Friday, April 24, 2009

Kita hanyalah insan..

Manusia ni macam2 kan? Ada manusia yang selalu lupa apa yang dia penah cakap. Lepas tu, bila ada salah, salahkan org. Tak ingat yang dulu, dia jugak yang suruh buat macam tu. Tak nak ngaku pulak tu yang dulu dia ckp macam tu. Kalu mengaku pastu ckp sekarang tak leh buat mcm tu, tak pe jugak. Ni bukan tak ngaku, rasanya memang lupa langsung. Or maybe buat2 lupa. Tapi.. dah banyak kali aku kena, memula cakap ok, pastu, bila jadi apa2, salahkan kita nape wat camtu. Dahtu, aritu kata ok.. kita ikut je lah!

Malas nak ungkit yang satu masa dahulu, dia jugak yang cakap camtu. Kang tak pasal2 lagi keroh keadaan. Dari dulu.. dari memula keje lagi.. sampaila sekarang. Perkara ni lah yang asyik terjadi dlm hidupku. Bukan dari seorang.. tp memang ramai org suka buat mcm tu. Mentang2 la dia lagi besar dari kita, lagi berpengaruh, lagi tinggi n kita memang kena ikut cakap dia. Dah kalu gitu pun, tak bermakna suma yang dia cakap tu betul..

Aku pun selalu buat camtu gak ke kat org? Huhuhu.. janganla aku pun wat camtu kat org..sedihnya rasa bila kena marah sb benda yang kita buat sb ikut cakap org. Dimarahi oleh org yang suruh kita buat pulak tu. Itula.. manusia memang mudah lupa.

Petang jumaat yang tak best.. langsung. Biasanya ari jumaat ni sangat teruja nak balik, sebab ada 2 hari cuti pasni. Skarang, nak wat keje pun tak de mood. Sini je lah tempat meluahkan perasaan. Kalu aku citer kat org skarang.. konfem mengalir dah air mata nieh.. huhuhu..

Sarapan apa..

Sekarang ni.. rajin sungguh aku buat breakfast. Asal ada nasi lebih je.. paginya adala nasi goreng utk breakfast. Orang yang menjadi mangsa utk makan nasi goreng aku adalah Peah. Sampai bukak internet tengok apa lagi jenis2 nasi goreng yang biasa org buat.

Demam breakfast bermula minggu lepas.. selasa sampai jumaat.. setiap pagi masak. Bermula dengan nasi goreng ikan bilis, nasi goreng serai, nasi goreng sosej, bihun goreng singapore. Huhuhu.. bihun goreng singapore sangat tak best, sb tak pedas langsung. Aku pun ngok jugak, ikut resepi direct, tu yang terus jadi tak pedas. Pasni kalu nak wat bihun, tak mo dah bihun goreng singapore.

Minggu ni.. "nasi goreng ikan goreng semalam". Hahaha.. best tak nama dia? Ni mak tih rasanya yang kasi nama ni. Mak, mak tih, mak tok memang selalu wat nasi goreng ni. Mak tih penah citer, dia bawak nasi goreng ni pi skolah dia, cikgu2 skolah dia kata tak penah tau pasal nasi goreng ni. (kalu salah.. sila betulkan ye mak tih). Guna ikan goreng lebihan semalam sebagai lauk utk nasi goreng tuh. Agaknya memang family kitorg je la kot yang selalu buat nasi goreng nieh. Sebab selalu ada ikan goreng lebih! Apapun.. rindunya rasa nak makan masakan mak tih.. nasi lemak mak tok.. huhuhu.. bila nak balik kedah nieh..

Tuesday, April 21, 2009

Suatu petang..

Seronoknya di petang itu.. makan keropok lekor dari Kuala Terengganu!!!! Perghhhh.. memang tak terkata nikmat sedapnya. Naim pegi KT, ada hal apa ntah kat skolah dia n dia bawak balik keropok ni. Seb baik jugak petang tu pi amik album kat umah mak kat kota, mak bekalkan sikit keropok ni. Sosnya.. keropoknya yang manis ikan n lembut. Memang mengimbas kenangan masa dok kat Terengganu dulu. My second house kat Losong Haji Su, memang kawasan keropok lekor. Sepanjang jalan tu, rasanya ada lebih dari 10 kedai. Petang2 selalu naik basikal pegi beli keropok 50sen, masa tu sebatang 10sen je.. panjang pulak tu. Beli keropok, makan sorang2. Hehehehe.. teringat jugak, bila dah keje kat kl, balik kt, selalu beli keropok dari Seberang Takir kat Pasar Payang. Beli yang besar2, yang satu RM1. Ni pun sedap jugak. Kalu malas sangat nak kuar, tunggu pak cik jual kuih naik motor datang, dia pun bawak kopok lekor Seberang Takir. Tak puas rasanya makan kopok lekor nieh. Yum.. yum.. yum.. takkan penah sama ngan keropok di KL, Dungun or Kuala Kemaman.
Ni plak popia inti otak2. Sedap jugak n Izwan suka giler. Ni beli yang frozen punya, emmm.. nak kata mahal, dlm 40seketul. Standard beli kuih tepi jalan pagi2 la. Aku makan 2 pun dah rasa kenyang giler. Dah jadi macam kemestian kena beli every week kat Pasar Tani Kota Damansara. Okla, another alternative minum petang selain nuget. =)

Friday, April 17, 2009

Kisah Batu Kechil

Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada kawan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.

Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.

Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas.

Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...

Tuhan kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Tuhan melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.

Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Tuhan sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

** dapat email cerita ni dari Nanin.. n tersentuh plak rasa. Sajala nak kongsi kat sini.. tak terbayang jugak camne la kalu 'batu besar' yang dijatuhkan kan.. huhuhu..

Wednesday, April 15, 2009

La..la..la.. kerja..

Di zaman kemelesetan ekonomi nie.. selain daripada pekerja sesetengah company terjejas, kena berenti la, kena amik cuti terpaksa sb kilang shutdown lah.. luckily my company tak buat suma tu (taktau la lepas ni kan). Cuma increament je takde. Takpelah.. at least, masih ada tempat untuk mencari rezeki.. n masih dapat gaji bulan2. Yang terasanya.. bisnes memang kurang. Sales bulan ni.. huhuhu.. menjunam giler giler. Inquiry yang masuk pun tak banyak. Kira kekadang tu, datang keje adala sejam tu dok pk dulu nak buat apa. Ai.. ada keje banyak pun susah, takde keje langsung pun susah. Yela, my job based on customer's enquiry and order. So apa yang aku buat skarang adalah mengejar delivery dengan factory. Sampaikan ada org menegur.. "Wah Amirah, ayat dalam email skarang memang dah keras skit ye..". Hahaha.. memangla, dulu sibuk mcm2 keje, tak sempat nak chase delivery, kalu ada delay pun, setuju je la. Skarang.. dah tak busy sangat, memang setiap order di monitor very closely lah. =)
Gambar kat atas ni ataslah gambar terbaru my workplace. Memang tak nampak meja!! Dah 2 hari.. sbnrnya nak clearkan apa2 yg tak patut ada kat meja. Skang ni in the middle of compiling final documentation. Barang tak deliver lagi.. saja wat in advance. Tapi skarang.. aku pulak yang rasa serabut tengok meja sendiri! Hehehehe..
Opis yang sangat kos0ng hari ni, ramai yang outstation. Sunyi.. sejuk.. ngantuk..

Tuesday, April 7, 2009

Puding Roti

Aku bukanla peminat puding roti pun. Rasanya, seumur hidup aku pun, tak sampai 5 kali aku makan puding roti ni. 2 kali kot..sebabnya.. entah, aku tak rasa roti bila dibuat puding, dia akan jadi sedap. Tapi.. lately, aku banyak makan roti. Sebabnya, aku sensorang kat umah. Izwan outstation kerteh, dah 2x, direct seminggu lebih plak tu kat sana. First time dok umah sensorang sebab mak balik SP. So, malas nak masak, aku makan roti je lah for dinner. Wat sandwich la.. garlic bread lah (ni aku paling suka). Second time Izwan pi kerteh, selang 4 hari lepas dia balik from his first trip.. beli roti lagi tp this time aku dok umah mak kat Kota. Makanya, tak sempat nak makan roti sangat n roti yang ada plak dah nak overdue. Pilihan agar tidak membazir.. watla roti puding. Resepi pun, aku cari2 kat internet je. Yang paling kelakar, puding yang aku buat ni based on satu resepi yang aku baca komen pasal resepi tu, org tulis "Saya try buat n rasa dia sedaaaaaaaaaaaaaaapppp sangat".

Hahahaha.. terpengaruh ngan kepanjangan ejaan sedap tu. So aku buat n bolehla.. sedap cuma mungkin sedikit manis.. sebab aku tak minat sangat puding roti, takla nak tulis sedap panjang2. Tapi okla, aku makan la jugak puding roti buatan sendiri. Seperti biasa.. kalu nak makanan cepat habis, bawalah ke opis! Konfem abis..


Bila wat puding ni, teringat zaman dulu2, rajin giler buat kek coklat. Rasanya last skali wat kek coklat tahun lepas kot, tu pun awal tahun. Bila raya, Adilah yang buatkan. Tapi rasanya, this year kalu raya kat SP, aku kot yang buat. Emm... tengokla raya kat mana tahun ni..


** di kala ini, aku menunggu masa nak balik je. Sangat tak sihat, sakit tekak, selsema + asyik bersin je, ngan batuk sekali sekala. Bertimbun gula2 hacks hitam atas meja aku makan. Boleh je nak balik skarang.. saja nak menambah entri kat blog dulu.

Thursday, April 2, 2009

Utara trip

This is my first trip with my family in-law. Ada kenduri adik my FIL kat Kepala Batas so suma org dah di inform awal2 utk amik cuti. Alang2 dah ke utara, so kitorg pun melawatla sedara mara sambil berjalan2 makan angin. Gerak dari KL awal pagi sabtu, direct ke kenduri di Kepala Batas. Mak aih.. jalan ke rumah kenduri tu memang bersimpang siur dan sangat ke dalam. Dalam kawasan perumahan je.. tp mcm pelik susunan taman dia. Dahla tengah hari terik, panas.. lapar plak tuh. Sampai je.. terus makan. Lauk sedap, ada air asam. Desertnya pulak, bihun sup! Hihihi.. berat desert kenduri kat Penang nieh. Dari Kepala Batas, kitorg ke SP, ke rumah sorang lagi adik my FIL kat Taman Ria Jaya. Sebelah taman rumah mak tok je.. so lepas tu singgah umah mak tok plak. Huhuhu.. rindu kat mak tok, lama tak jumpa since my wedding aritu. Mak teh masak bihun goreng special.. memang kekenyangan kitorg. Kiranya hari sabtu ni terasa mcm hari raya je, jalan2 melawat sedara mara. Then direct ke Alor Setar, bermalam kat sana.

2nd day.. pepagi lagi semangat kitorg bangun sb nak pi Pekan Rabu. Sengaja pilih hotel yang dekat, jalan kaki je ke sana. Bestnya tengok ikan pekasam.. dah la banyak jenis.. suma fresh2 lagi. Aku promote giler2 pekasam kat my MIL, orang Johor mana la tau pekasam2 ni.. Dia pun borong banyak jugak. Pastu biasala, Pekan Rabu banyak kuih muih tradisional, pulut hitam, pulut cha cha.. diorg la yang borong.. aku stakat beli sikit2 buat ole2 utk budak opis. Owh.. tak lupa, kuah rojak Mak Bee yang sangat terkenal. Yang lelaki.. memenani kitorg sbg tukang bawak barang.. =P


Lepas shopping kat Pekan Rabu, kitorg gerak ke Padang Besar pulak. Plan asal nak ke Bukit Kayu Hitam je tp ramai sangat kasi komen yang tak best psl BKH. Kedai dah tinggal sikit.. suma macam nak tutup, barang tak banyak.. Kitorg pi Padang Besar, di guide oleh Mak Ngah yang stay kat Kangar. Jumpa tengah jalan. OTW ke Padang Besar, kitorg singgah makan kat Restoran Tok Mek. Lauk kampung n masakan Thailand. Memang sedap ah.. suma org makan licin..

Kat Padang Besar tak de gambar.. seronok shopping sangat! Tudung, baju, periuk.. hehehe.. Seb baik ada mak ngah, dia yang bagitau kitorg Komplex Duty Free yang dekat border Thai-M'sia. Tak beli sangat, coklat je..


Dari Padang Besar, terus direct ke Penang. Penat sangat suma org especially driver yang dah 2 hari memandu tak berhenti. Mood pun dah tak berapa baik sangat. Nak plak ngan jalan penang yang sangat memeningkan kepala. Dahla jalan kecik, one way banyak, papan tanda pun kurang. B4 ke hotel, singgah makan pasembor n char kuey tiaw kat Padang Kota. Berebut2 promoter2 makanan datang kat kitorg. Tak sempat duduk pun lagi. Order CKT, skali datang, ngan 3-4 ketul udang yang besar2. Makan memang sedap.. masa bayar.. RM8 sepinggan!! Hampeh.. rupanya bleh je kalu nak order udang kecil or sikit. Biasala, org luar, memang slalu terkena sb tak biasa. Takpela, nama pun makanan kan..

Esok pagi, siap2 utk gerak balik kl. Haaa.. ni gambar sign board kat Petronas Tanjung Tokong. Nape amik gambar ni? Biarla aku, Izwan n Kak Elly yang tahu kenapa... Hehehe..
Tak sah kalu datang Penang tak makan nasi kandar. Plan nak pi Nasi Kandar Line Clear tp sb nak cepat balik KL, yang konfem nampak kat tepi jalan ialah Nasi Kandar Subaidah. Senang, konfem tak sesat n tak yah susah2 nak cari kat mana kedainya. Tapi kedai ni bukan kat pulau pun.. kat seberang perai. Janji nasi kandar..
Otw ke KL, singgah rumah tok kat Ipoh. First time tengok rumah mak su yang baru pindah ke Ipoh. Masih tunggang langgang lagi.. hehehe.. selamat sampai KL around 7 lebih, tp alang2 seluruh keluarga dah ada.. singgah rumah adik my MIL kat Shah Alam. Sampai rumah malam tu.. memang penat giler. Tp.. it's a fun journey.. luckily my family in law suma ok ok =)