Tuesday, June 30, 2009

Buah oh buah..

Seronoknya sekarang musim buah.. last weekend balik Batu Pahat, and my SIL pun balik jugak. Penuh la rumah n PIL of my SIL ni ada ladang buah naga n ciku. So dia pun bawak balik.. banyak giler. Buah naga ni kan mahal, selalu kalu nampak, teringin tp tak beli sb rasa berkira nak bayar. Pastu, last 2 weeks pi calibration kat Lukut, adala 2-3 gerai jual buah naga tepi jalan tp tak beli sb customer (yang kitorg pi wat keje kat Lukut tu), kawasan tu dulu tempat penternakan babi. Terus tak jadi nak beli buah naga. Luckily, masa balik kampung tu, my SIL bawak sangat banyak buah naga. Sampai tak lalu nak makan.. n masih ada balance. Siap my MIL kasi bekal utk bawak balik kl dalam 5 biji..
Buah ciku pun ada skali. Tapi tak cukup masak lagi. Masih kena simpan dalam beras untuk kasi cepat masak. Dapat dah makan sebiji.. sangat manissss... rasanya lagi 2-3 hari.. masakla ciku2 yang lain nieh..
Selalunya, kalu balik dari BP ke KL, mesti bertolak lepas dinner. Selalu teringin nak singgah beli buah2an especially pisang tanduk. Tapi masa melalui gerai buah kat tepi jalan, suma dah tutup. Tengok je la buah2 yang ada di sebalik pagar gerai buah tu. Hehehe.. tp balik KL kali ni, berkesempatan singgah beli buah sebab balik petang. Plan asalnya nak beli pisang tanduk je. Kalu ikutkan my FIL, dia cakap.. " nape tak cakap awal2, bleh belikan kat pasar pagi tadi..". Segan nak cakap awal2, kang susahkan orang plak membeli buah. Bila dah sampai kat gerai buah tu.. jangan kata pisang tanduk.. aku borong cempedak and buah manggis sekali.
Wanginya cempedak menemani aku sepanjang jalan ke KL. Pagi tadi bangun, aku tido bilik atas, bleh bau cempedak kat dapur! Mak pun terus goreng sikit pagi tadi sb tak tahan bau wangi sangat. Masuk keta nak pi keje pagi ni.. keta pun bau cempedak gak. Huhuhu.. kena jemur keta nampaknya, sebelum en suami balik KL dan dapat mengesan keretanya ada bau cempedak. Aritu dia pesan dah.. jangan ngada2 nak beli durian, kang abis bau keta. Aku beli cempedak, memang bau tak sekuat n lagi sedap dari durian baunya.. tp still bau gak keta tu.
Manggis pun sedap. Manis je. Aku makan sampai kenyang la. Rasa puas sangat, tp kalu pasni ada lagi manggis, aku makan je. Hahaha.. durian dah makan dekat 10 ulas masa kat BP aritu, lupa plak nak amik gambo.
Weekend baru ni, ayah pi KT, check mata. Biasala hospital kerajaan, bertahun kena queue utk jumpa doktor. So ayah beli keropok lekor sampai RM30!! Best giler.. kopok losong plak tuh..
Tak sabar nak balik petang ni. Nak makan kopok lekor, cempedak goreng dan jugak pisang tanduk goreng. =)
** aku menyampah dah dok opis arini. Orang tak ramai, tepon plak asyik bunyi. Pastu.. orang2 lain suma wat bodo je bila tepon bunyi. Aku ni, dah 4 tahun keje.. tak de berkira pun tolong angkatkan phone.. tp skarang, aku merungut ah kat cni. Patutnya, sama2 la tolong menolong. Menyampah aku bila tengok orang lain boleh buat bodo je dengar tepon tu bunyi banyak2 kali.. huh..

Wednesday, June 24, 2009

Baru rabu..

Baru rabu??? Tertekan tol bila bangun pagi nieh. Rasa mcm lambat sangat minggu ni berlalu. Macam dah lama sangat aku abiskan hari2 aku pegi opis, dok wat keje kat opis, rupa2nya.. baru rabu? Dekat 15 minit jugakla aku amik masa atas katil pagi ni utk mendapatkan kekuatan untuk pegi keje.
Seperti biasa, sebelum mandi, aku akan pakai contact lense aku dulu. Tadi bukak bekas lense tu, terus aku basuh. Pastu baru teringat, lense tak pakai lagi!!!! Kenapa dah basuh bekas??? Huhuhu.. aduhla.. memang sangat mamai. Sempat selamatkan sebelah je, lagi sebelah dah selamat masuk dalam lubang sink. Dahla lense aku tinggal lagi sepasang. Kalu beli baru, kena order dulu, 2 minggu baru dapat. So skarang, pakai lense baru, kena jaga betul2 sementara tunggu lense baru sampai.
Hai lah.. ada ada aja kisah aku pagi2 sepanjang minggu nieh. Cepatla weekend!!!

Monday, June 22, 2009

Oppsss..

Biasala pagi2, aku akan makan kurma. Pagi ni, bila nak kuar baru amik kurma sebiji masuk mulut. Then elok abis kunci pintu n grill rumah, kurma pun dah abis dimakan. Aku nak buang biji nyer.. sebab biji je, so aku nak baling je la dari atas rumah aku (tingkat 3). Aku tengok bawah dulu, clear, memang takde org. Lagipun ni kawasan tengah, memang org jarang jalan2 pun. So aku baling je la..
Sekali.. masuk kat dalam gelas tokong cina umah paling bawah sekali!!!!! Bunyi kelenting.. sb dia pakai gelas kaca. Seb baik gelas tak pecah. Oppsss...

Friday, June 19, 2009

Finally friday..

It's friday tanpa kusedari!! Seronok sebab weekend is just around the corner. Ada banyak cerita nak update kat blog tp tak jumpa card reader nak upload gambar. This week sangat busy ngan ERP matters kat HQ. ERP ni new system yang baru nak develope utk company kitorg. Hai la.. company besar2 pakai.. kitorg company yang kecik ni pun sibuk nak pakai jugak. Dahla bukan murah regenye. Tp, biasala, sapala kita ni kan, kuli je. Bos nak buat system ni, maka jadila. Lagipun duit company jugak. Harap2 system ni dapat menyenangkan keje kitorg la.. bukan menyusahkan.
Hari2 dah gerak ke HQ kat Shah Alam since monday. Seb baik tak penah lagi sangkut dalam jem. NKVE selalu jugak jem/slow trafik kalu pepagi dari Damansara ke Subang, and lepas tol Subang tu pun selalu gak jem. Tp maybe aku pi HQ pun dah lepas waktu org masuk keje, so jalan pun dah tak banyak keta sangat.
Seronok ke meeting ERP nieh? Emm.. pada aku, okla. Sepanjang meeting tu tak sempat pun nak bosan or ngantuk. Hehehe.. ni memang pelik bin ajaib sebab aku memang jenis yang tak tahan sangat kalu meeting lama2. Tapi maybe perkara yang dibincangkan tu sangat kena mengena ngan keje2 aku, so aku bleh kata aktif la jugak memberi idea and komen. Sambil2 tu, laptop on je.. so tengok2 jugakla email n ber'psi' ngan budak2 yang kat opis.
Sepanjang 4 hari kat HQ, aku lunch kat pentri opis je. Sekali ngan budak2 HQ yang lain. Suma tapau nasi bungkus yang bukak gerai berdekatan ngan HQ. Antara sebab aku join diorg, parking kat HQ sangat susah nak dapat. So bila dah ada parking, nanti kalu kuar lunch, susah pulak nak dapat parking bila balik. Jadi aku jalan kaki je pi beli lauk n makan ngan org2 kat HQ. Tp best sb suma makanan dia murah2. Aku makan nasi dengan lauk (ikan/ayam) then sayur, paling mahal kena charge pun RM3. Memang menjimatkan, lauk pun sedap2 n banyak pilihan.
Cuma, bila dah hari2 travel pegi balik ke Glenmarie dari Sri Damansara, mesti rasa penah lebih dari biasa. Camne la nanti bila pindah opis ke Glenmarie. Bila nak pindah tak sure, tapi bangunannya dah ada, tengah renovate skarang. Mesti masa tu, balik umah je terus baring. Nak plak, bila ada anak.. aduh.. aduh.. terpikir gak kawan2 yang hari2 berulang alik dari umah ke tempat keje yang banyak. Pastu plak dengan anak n kemas rumah. Owh..
Actually banyak yang berlaku minggu ni. Tp tak daya rasanya nak citer suma. Apapun, i hope everything will be just fine very soon..

** weekend ni nak rehat je. malas nak pi memana. takde plan nak pi memana pun. katil menungguku..

Tuesday, June 16, 2009

Adil.. tak adil..

Allah memang adil, Dia sentiasa adil ngan kita hamba-Nya
yang tak adil.. ialah kita, manusia sendiri..

Sebab mementingkan diri sendiri.. org jadi tak adil
even orang yang tak adil ni bukan peduli pun pasal dosa pahala, syurga neraka..
yang pastinya, aku akan sentiasa mendoakan dia mendapat balasannya
dan orang yang teraniaya pastinya akan mendapat sesuatu yang lebih baik di suatu masa nanti
kerana walaupun manusia tak adil.. Allah tetap adil..
insyaAllah, masanya pasti tiba
jadi, kita sebagai hamba, bersabar, n banyakkan berdoa
peace...

Monday, June 8, 2009

Eh.. ada butang rupanya

Perut dah makin besar
Seluar pun dah tak muat
Last week jumpa nurse, kena sound baekkk punya..
Katanya, kalu ibu tak selesa pakai seluar, anak kat dalam pun tak selesa
Aku serba salah menjawab.. eh.. saya dah beli seluar, cuma besar sangat.. longgar..

Hehehe.. memang betul pun. Aku dah penah 2 kali rasanya test nak pakai seluar baru khusus utk ibu mengandung. Tp longgar kat pinggang. Bahagian lain memang masuk elok je. Baru dok siap2 pi keje, dah rasa macam nak terlondeh je seluar. Terus tukar balik pakai seluar biasa. Petang balik dari klinik tu, aku sembang2 ngan Azr.. barula aku tau rupanya ada butang kat seluar tu. Bleh ekjas ikut keselesaan n kebesaran pinggang and perut! Hahaha.. Baru tau.. dan sekarang.. dah selesa dah pakai seluar..

Sengal tolla (kata utk diri sendiri..)

Jangan Pandang Belakang Congkak

Hihihihihihihihihihi... (x citer lagi dah gelak..)
Kelakar citer ni. Kalu b4 ni, betapa best pun citer melayu tu, konfem aku tak pi tgk. Tp agaknya kerap sangat kot tunjuk the making of.. citer ni kat tv, n buat aku teruja plak nak tengok. Aku ni dahla tak suka sangat tengok citer hantu. Rasanya masa kat um dulu, selalu gak tengok wayang citer hantu ngan Kausar. Sampaila tengok citer Tales of Two Sister, yang tak paham langsung citer dia and buatkan aku sakit kepala bila kuar panggung, terus tak tengok dah any citer hantu. Even ni citer kelakar, tp hantunya (selain dari hantu kelakar 3 ekor tu..) yang sekali sekala kuar, mengejutkan jugak.
Wayang penuh, tp ramai budak2 n family. Mungkin cuti skolah jugak kot. Tengah tengok dlm 20 minit lepas start, tetiba ada org tegur aku. Rupanya aku dok kat seat dia! Kelam kabut cari tiket balik. Seat aku kat satu row belakang! Hehehe.. tp kitorg tak bangun pun, suruh je couple tu dok kat seat kitorg. Seb baik memang seat paling tepi. Tp memang enjoy la tengok citer ni. Ada sorang minah dlm wayang tu, asyik gelak je.. masa tak lawak pun dia gelak jugak. Sampai kitorg pun jadi konfius, apala yang dia gelakkan. Ada sorang minah lain pulak, jadi tukang cerita. Ala, setakat tengok preview kat tv, aku pun tengok. Sibuk citer kat org sebelah dia agaknya. Kuat plak tu. Hampeh je.. Seb baik mula2 je dia sibuk citer, pastu dah diam. Ada orang sound dia kot.
So.. sesapa yang tertekan, bleh la tengok citer ni. Konfem puas korang gelak! =)

Friday, June 5, 2009

Ahh.. nak pengsan

Ahh..nak pengsan dah aku. Delivery of 36" SOF.. it suppose to be delivered on June 09, then delay for 1 month to 22 July 09, then delayed again to 21 August 2009. Suddently, this morning.. we receive an email saying it reschedule again to 7 October 2009!!!!!
Matila..
Abisla..
Yang kena jumpa customer.. aku jugak..
Yang kena update ngan customer.. aku jugak..
Yang kena dengar customer marah.. aku jugak..
Dahla based on customer, platform patut siap by August 09. Kalu barang pun akan deliver October, camne nak siapkan August???? Abisla..
My boss pun dah tak tau nak cakap apa.. Aku sendiri pun dah tak terkata apa..

Wednesday, June 3, 2009

Kanak kanak

Pagi tadi, otw pegi keje, aku terserempak ngan sorang budak buang sampah. Masa tengok budak tu, teringat, 'owh.. skarang cuti skolah, mesti mak dia suruh pi buang sampah ni'. Then aku jalan lagi, nampak budak tadi lari2 ke playground. Kat sana aku nampak lagi ramai budak2 tengok dok main2. Best nye jadi budak2 kan especially masa cuti skolah. Boleh main suka2 hati.. pastu sekali2 balik kampung or ayah bawak jalan2 makan angin. Best jugak kalu jadi budak2 sampai bila2.
Tapi.. tu memang mustahil lah.. Aku.. jangan kata budak2.. remaja pun dah lepas. Kawin pun sudah. Hidup dah sangat lain. And need to be prepared utk menjaga budak2 n menjadi mak budak pulak. Pagi tadi plak, masa tengah siap2 nak pegi keje, tengok keadaan rumah aku yang sangat bersepah. Aduhla.. aku ni malas sangat ke? Rumah tak bersapu, baju sangat banyak tak basuh (balik kampung, baju pun bertimbun. Sb rumah apartment type, takleh nak sekali basuh banyak sb space limited). Tak dapat bayang camne hidup aku bila ada anak nanti.. jeles tengok org lain yang hidup dengan baik and teratur je (dari luaran la aku nampak, hakikatnya aku pun tak tau.. hehe). Owh... bestnya jadi budak2... =) =)

Tuesday, June 2, 2009

Balik kampung ke SP

Memang seronok balik kampung. Ni first time aku n en suami balik kampung aku kat Sg Petani. Kebetulan ada wedding sepupu mak, so sambil pi kenduri, bleh la jumpa sedara2 yang ada. Kitorg gerak balik ke SP around 10.30pm dari kl, sb attend wedding kawan en suami dulu kat Dewan Perdana Felda. First time pi kenduri kat dewan tp tak tahan, lambat sangat nak tunggu boleh makan. Kitorg datang kol 8, dalam kol 9 baru pengantin sampai. Tepung tawar la, tarian la, silat la.. so around 9.30 baru makan. Lapar giler.... seb baikla ada dia letak kerepek kat meja tu. Dapatla mengalas perut, tp tu pun, sblm pengantin sampai lagi dah abis satu bekas kerepek. Jemputannya ramai, tp kat area kitorg duduk tu tak ramai sangat. Meja kitorg yg suppose utk 10 org, kitorang dok berdua je. Yum..yum.. memang sedapla melantak. Tp baru nak stat makan, dalam satu group dlm 4 org baru sampai join kitorg. Terus kitorg tetiba jadi sopan n diam je masa makan tu. Sedap makanan dia, tp perut pun dah masuk angin, makan pun tak banyak sangat. Elok lepas makan je, terus kitorg cabut. Keluar pun ikut pintu ke toilet. Menyusup keluar. Tak larat dah nak tunggu, lagipun nak drive balik ke SP lagi. Aritu, kitorg sampai SP dlm kol 3 pagi. Tak bawak laju sangat pun sb kereta banyak jugak (tp tak jem lah) and ada la dalam 4 eksiden bila masuk Pulau Pinang. Seb baik eksiden yang libatkan keta je.. tak nampak la org dalam kesakitan.
Esoknya.. memang sedapla kitorg tido. Bila bangun, siap2 pegi kenduri. Ramai jugakla jumpa sedara mara. Tapi aku takla tegur. Yang mana mak ngan mak tok salam, aku pun ikut jugak salam. Lama gak melepak kat sini, n tak sangka mak jumpa kawan lama dia kat Terengganu dulu. Makcik ni dok umah tepi laut, n aku ingat masa kecik2 selalu pi mandi laut kat rumah dia. Mak makcik ni kawan mak tok. Hehehe.. memang berkait2.. Ni pokok durian yang sangat rendah, rasa boleh petik je buah durian. Letaknya kat halaman rumah kenduri je. Lepas pi kenduri, pi rumah maktih kat Laguna Merbuk. Ni first time datang rumah maktih. Lepak2 je.. Malamnya plak.. pi makan Mi Rebus Sg Dua!! Tapi bukan di Sg Dua, kat area jam besar kat SP je. Tp mi rebusnya tetap best. Tempoh menunggu je lama skit, tp biasala.. memang ramai org pun masa tu. Lupa nak amik gambar. Dah lapar sangat n asyik mendengar makteh citer pasal nak murid dia yang kena rasuk pastu jadi bomoh menolong budak2 lain yang kena rasuk.
Ahad.. konon nak pi Pasar Minggu.. nak cari kuih peneram. Tp sebab bangun pun dah lambat, panas dah. Hehehe.. tp yang best, breakfast nasi lemak mak tok!! Yum..yum.. ni memang faveret aku. Special request mintak maktok buatkan nasi lemak.
NASI LEMAK MAK TOK
Lunch plak kat rumah mak tih. Sempat singgah beli Susu Segar dari Jabatan Haiwan. Walaupun yang tinggal hanyala perisa jagung.. aku tetap borong banyak sb aku n en suami sangat suka ngan susu segar nieh.Mak tih masak lauk ketam goreng, ketam masak lemak, kari ikan n sambal belacan kuinin. Pergghhhh.. memang makan banyak tak ingat punyalah. Makteh senang dapat ketam, n murah pulak tu. Ketam suma besar2. B4 pi umah maktih, ingat dah nak amik gambo, tp bila dah nampak makanan.. terus tak ingat dah. Yang pastinya.. sedap...
Dah kenyang, balik rumah, siap2.. dalam kol 8 baru gerak balik KL. Tapi, sblm balik, maktok sempat buatkan cekodok. Maktok satu2 nya org yang mana cekodoknya bulat yang betul2 bulat. Bukan sebab letak serbuk penaik ya. Ni kena ada teknik menggoreng yang betul, baru jadi bulat. Plan nak gerak lewat petang tapi alang2 dah lambat, lepas maghrib baru gerak. Tp ni bukan idea yang baik sb en suami tak biasa jalan2 ke kedah ni. Dia merasakan perjalanan yang sangat jauh n penat. Aku relex je.. ye la, namapun kampung aku kan. Kitorg sampai KL kol 1 pagi. Even selalu jugak sampai KL around this time kalu balik dari BP, tp sb sp lebih jauh, terasala penatnya. Takpe la, next time kita gerak balik awal skit ye.

Pagi isnin... malasnya nak pegi keje!!! Kol 10 baru masuk opis.. =P

** ENTRI NI KHUSUS BUAT CIK, HANISAH N DILAH.. MMG SENGAJA NAK JELESKAN KORANG..

Welcome to the world!

Hari jumaat aritu, lepas lunch pi lawat baby Faz. Faz ni ex-housemate aku b4 dia kawin dulu. Sebelum ni dia berpantang kat kampung so ni baru first time tengok baby dia. Dari luar lagi dah dengar bunyi baby nangis. Kuat betul.. sebab dia ngantuk dah masa tu. Tapi sempatla tengok dia berjaga. Pastu Faz dah tidurkan dia. So cute.. namanya Ahmad Faid.

Dapatla dengar sedikit sebanyak pengalaman Faz bersalin kat hospital kerajaan. Dengan kena marahnya sb datang awal dengan air ketuban kuar tak banyak, pastu sebab bersalin bedah, doktor terlebih letak bius pulak.. sampai sesak nafas n even masa doktor bedah tu pun, bleh rasa sakit jugak. Huhuhu.. nasihat Faz.. kalu ada duit tu, or cuba2 la kumpul duit utk bersalin kat swasta. Memangla nasib kita jugak either kerajaan or swasta tp rasanya, layanan hospital swasta tu much much better dari kerajaan. Emm... i guess i also agreed with this statement.