunjuk nak makanan ke, air ke.. kalu tak nak tu, memang akan kata tak nak lah. Senangla sb dah tau memang dia tak nakkan.. tp.. bila dah pandai cakap mcm ni, banyak pulak la songehnye sebab dah pandai pilih. Hahaha... Kalu air pun dah pandai cakap nak air or susu.

BF tak dapat stop fully lagi, tp skarang Aiman hanya akan minum bila nak tido je. Tengah malam plak, ikut nasib. Kekadang tu dia jaga, aku suapkan botol (minum ikut mulut botol susu.. bukan puting). Tapi kekadang dia tak nak so kenala kasi bf. Susu aku pun dah tak de, tp dia mcm saja je nak nyot nyot. Payah jugak cenggini, cuma bila dia penat sangat, kejap je la dia akan nyot nyot.. then bila dah tido, okla nak lepas pun. Skarang aku latih Aiman, bangun tido je minum susu yang aku sediakan kat tepi katil. Sebelum tido pun kasi jugak tp biasanya sebelum tido tu bergantung pada tahap dahaga dia la. Kalu nasib baik habis 4oz, kalu tak, 1 oz je pun jadila yek Aiman. Janji minum susu..

Kalu berak, pandai dah bagitau 'yak' ataupun dia cakap 'eeeee'. Hehehe.. start satu hari tu la, everytime dia berak, aku akan cakap eeeee sambil pegang pampers dia. Tapi.. kekadang tu pun, saja je Aiman cakap 'eee' sambil pegang pampers. Bila cek, tak de menda pun.. sajala tu seronok nak masuk bilik air.

Suka sangat kalu en suami main game. Mesti dari mana2 dia berada, akan cepat2 pegi duduk sebelah en suami. Siap jerit gol.. gol.. lagi. Pastu, macam semalam, en suami balik keje, Aiman tersedar dengar en suami masuk rumah, terus cepat2 pegi amik remote tv ngan joystick kasi kat en suami. Hahaha.. nak suruh main. Tahu pulak tu bezakan remote tv ngan remote astro..

Pantang dengar bunyi.. suka sangat nak mengajuk. Jalan2 pusing area taman kat rumah tu, dengar bunyi burung.. ajuk. Dengar siren polis yang sayup2.. pun ajuk jugak. Baru 3-4x dengar lagu Old Macdonald, dah pandai ikut 'e a e a o'....

Dah kenal bird.... cat.. tp cat selalunya dia sebut meow. Masuk Giant area sayur n buah pun.. pandai sebut buah..

Manja?? Hmmm.. memang manja. Xtaula manja sebab tau nanti akan dapat adik ke tak tp kalu kena dia punya mood manja tu.. memang tak leh buat apa2. Aku basuh pinggan pun sure sekuat hati akan tolak kaki aku dari bawah sinki. Sambil merengek2.. pastu bila dok depan.. relex je dia pegi main menda lain. Aku masuk dapur balik, merengek balik.. saja jer..

Pantang orang nak keluar, mesti nak ikut. Kalu tengok en suami pegang kunci.. cepat2 dia akan peluk kaki en suami sekuat2 nyer.. memang takde kasi can orang kuar la. Kalu ada orang datang rumah, memula sure akan malu or takmo dekat2 sangat ngan orang kan. Especially kalu lelaki.. tp.. bila orang tu nak balik.. ringan je dia benarkan diri diangkat untuk keluar...

Banyak lagi.. tp aku pun tak dapat nak pk suma. Apapun, Alhamdulillah membesar dengan sihat even semalam check kat kk, berat 7.4kg je... memang ringan betul Aiman ni. Ni gambar2 sekitar menunggu nak kena check kat kk semalam. Rasa mcm buang masa sangat sebab bukan pegi untuk cucuk pun. Nurse pun tanya sikit je.. biasala sibuk ramai orang kan..

Aiman bosan dok dalam stroller.. sibuk nak tolak stroller. Seb baik ada kawasan tepi yang takde orang lain. Sibuk jugak dia nak pegi kat baby2 n budak2 kecik yang lain. Beberapa cubaan untuk menarik rambut budak2 pompuan tapi sempat ditahan..

Menung jauh tengok orang main gelongsor. Aku tau.. dia memang teringin nak main tu. Sebab ahad pegi klinik, seronok dia main gelongsor. Tapi yang ni tak leh kasi la.. sebab ramai sangat budak besar main. Kang Aiman melayang kena tolak. Seb baik pintu masuk ke playground belah lain.. n memang aku tak bawak Aiman jalan dekat pintu masuk tu pun..

Penat dah jalan2 pusing.. letak dalam stroller plak. Ni sambil makan keropok n melihat awek comey kat sebelah. Kebetulan masa amik gambo muka sedih plak.. sedangkan sebelum n selepas ni senyum2 je.. Rasanya bukan muka sedih, muka ngantuk..

Yeah... my hero tido kepenatan. Tak mo dok atas car seat, nak dok atas aku. Seb baik masa tu dah kat area rumah mak, so dekat sangat dah ngan umah aku. Sedar2 tertido bersandar kat aku. Sampai rumah, sebab nak kena bukak mangga kat pagar, baringkan kat kusi dulu, turunkan seat. Tak sedar langsung dah.. penat sangat..

Monday, March 14, 2011

Kenduri Nasi Ayam

Hari sabtu weekend baru ni pegi kenduri x-budak opis. Kat Batu Caves tapi dalam2 punya kampung.. nak dekat Ulu Yam dah. Yang specialnyer kenduri ni ialah dia jamu NASI AYAM!!!

First time tau makan kenduri jamu nasi ayam. Selain nasi ayam dia jamu rojak buah ngan bubur kacang n agar2. Pastu air pulak air soya, air bandung, air mata kucing letak dalam balang orang wat meniaga tu. Pelik tapi best gak. Ayam nasi ayam tu ayam golek. Siap ada mesin masak ayam golek lagi tepi rumah n memang ayam yang tengah dimasak tu pun dok begolek2 lagi.. Sedap jugak tp sb aku skang tengah pantang ayam.. makan sikit je lah ayamnyer. Memang balik tu merah2 muka.. Tak amik la pulak gambo nasi ayam.. hehehe.. segan..

Seronok ramai tukang pegang Aiman masa aku makan.. Aiman plak baru je bangun tido.. so layan kan je lah.. telan je nasi2 yang aku suap..

Dah segar sikit.. perut pun dah kenyang.. ni dok sibuk joget dengar lagu DJ karaoke..

OTW balik rumah.. hujan start turun.. lebat la jugak. Singgah balik umah jap aku tukar baju.. then pegi The Curve cari seluar untuk en suami..

Kisah belon ni.. boleh pulak dia nampak sorang pakcik Jepun ni bawak belon anak dia, ada dua. Pastu Aiman lari ikut pakcik tu.. (aku kejar kat belakang sebab ingat dia jalan2 pusing situ) pastu berenti kat pakcik tu, tunjuk belon dia. Pakcik tu kasi satu.. dia amik.. then tunjuk lagi satu belon yang pakcik tu pegang! Hahaha.. orang dah kasi satu.. nak 2 pulak.. Last2 aku tinggal je belon ni kat kedai en suami beli seluar..

Orang sibuk test baju.. dia pun sibuk nak masuk fitting room. Tengok diri sendiri. Pastu kan.. ada 2 orang mamat negro ni tengah dok pilih2 baju. Aiman boleh lalu tepi dia, then berenti sebelah, pastu tangan nak pegang bulu kaki negro tu!!! Dia nak tarik!!! Serta merta aku tarik Aiman cepat2.. seb baik negro tu tak perasan.......

Aiman takde berkenan sangat nak naik menda ni pun, aku je yang beriya kasi dia naik. Bila dah naik.. syok pulak dia bawak. Tapi rasanya kalu kereta, lagi dia xcited nak main kot..

Balik rumah.. seronok sangat nak main kasut en suami. Siap marah mengamuk2 lagi bila dia gerak.. kasut tu tak gerak. Marah jugak sebab asyik tak masuk je kaki kat dalam kasut.....

Thursday, March 10, 2011

New Hair Cut

Aiman potong rambut lagi!!

Biasala, Aiman punya hair stylist kat Batu Pahat

Bila balik kampung baru berpeluang nak potong

Tapi sebab 2-3 bulan sekali baru potong, memang tak biasala Aiman n sure meraung punya..

Mari kita lihat apa yang terjadi..

Tengah tunggu giliran. Relex je main2.. rambut serabai dah.. memang wajib potong..

It's my turn! Dah ready, dok atas kusi.. bukak baju.. perasaan masih tenang.. seronok tengok muka sendiri kat cermin besar..

Baru bermula. Dia rasa geli.. asal mesin tu kena kepala je, dia pusingkan kepala ke kanan n ke kiri. Siap senget2kan badan lagi..

Dah 4-5 kali pusing2 kan kepala, mulala sesi tolak menolak mesin potong rambut ngan pakcik gunting rambut tu. Last2 Aiman dah tak tau nak wat apa.. nangis je la!!!! Makin lama makin kuar meraungnyer.. Aku boleh amik satu gambo je.. segan kat orang kat kedai tu. Adake anak tengah nangis, maknyer sibuk nak amik gambo pulak..

Dah siap.. ni dalam keta, tengah tunggu en suami beli air untuk Aiman wat upah baru lepas potong rambut. Tak nangis dah tp masih dalam mood nak mengamuk. Dahaga kot. Tapi rambut tak potong botak mcm sebelum ni. Sebab pakcik yang lain gunting rambut n pakcik ni kata.. lagi elok trim je. So bahagian belakang nampak la macam potong.. depan nampak makin pendek sikit je.. Apapun.. hensemmmmmm...

Ni Aiman bergaya. Tengah xcited sebab nak pegi makan kenduri. First time pakai baju lawa, kemeja kotak2. Sayangnye, otw ke kenduri yang kat JB (1-1/2 jam journey) Aiman kencing.. abis basah seluar. Bukan pampers yang bocor, tp kebetulan ada space masa Aiman kecing tu, keluarla kot tepi.. Kurus sangat anak aku yang sorang nieh. Ngan aku skali kena tempiasnyer. So terbatasla sikit aktiviti kat kenduri tu. Yela, Aiman bolehla tukar baju, tapi aku ni manala terpikir nak bawak baju spare. Nak pi jalan2 kat JB pun tak jadi sebab kena balik rumah cepat nak kena salin baju n solat...

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 4, 2011

Ice Room KD

Aiman pun tolong pilihkan menu jugak..


Semalam dinner kat Ice Room, restoran ni bertentang ngan Sekinchan Ikan Bakar n entrance ke Gian Kota Damansara. Ingatkan jual aiskrim je, rupanya makan2 lain pun ada. Ada western, dessert mcm kek, mushroom soup, roti2 bakar n kukus, nasi goreng, nasi lemak, mee2, kanji pun ada.. mcm2 la pilihan. Tapi yang menjadi perhatian kat cni sure la aiskrim dia kan. Aiskrim dia mcm2 perisa yang pelik, ada yang kaler hitam, jenis2 buah, kacang. Pastu plak tekstur aiskrim mcm ais yang disagat. Unik la jugak..




Menu dia.. ni gambar2 jenis aiskrim yang diorg ada. Memang tengok aiskrim tu, rasa mcm nak order suma jek..




Harga plak standard mcm kopitiam la. Aiskrim tu pun around rm8 tp banyak. Siap bleh tapau, dia letak dalam bekas besar. Cuma yang tak best, pekerja dia banyak org luar. Yang serve kitorg semalam, bangla sorang, n lg 2 org pompuan mcm dari kemboja n myanmar. Paham sikit2 je. Bila aku bgtau kanji xsampai lg, dia pi tambah 1lg kanji kat bil kitorg. Dah sampai 2 kanji, tp yg second tu kitorg reject, kata order 1 je. Then mintak tisu tebal, abis suma tisu atas meja dia kutip. Dia ingat aku soh kutip suma tisu! Bila nak bayar, bagitau balik pasal bil yang ada 2 kanji, lama gak nak terang kasi dia paham. Siap tanya pulak lg lepas dah paham tu, xnak bungkus ke? Hahaha.. Dahla jadi 3x, dgn 3 pelayan yg berbeza. Beriya aku tunggu pelayan lain lalu sb xmo dah ngan pelayan sblmnyer, sekali suma pelayan dia xpaham sangat apa kita cakap.



Burrpppp... dalam mangkuk hitam tu kanji Aiman, mee aku yang tinggal sikit sebab gatai pi bubuh sos thounsand island, terus tak lalu nak abiskan.. en suami punya kat belakang, tinggal fries je ngan aiskrim dalam bekas hijau..





Seb baik Aiman behave je, even terpaksa kejutkan dia dari tido sebab nak kuar. Sedap je makan kanji ayam, almost separuh mangkuk jugakla. En suami order fish n chip, aku plak mee sechuan. So far okla, tp bila bawak anak makan luar, lepas anak abis makan baru mak makan. Masa tu pun dah sejuk mee aku. Seb baikla aku xberkira sangat makan makanan sejuk. Then order air puree buah naga. Aiman pun suka, laju je dia sedut air thru straw. En suami plak order aiskrim strawberry, aku n Aiman rasala dlm beberapa suap. Okla cuma manis gravy aiskrim tu so aku kasi Aiman sikit je.
Aiman dah kenyang.. sibuk tengok baby girl kat belakang tu...




Kesimpulan, ok gak la kedai ni. Sekali sekala nak rasa makan tempat2 ala2 cool gitu, or lepak2 makan aiskrim, sesuai datang cni.

Wednesday, March 2, 2011

Cemana boleh lupa nieh...

Pagi tadi kuar rumah lambat sikit
Dah terbangun lambat, Aiman plak, elok aku abis semayang dia pun bangun
Susahla sikit bila dia dah bangun, aktiviti nak masak bubur n mandi pun kena tunggu sampai mood dia ok baru boleh buat
Then siap suma... terussss ke rumah nanny Aiman
Sampai tu, kebetulan husband nanny Aiman ada kat luar, so dia pun kuar ke pagar then senyum2 tengok Aiman dalam keta
Aku terus kuar, amik beg kat belakang sambil tanya husband tok wan..
Aku : "Tak keje ke hari ni?"
Husband Tok Wan : Eh... tak tahu ke? Kami nak pegi Langkawi..
Aku : Langkawi? Bila?
Husband Tok Wan : 3 hari pegi.. mak cik jun tak bagitahu ke?
Aku : Eh.. semalam takde cakap apa2 pun... bila nak pegi?
Husband Tok Wan : Kejap lagi.. naik flight. Mak cik jun lupa la kot bagitau..
Aku tetiba teringat lama dah penah nanny Aiman bagitau dia nak pegi Langkawi hantar orang kawin 2-4 March nanti..
Arghhh.. tak ingat langsung.. n even arini 2 hb pun aku tak teringat
Terus simpan balik beg then ckp ada nanny Aiman bagitau tp lupa langsung pasal ni
Masuk keta, terus call mak sebab masa lalu depan rumah mak tadi, tengok kereta takde
Rupanya mak pegi breakfast ngan kawan2 kat area Segi Kolej
So singgah rumah mak hantar beg baju Aiman, then ke restoran tempat mak breakfast anto Aiman kat mak
Seb baik hari ni kebetulan mak takde tuisyen, tak de la susah nak pk sapa nak jaga Aiman bila mak pegi mengajar
Untuk esok, rasanya Ayah Cik Aiman kot kena jadi pengasuh nieh...